Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite UMNO
PEROMPAK
WANG
RAKYAT !


Hisbah lebih meyakinkan – Mustafa

KUALA TERENGGANU: Hisbah lebih meyakinkan berbanding lain-lain badan pengawasan kerajaan termasuk Badan Pencegah Rasuah (BPR), Jabatan Peguam Negara dan lain-lain kerana kebebasan yang diberikan dan semangat ibadah yang mendasari penubuhannya.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Ekonomi, Petroleum, Perindustrian dan Sumber Manusia, Haji Mustafa Ali berkata, Hisbah lebih meyakinkan kerana bertanggungjawab terus kepada Dewan Undangan Negeri (DUN), bukan kepada ketua kerajaan.

Haji Mustafa menjawab hujah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) BN Seberang Takir, Dato’ Abdul Rashid Ngah yang menentang pembentukan Pesuruhjaya Hisbah di Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) di sini baru-baru ini. Haji Mustafa yang juga ADUN Pengkalan Berangan berkata, beliau tidak yakin dengan Badan Pencegah Rasuah (BPR), Jabatan Peguam Negara kerana perkara tersebut.

Dato’ Abdul Rashid dalam perbahasannya menolak rang enakmen hisbah itu kerana badan seperti BPR, Polis, Audit, Jawatankuasa Kira-kira Awam telah ada menjalankan pengawasan dan pencegahan. Haji Mustafa berkata, beliau tidak menaruh keyakinan kepada badan-badan itu walaupun ia menjalankan fungsi-fungsi hisbah. Sebagai contoh dalam kes perbicaraan Dato’ Seri Anwar Ibrahim, Pengarah BPR telah memberi keterangan bahawa badan itu telah mengadakan siasatan terhadap pegawai yang kemudiannya menjadi orang penting di Bank Negara.

Pengarah BPR memberitahu bahawa Perdana Menteri kemudian menghalang supaya dihentikan penyiasatan. Dia juga menyebut tentang BPR tidak bebas dan banyak cakap-cakap yang BPR tangkap ikan bilis tapi tidak tangkap jerung. Haji Mustafa menyebut tentang satu kes Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) di Wakaf Mempelam yang beliau sendiri melaporkannya dalam tahun 1988.

Ia sudah dibicarakan tetapi kes itu menghendaki ada orang sebagai saksi, maka perbicaraan itu ditangguhkan. Beliau tidak mengatakan badan-badan itu tidak berperanan tetapi ia boleh disalah gunakan kerana tidak bebas. Tetapi hisbah boleh melengkapkan tugas badan-badan tersebut kerana ia bebas dan tidak terikat kepada ketua kerajaan. "Justeru itu hisbah mempunyai peranan yang lebih besar dan hisbah sangat releven dengan keadaan sekarang," katanya.

..................................................
Warta Darul Iman


        
Ke atas  Balik Menu Utama    Tarikh Artikal : 13 Februari 2001

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://tranung.tripod.com/ dan Email : dppkd@hotmail.com