Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite UMNO
PEROMPAK
WANG
RAKYAT !


Pusat Khidmat Masyarakat jadi tumpuan

Oleh RAMLEE AWANG MIN

KUALA TERENGGANU; Pusat Khidmat Masyarakat DUN Alor Limbat telah menambah kepelbagaian kegiatannya. Satu kelas jahitan telah dibuka dengan rasminya pada bulan Oktober yang lalu. Sebanyak 20 orang pelatih disenaraikan sebagai peserta peringkat permulaan sesi pertama yang lalu. Isteri Tuan Guru Menteri Besar, Hajjah Zainab Awang Ngah merupakan penaung kepada kursus berkenaan. Ia dikendalikan oleh persatuan isteri-isteri Wakil Rakyat Terengganu (KHAIRUNISSA’).

Sebanyak 25 buah mesin jahitan telah disediakan oleh Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu (YPK). Setiap peserta kursus mengambil masa enam bulan bagi menamatkan kursus berkenaan. Mereka akan diberi peluang melatih peserta baru setelah berjaya menamatkan kursus tersebut. Ianya beroperasi pada Isnin hingga Khamis setiap minggu.

Kemahiran

Ia bertujuan memberi peluang kepada muslimat menerima dan mengembangkan kemahiran yang ada sebagai salah satu peluang bagi menambah pendapatan isi rumah mereka. Selain itu, pada sebelah malam Pusat Khidmat juga telah diguna pakai sebagai kelas tusyen kepada pelajar yang bakal menghadapi peperiksaan PMR dan SPM. Setiap pelajar hanya dikenakan bayaran RM12 sehingga RM15 sahaja. Pada sebelah pagi pula diadakan kelas pengajian Pra Sekolah (PASTI). Pada awal 2001 pendaftaran pertama telah dijalankan kepada kanak-kanak berusia 5 dan 6 tahun. Pendaftaran pertama berjumlah 70 orang pelajar yang ditempatkan di dalam dua kelas.

Perkhidmatan

Program berkhatan beramai-ramai turut diadakan disini, yang telah menjadi program tahunan. Pada awal November tahun 2000 yang lalu satu program berkhatan beramai-ramai telah berjaya diadakan dan mendapat sambutan yang menggalakkan. Seramai lebih kurang 250 orang telah mendaftarkan diri untuk mendapatkan perkhidmatan tersebut dengan bayaran RM25 seorang yang mana pada kebiasaannya bayaran khidmat Mudin atau Doktor bernilai RM60 sehingga RM70.

Badan Kebajikan DUN Alor Limbat merupakan jentera yang bertanggungjawab dalam merancang dan melaksanakan program ini. Sementara itu pada bulan Disember yang lalu Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Infrastruktur, Kemudahan Awam dan Komunikasi, Encik Yahaya Ali telah mengambil kesempatan menyampaikan bantuan basikal kepada 50 orang pelajar yang tersenarai di kalangan keluarga miskin di perkarangan pusat khidmat tersebut.

Sambutan

Menurut pegawai bertugas di pusat tersebut, Encik Mohd. Noor Sulong, sambutan terhadap khidmat yang ditawarkan di sini begitu ketara. Hampir 10 hingga 15 orang pengunjung datang setiap hari untuk mendapatkan khidmat pembayaran bil elekterik,bil telefon bil air dan lain-lain yang berkaitan. Berbagai iklan dan tawaran turut dipamerkan pada papan kenyataan yang berada di hadapan pusat khidmat tersebut, termasuklah tawaran kerja, tender, kursus, program motivasi dan lain-lain. Kewujudan pusat khidmat masyarakat dilihat benar-benar menjadi tumpuan dan memberi manfaat kepada segenap lapisan masyarakat.

..................................................
Warta Darul Iman


        
Ke atas  Balik Menu Utama    Tarikh Artikal : 13 Februari 2001

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://tranung.tripod.com/ dan Email : dppkd@hotmail.com