Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite UMNO
PEROMPAK
WANG
RAKYAT !


Umat Islam solat sunat Gerhana Bulan

KUALA TERENGGANU: Dari Masjid Rusila Marang hingga ke masjid Balai Cerap di Merang, dari Kertih di Kemaman hingga ke Jertih di Besut menjelang dini hari 10 Januari umat Islam serentak bergerak ke masjid-masjid. Niatnya tidak lain untuk mengabdikan diri kepada Allah,

bersolat sunah gerhana bulan yang pertama bagi tahun 2001. Bulan diramalkan gerhana selepas pukul satu. Umat Islam disunatkan solat gerhana dan selepas itu mengikuti khutbah.Yang ketara kebanyakan masjid menyalakan lampu bagi menghadapi suasana gelap gelita di luar. Tidak siapa mengarah mereka berbuat demikian, hanya iman menggerakkan mereka bangun tengah malam buta untuk sujud kepada Allah kerana gerhana bulan adalah satu tanda kebesaran Ilahi.

Paling menarik perhatian umat Islam - kebanyakannya pelajar Kolej Ugama Sultan Zainal Abidin (KUSZA) berkumpul di halaman Masjid Balai Cerap - kira-kira 500 pelajar - sujud di luar masjid di tanah lapang di tengah-tengah gelap itu. Solat itu diimamkan dan dikhutbahkan oleh Ahli Parlimen Kuala Nerus, Encik M. Shukrimun Shamsudin.

Di Masjid Rusila, Menteri Besar Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang dikejutkan dari tidur oleh pembantunya mengimamkan solat bersama sekitar 300 orang. Tidak sesiapa mengarahkan mereka, tetapi mereka mendapat galakan dari Pekeliling Jabatan Hal Ehwal Agama Negeri Tereangganu yang memberi tahu setiap masjid tentang gerhana itu dan biasanya kejadian itu diikuti dengan solat sunat dan khutbah. Tuan Guru Haji Abdul Hadi dalam khutbahnya menjelaskan gerhana adalah satu tanda kebesaran Allah. Shukrimun pula menerangkan dari sudut sains bagaimana gerhana terjadi.

Ramalan menyebut gerhana bermula menjelang pukul satu. Sekitar pukul dua solat sunat dilaksanakan. Memang ramai orang datang berkumpul. Tetapi gerhana bermula lewat pukul dua dan sekitar 3.42 gerhana penuh. Ketika itulah solat diadakan. Kerana setengahnya telah berjaga sejak siang, mereka letih dan mengantuk. Kerana solat berlangsung lewat malam, setengah pulang khususnya bagi orang bekerja awal siang esoknya.

Jika gerhana itu awal sedikit, nescaya orang yang solat lebih ramai. Bagaimanapun Terengganu berbangga dengan umatnya yang menerangkan masjid ketika bumi gelap pekat. Di tengah dini hari itu sekitar Balai Cerap, suasana didengarkan dengan laungan azan orang Islam mendayu-dayu, kedengaran suara dari jauh dan dekat membaca Quran sepanjang gerhana berlangsung.


        
Ke atas  Balik Menu Utama    Tarikh Artikal : 5 Februari 2001

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://tranung.tripod.com/ dan Email : dppkd@hotmail.com