Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite UMNO
PEROMPAK
WANG
RAKYAT !


Majlis Ramah Mesra Idul Fitri mengakhiri Syawal

KUALA TERENGGANU: Menteri Besar Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang, isterinya Hajjah Zainab Awang Ngah dan Kepimpinan Negeri meraikan kira-kira 1,000 kakitangan Kerajaan Negeri dan Kerajan Pusat dalam Majlis Perjumpaan dan Ramah Mesra Idul Fitri di Kediaman Seri Iman di sini 14 Januari lalu. Kemesraan kakitangan berkenaan dengan kepimpinan negeri terbayang diwajah mereka apabila perjumpaan itu memberi peluang mereka beramah mesra dan bertanya khabar antara satu sama lain bermula dari jam 9.30 pagi hingga 12 tengah hari.

Tiada penghalang hubungan antara kepimpinan politik dengan kakitangan kerajaan sama ada di peringkat Negeri atau Pusat. Usaha sedemikian mengeratkan lagi hubungan mereka dan akhirnya memberi hasil positif untuk melancarkan pentadbiran di samping mengeratkan lagi hubungan pemimpin dengan kakitangan kerajaan yang sudah sedia terjalin.

Turut hadir di majlis berkenaan ialah Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ Senara Muda Haji Mazlan Hashim dan isteri Penasihat Undang-undang Dato’ Haji Abdul Karim Abdul Rahman, ketua-ketua jabatan kerajaan lain, rakyat asing dari Syria dan kaum Tionghua. Mereka dijamu selera dengan pelbagai juadah hari raya popular tempatan termasuk nasi dagang, tapai pulut daun getah, ketupat, sate, duku dan rambutan. Sebelum itu Menteri Besar meraikan orang ramai di satu majlis jamuan sempena perasmian bangunan Pas Kawasan Marang di Rusila, Marang.


        
Ke atas  Balik Menu Utama    Tarikh Artikal : 5 Februari 2001

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://tranung.tripod.com/ dan Email : dppkd@hotmail.com