Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite UMNO
PEROMPAK
WANG
RAKYAT !


Kesal bantuan banjir disalahguna

KUALA TERENGGANU: Kerajaan telah menunaikan tanggungjawab membantu mangsa banjir di Kampung La Hulu Besut untuk membolehkan mereka membaiki rumah yang rosak teruk akibat banjir melanda kampung itu baru-baru ini.

Serentak itu Kerajaan merasa dukacita kerana terdapat segelintir mangsa yang menyalahgunakan wang bantuan Kerajaan sebanyak RM5,000 dengan membeli barang kemas dan peralatan lain bukan untuk membaiki rumah.

Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan Sosial dan Kesihatan Haji Abu Bakar Abdullah berkata, mangsa berkenaan tidak boleh menyalahkan Kerajaan Negeri apabila mereka terbabit masih lagi tinggal di khemah-khemah sementara akibat perbuatan mereka itu.

"Kerajaan kesal dengan sikap segelintir mangsa yang tidak memanfaatkan bantuan yang diberikan Kerajaan untuk memulakan pembinaan semula rumah mereka," katanya ketika ditemui WARTA di sini baru-baru ini. Kerajaan Negeri juga kesal kerana ada pihak yang tidak bertanggungjawab menjadikannya sebagai isu politik.

Kerajaan menyediakan peruntukan sebanyak RM414,000 untuk mangsa banjir di Kampung La Hulu Besut. Dari peruntukkan itu 62 mangsa menerima bantuan RM5,000 seorang kerana kediaman mereka rosak dan dihanyutkan arus deras. Manakala selebihnya menerima bantuan kewangan mengikut kadar kerosakan rumah mereka. Difahamkan Kerajaan Pusat hanya menyumbangkan RM2,500 seorang sahaja.

Dipercayai mangsa-mangsa terbabit menyalahgunakan wang itu kerana Kerajaan Pusat berjanji untuk menyediakan rumah sebagai tempat tinggal mereka. Bagaimanapun difahamkan sehingga kini janji itu belum ditunaikan. Sebelum itu Sultan Mizan Zainal Abidin, Menteri Besar, Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang dan Haji Abu Bakar sendiri melawat mangsa banjir dan menyampaikan sumbangan Kerajaan kepada mereka.

.......................................................
Warta Darul Iman


        
Ke atas  Balik Menu Utama    Tarikh Artikal : 1 Februari 2001

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://tranung.tripod.com/ dan Email : dppkd@hotmail.com