Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite UMNO
PEROMPAK
WANG
RAKYAT !


KDN makin 'begong'

Penjual VCD ditahan polis

KUALA LUMPUR, 2 Feb (Hrkh) - Penjual cakera padat video dan kaset ceramah-ceramah agama dan reformasi telah ditahan polis di kedainya, Nufair Street Sdn Bhd, di Jalan Pahang Barat, petang Rabu lalu.

Anissofian Amran, bagaimanapun dibebaskan dengan dikat jamin sebanyak RM3,000 kira-kira jam 12 malam hari berkenaan oleh bekas Pengarang Majalah Detik (kini diharamkan) Saudara Ahmad Lutfi Othman.

Ketika kejadian kira-kira jam 3.30 petang, seramai sembilan anggota polis dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur berpakaian biasa telah menahan Anis serta merampas lebih 400 buah VCD termasuk yang mengandungi dokumentari perbicaraan kes Anwar Ibrahim dan kaset-kaset yang berkaitan dengan reformasi.

Polis telah membawa Anis ke Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur sebelum kes beliau dipindahkan ke Ibu Pejabat Polis Daerah Sentul untuk siasatan lanjut.

Beliau diminta untuk melaporkan diri di balai polis yang sama pada 14 Februari ini bagi menentukan sama ada terdapat sebarang dakwaan atau pun tidak.

Beliau ditahan di bawah Seksyen 5 (2) (b) Akta Penerbitan dan Mesin Cetak iaitu kesalahan mengimport, menerbit, menjual, mengedar atau memiliki bahan-bahan terbitan tanpa permit.

Jika disabit kesalahan, seseorang boleh dipenjara tidak lebih daripada tiga tahun atau denda tidak lebih RM 20,000 atau kedua-duanya sekali.

.......................................
Petikan Harakah Daily

------------------------------------------------------------------------------------

Tiga pengedar VCD ceramah politik ditahan polis

Oleh ‘Ein Azmi

7:38pm, Thu: Polis semalam menahan selama beberapa jam tiga pengedar kaset dan cakera padat video (VCD) ceramah politik pembangkang dan merampas beberapa ratus bahan itu di Kuala Lumpur.

Kaset dan VCD itu antaranya termasuklah dokumentari tentang perbicaraan kes liwat dan rasuah bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang diterbitkan oleh Pusat Penyiaran Australia (ABC).

Dua ditahan di Kampung Baru dan seorang lagi di Jalan Pahang Barat sekitar jam 4 petang dan dibebaskan dengan jaminan polis sekitar tengah malam tadi. Mereka dibawa ke Ibupejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur sebelum dipindahkan ke balai polis berdekatan untuk siasatan lanjut.

Shaari Abdul Rahman dan Zakaria Mat Nor ditahan di balai polis Tun HS Lee, sementara Anissofian Amran ditahan di balai polis Sentul selepas itu.

Kira-kira 400 kaset dan VDC dirampas di kedai Anis di Jalan Pahang Barat. Bagaimanapun malaysiakini tidak dapat mengesahkan jumlah rampasan di Kampung Baru.

Anis kemudiannya dibebaskan setelah diikat jamin seorang penulis politik, Ahmad Lutfi Othman dan dikehendaki melaporkan diri di balai polis yang sama pada 14 Februari depan.

Anis memberitahu malaysiakini, beliau disiasat di bawah Seksyen 5 (2) (b) Akta Penerbitan dan Mesin Cetak iaitu kesalahan mengimport, menerbit, menjual, mengedar atau memiliki bahan-bahan terbitan tanpa permit.

Jika disabit kesalahan, seseorang boleh dipenjara tidak lebih daripada tiga tahun atau denda tidak lebih RM 20,000 atau kedua-duanya sekali.

Ketika menghubungi hari ini, malaysiakini difahamkan pegawai penyiasat kes ini sedang bercuti dan polis tidak bersedia memberikan ulasan lanjut.

November tahun lalu, polis Kuala Lumpur menahan tujuh orang penjual kaset dan VCD politik di sekitar Masjid India dan Kampung Baru. Turut ditahan waktu itu Shaari dan Zakaria, selain dua wanita.

Menurut sebuah badan hak asasi Suara Rakyat Malaysia (Suaram), ketujuh-tujuh mereka disiasat di bawah seksyen yang sama akta tersebut

.........................................
Petikan Malaysiakini.com


        
Ke atas  Balik Menu Utama    Tarikh Artikal : 4 Februari 2001

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://tranung.tripod.com/ dan Email : dppkd@hotmail.com