Syabas kepada semua reformis yang turun ke jalan raya hari ini, 17hb.Feb.,2001. Sokongan yang ramai petang ini nyata membuktikan bahawa suara REFORMASI masih 'relevan' dan momentum masih kuat. Kita dapat buktikan bahawa, suara keramat rakyat tidak padam dan sentiasa membara. Dianggarkan 5,000-10,000 orang reformis membanjiri Balai Polis Dang Wangi, Jalan Raja Laut dan persekitarannya, namun bilangan mungkin meningkat seandainya tiada gangguan dari anjing-anjing Mahadead. Kami rakyat Malaysia tabalkan bahawa persekitaran Sogo dan Pertama Complex adalah 'Medan Reformasi Rakyat'.
Syabas kepada kumpulan mahasiswa yang berjaya menghangatkan perhimpunan aman dan mengekalkan momentum REFORMASI dengan laungan yang bersemangat dan lagu-lagu patriotik. Sumbangn anda para mahasiswa petang tadi terlalu besar nilainya untuk menjayakan kembali DPS. Sumbangan sebegitu diperlukan untuk penyatuan orang-ramai yang hadir dan memberikan semangat agar REFORMASI semakin panas. SYABAS adik-adik ku...mahasiswa. Anda semua adalah reformis tulen disamping reformis-reformis yang lain. Kami rakyat Malaysia terharu dengan semangat adik-adik mahasiswa semua.
Perarakan ke Dataran Merdeka ternyata BERJAYA!!!! Tanpa ragu-ragu semua rakyat di 'Medan Reformasi Rakyat' telah menyertainya dengan laungan REFORMASI yang nyata masih berbisa. Pemandu bas, kereta, lori dan motosikal membunyikan hon masing-masing menunjukkan sokongan. Secara spontan, kumpulan perarakan semakin membesar dan sama-sama menuju ke Dataran Merdeka melalui Jalan Raja Laut dengan satu tujuan yang sama.....menghantar mesej jelas ke Putra Jaya bahawa semua rakyat Malaysia sudah tidak memerlukan Mahadead lagi.....dan MENOLAK pemerintahan diktator tua Mahathir Mohamad.
Untuk semua reformis petang tadi....Rakyat Malaysia ucapkan tahniah.
Sekian. Jumpa lagi di perhimpunan-perhimpunan aman yang seterusnya. Pengumuman akan dibuat oleh kami....pendokong reformasi suara keramat rakyat. Awas Mahadead.....KAMI akan turun ke jalan raya lagi sehingga kamu tersembam dengan hina ke bumi. Kami rakyat Malaysia sudah TERPANGGIL.....kami telah bersedia bila-bila masa apabila nafiri ditiupkan. AWAS KAMU......
Terima Kasih dari UCOP DEMO.