Dukacita ingin saya nyatakan di sini bahawa umat Islam di Malaysia sekarang
ni sudah tidak ada sensitiviti lagi sebagai seorang muslim. Sebagai
contohnya saya terbaca akhbar harian Utusan Melayu, Isnin 19/02/2001 petikan
surat pembaca muka satu yang ditulis saudari muslimah kita Cik/Puan Aida
dari K. Lumpur yang mengatakan ada baiknya tutup saja stesen TV daripada
menerima kenyataan wakil Majlis Mufti-Mufti Malaysia.Tidakkah saudari boleh
menilai yang mana baik dan buruk.
Alangkah malunya kita sebagai seorang Muslim/Muslimah yang menafikan bahawa
filem Bollywood boleh membawa kepada salah satu sebab punca keruntuhan
akhlak di kalangan remaja.Kenapa kita masih nak menafikan realiti yang
nampak di depan mata kerana sedikit sebanyak filem Bollywood boleh
memesongkan akidah orang yang menghayatinya.Apa salahnya dikurangkan
filem-filem yang melalaikan dari Bollywood, Hollywood, Chinawood dan
Melayuwood.Bukankah itu banyak kebaikannya.
Setakat ni di media massa, yang kita dengar dan baca adalah komen dan
kritikan daripada orang awam yang tidak diketahui latarbelakang ugamanya.
Mereka bercakap tidak berdasarkan kepada asas-asas keugamaan.
Kenapa pendapat daripada Majlis Mufti-Mufti harus dipertikaikan.Tidakkah
kita ketahui bahawa para Mufti tidak akan mengeluarkan kenyataan
sewenang-wenangnya tanpa ada asas yang kukuh. Mereka tahu apa yang mereka
buat, kalau mereka tidak bagi pandangan yang mana baik dan yang mana buruk,
mereka akan bertanggungjawab di akhirat kelak.Kenapalah kita nak
mempertikaikan mereka.Kita harus sedar siapa diri kita, mereka lebih berilmu
dari segi agama daripada kita. Mereka tidak ada kepentingan peribadi.
Sepatutnya kita bersyukur kerana masih ada mufti yang sanggup bersuara.
Jangan nanti turun bala daripada Allah macam negara Turki baru nak sedar.
Kepada Datuk Seri Harussani Zakaria dan Majlis Mufti-Mufti Malaysia, syabas
diucapkan, diharap ini adalah langkah permulaan untuk membuat teguran dan
nasihat selanjutnya.Terimalah yang baik dan hindarkanlah yang buruk.
Tomyam.