Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite UMNO
PEROMPAK
WANG
RAKYAT !


Hai..Nak Berbincangan Di Alam Siber Pulak Dah!!

Assalamualaikum wbt. Tokayah dan semua.....

Hmmmm....Jemputan Perbincangan Forum UMNO Reform? Aik...sihatke UMNO nih? Hujan sudah terbalik ke langit 'gaknya?....Apa yang Tun sedang dengar bunyi kegelisahan haiwan buas sedang mengerang kesakitan.....

Ini pula pendapat saya. Anything to do with UMNO...forget it. Forum untuk reform? Huh....nak reform apa kebendanya? Bujang senang bersalin kulit bertukar menjadi naga? Yang pastinya...kini tanda2 mengecut menjadi ular lidi makin nyata. UMNO sedang sakit tenat....Madey sudah 'desprado'. Itu sebab UMNO Baru-a yang sudah 'season' pun diheret menadah tangan untuk mengemis sokongan, menghantar mesej SOS kepada semua orang supaya membantu mereka terus hidup kenyang dan senang lenang.

Perlukah bujang senang ditolong? Kalau nak nahas tolonglah...... Tun lebih suka melihat bujang senang tidak senang...kalau boleh biarkan dia terus menggelepar dan menggelupur bersendirian. Sounds cruel isn't it? Tetapi pernahkah bujang senang memikirkan untuk tidak menangkap dan membaham mangsanya? Itu hukum Mangsa dan Pemangsa..namun jika Pemangsanya adalah seorang manusia, hukum itu boleh dijinakkan.Tetapi jika Pemangsanya seekor haiwan maka hukumnya lebih brutal. Dalam katogeri manakah Madey dan UMNO Baru-a kini? So, perlukah kita berforum dengan jenis ini? Nay...

Apakah boleh diyakini bahawa forum itu tidak merupakan suatu perangkap? Mengapa pula harus bersusah payah membantu mereka untuk bernafas kembali? Dengan manusia UMNO Baru-a ini Tun mempunyai sikap begini samada...'Membiarkan mereka hidup dan kita mati ATAU Kita Hidup dan Biarkan mereka Mati' pilihlah antara satu.

Dengan bangsa UMNO Baru-a ini mana boleh dibuat baik? Sampai masanya orang Melayu yang masih siuman ini jadi 'selfish' where UMNO Baru-a is concern. Jarang sekali terdapat orang yang dibantu akan membantu kembali malah ada kalanya menjadi seteru pula. Walaupun setiap bantuan itu tidak mengharapkan balasan, namun jangan lupa pula pepatah ini "menolong anjing tersepit, nanti kita pula akan digigit".

Mengapakah semua orang UMNO Baru-a kini ketar kepala? Takut? Mereka takut kerana ada satu statement keramat yang berbunyi " If I go down, I won't go alone". Tentunya Tokayah dapat meneka dari siapa?

Tidak mustahil dengan menyertai forum itu juga akan menjadi modal mereka..kunuunnya wujudnya perpaduan Melayu. Melayu siber sudah mula memberi sokongan kepada Melayu UMNO Baru-a...Huh..

Lihat saja propaganda mereka. Mereka terus saja menipu dengan melebelkan suatu kebangkitan rakyat dengan....arus politik baru? Dalam politik mana ada baru atau lama. Politik tetap politik. Tetapi kalau parti tentunya ada. Contoh yang afdalnya ialah UMNO Lama dan UMNO Baru yang dikenali juga dengan jenama UMNO Baru-a yang kini di tolak oleh orang Melayu dan rakyat negara ini.

Apakah masih lagi mau berforum dengan kaum penipu ini? Tun rasa, biarkan mereka terus hanyut dan tenggelam...kerana Melayu jenis ini ibarat padi 'sambang' yang perlu ditampi, diasing dari buah yang bernas lalu dibuang, terbang melayang bersama angin lalu. Jadi kalau mereka berkokok mahukan perpaduan dan mengemis mau bersatu....Tun hanya juiskan bibir, angkat kedua kening dan kuyukan mata lalu bertaya.....

Melayu nak bersatu belakang siapa?

Madey? Oh, no...no..no..never!! Madey bukan Melayu. Dia baka benua lain....baka India. Mana mungkin Melayu akan bersatu dibelakang orang bukan Melayu. Apatah lagi sudah merasai penangannya kini.

Hishamuddin? Awwwwwww...I tak rela you......

Rahim Thamby Chik? Ha.... tu dia sudah muncul buaya tembaga dari pertapaannya...sesudah bermandi minyak lintah laut atau ikan linang. Kurrrrr semangat!! terkejut beruk Tun sekiranya orang Melayu mau bersatu dibelakang RTC. Hanya Puteri UMNO Baru-a saja yang mudah terpedaya mau berpadu dan akan bersatu dengan RTC..{kalau tak kena gayanya}. Memang satu alam tau RTC pakar berpadu, pakar bersatu... tak kan Tokayah lupa kot...

Bersatu....bersatu Norhayati kita sudah bersatu...
Bersatu....bersatu Puteri UMNO kita akan bersatu...

Hai..... kalau dengan RTClah..nampaknya sampai kiamatlah Madey menanti orang Melayu berpadu ke..ke..ke. Last-last Madey dan RTC pun berduet...

Bersatu....bersatu semua penipu.....

Ibrahim Ali? Lagi hancai... Takkan orang Melayu nak berpadu dengan dia kot. Tun tau sangat dah, nanti Pok Brehe tiup wesel gak.... "Sedio....so, duo, tigo....mulo!!

Lompat Melayu lompat
Lompat macam katak
Cepat Melayu cepat
Cepat jilat buntut Mamak!!

Huh...itulah dia kerja Ibrahim Ali. Dah? macam mana Melayu nak berpadu dengan orang macam ini? Tobat tak bersatu...Tak gitu Tokayah?

Kak Fidah?....ooiii, selak kain ajelah kerojenya orang Melayu nanti...eeeee geteknya. Tak sior teman.

Jadi bagi Tun, berforum dengan orang UMNO Baru-a hanya membuang masa dan merendahkan IQ sahaja .Tun minta ampun maaf bukan nak takbur, tetapi mereka akan putar belit kenyataan dan kita juga nanti akan rosak fikiran. Lagi pun minda kita sangat berharga untuk terus memfokuskan ke arah matlamat asal....menumbangkan BN/UMNO Baru-a. Why should we allow our mind got distracted by these idiots?

Biarkan mereka sibuk dengan agenda baghal mereka "Takkan Melayu hilang di dunia" ke..ke..ke...apa punya bodoh UMNO Baru-a nih... Memang Melayu BA tidak akan hilang di dunia sebab mereka cerdik..sudah nampak kelentong si Mamak tuh. HANYA Melayu UMNO Baru-a saja yang akan terus hilang lenyap dari dunia ini...he..he..he.

Itu pendapat Tun saja.....siapa-siapa rajin dan kasian kepada UMNO Baru-a dan nak layan mereka.. terserah. Tapi yang pastinya {insyALLAH} Tun tidak...tak mau jadi semut...matinya kerana gula.

Dalam amatan Tun, stretagi yang paling ampuh untuk melawan dan menyenakkan segala yang berhubungkait dengan isu Melayu...terhadap orang Melayu ialah...paparan penyelewengan pentadbiran UMNO Baru-a dalam hal ehwal Murtad {seperti dalam FGR hari ini}. Jangan lupa paparkan juga apa yang sedang diperjuangkan oleh BA khasnya PAS dalam isu ini tetapi ditolak oleh Melayu UMNO Baru-a keparat itu. Sure punya mulut UMNO Baru-a akan tertutup dan 'think-thank'nya akan jadi 'tong-tong' dan terus 'Mati Akal'. Tun percaya dengan cara ini orang Islam khasnya orang Melayu akan terus membanjiri BA. Tun mau lihat UMNO Baru-a mati kempunan putih mata...lidah terjelir dan mata tercacak....Mati bontanglah tu namanya!!

Oh ya... Tokayah, ada orang kata ayam jantan tidak bertelur...tapi Tun pernah tengok ada ayam jantan bertelur...tetapi saiznya kecil sebesar telur burung puyuh... isinya hanya putih tanpa merah telur.. pun telur juga kan..kan..kan Tokayah?

Wassalam..

Maaf, kalau bahasa Tun agak keterlaluan....namun itu juga satu seni lukisan hati penulis, dak ni Tokayah?

Tun Teja
300101


        
Ke atas  Balik Menu Utama    Tarikh Artikal : 1 Februari 2001

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://tranung.tripod.com/ dan Email : dppkd@hotmail.com