Assalamualaikum wm wbt,
Zainuddin Maidin (Zam) samakan Islam dengan najis candu
Zainuddin Maidin atau Zam telah menghina Islam apabila
beliau menyamakan Islam dengan najis candu. Innaa
lillaahi wa-innaa ilaihi raaji’uun. Zam telah dengan
biadapnya berkata kalau mulanya agama telah menjadi
candu khususnya kepada orang-orang di Kelantan dan
Terengganu, kini filem Bollywood turut juga menjadi
candu kepada mereka. Kenyataan Zam yang menghina Islam
ini dibuat ketika beliau mengulas fatwa Majlis
Mufti-Mufti berhubung dengan pengaruh buruk filem
Bollywood.
Orang-orang Islam yang menjaga keIslaman mereka akan
berhati-hati serta teliti, dan tidak akan tergamak
untuk membuat perumpamaan yang mengaitkan Islam (dalam
konteks apa sekali pun) dengan benda-benda haram dan
kotor. Tetapi Zainuddin Maidin atau Zam yang baru
dilantik oleh Dr Mahathir ke jawatan Setiausaha
Parlimen di Kementerian Penerangan telah tergamak
mengaitkan Islam dengan najis candu. Sungguh biadap
dan kurang ajar si Zam ini.
Kenyataan Zam yang menghina Islam ini dilaporkan oleh
Straits Times, Singapura keluaran 23 Februari, 2001
dalam artikel oleh Wan Hamidi Hamid bertajuk “Two
fears behind Bollywwood film row”. Zam telah
dilaporkan memberitahu Straits Times, Singapura: ‘In
Kelantan and Terengganu especially, men are glued to
the TV set at the coffeshops for at least three hours,
that’s the normal length of a feature Hindi movie.
First, religion has become an opium to the people in
the east coast of the peninsula, now Bollywood movies
are also becoming opium for them.’
Jelas dari kenyataan Zam itu bahawa ‘religion’ yang
beliau maksudkan itu adalah agama Islam. Dan amalan
agama Islam yang kuat dikalangan orang-orang Kelantan
dan Terengganu itu tidak disenangi dan telah disamakan
oleh Zam dengan penagihan candu. Adakah orang-orang
yang kuat dalam amalan agama Islam itu boleh disamakan
dengan penagih dadah? Bukankah amalan agama yang kuat
dan beristiqomah itu sangat-sangat diingini dan
dituntut dari kita orang Islam.
Nampaknya si Zam ini, dalam beria-ia sangat hendak
membodek dan menjilat PM Dr Mahathir telah sanggup
menghina Islam sebegitu rupa. Mungkin ini antara cara
terbaik sekali untuk membodek Dr Mahathir. Sudah
dianggap ‘standard formula’ oleh sesetengah orang
UMNO, terutamanya pengampu-pengampu seperti Zam dan
Astora Jabat, bahawa sebaik-baik cara untuk memikat
hati Dr Mahathir adalah dengan menghina dan
memperlekehkan Islam. Menurut sesetengah pihak, satu
lagi cara yang mudah untuk menawan hati Dr Mahathir
adalah dengan memesongkan ajaran Islam. Seronok betul
orang tua tu, agaknya.
Samy Vellu, Ling Liong Sik dan Lim Kheng Yaik juga
menyedari ‘formula’ ajaib ini untuk memikat hati Dr
Mahathir, dan mereka telah turut menjadikan agama
Islam itu buah ejekan dan permainan. Ada kalanya bila
Dr Mahathir menghina Islam, kafir yang bertiga ini
akan turut serta dalam perbuatan menghina Islam itu.
Kerana nama pemimpin-pemimpin kafir ini telah disebut,
ingin diingatkan semua orang-orang Islam di Malaysia,
tanpa mengira parti atau fahaman politik, kepada Ayat
57, Surah Al Maa-idah dalam Al Quran yang maksudnya
adalah lebih kurang berikut :
“Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu
mengambil jadi pemimpinmu; orang-orang yang membuat
agamamu jadi buah ejekan dan permainan; (iaitu) di
antara orang-orang yang telah diberi kitab sebelummu,
dan orang-orang yang kafir (orang-orang musyrik). Dan
bertakwalah kepada Allah jika kamu betul-betul
orang-orang yang beriman.”
Dr Mahathir dan pemimpin-pemimpin serta
pembodek-pembodek UMNO telah memperlekehkan Islam dan
membuat agama Islam menjadi buah ejekan dan permainan
orang-orang kafir seperti Samy Vellu, Ling Liong Sik
dan Lim Kheng Yaik. Berdalilkan Ayat 57, Surah Al
Maa-idah, Al Quran yang disebutkan diatas, maka kita
orang Islam di Malaysia tidak lagi boleh mengambil Dr
Mahathir dan orang-orang UMNO untuk jadi pemimpin
kita. Ini tuntutan Allah SWT keatas kita.
Mungkin krisis demi krisis, isu demi isu yang melanda
negara yang tidak putus-putus ini, juga kemerosotan
ekonomi yang berpanjang dan semakin bertambah runcing
ini, adalah tanda-tanda kemurkaan Allah SWT terhadap
rakyat negara ini kerana seramai hampir 35 peratus
orang Melayu yang mengaku diri mereka Islam telah
tidak menghiraukan langsung hukum Allah SWT yang
terkandung dalam Ayat 57, Surah Al Maa-idah yang
tersebut. Mereka telah terus menyokong kepimpinan
negara ini oleh Dr Mahathir dan UMNO walau pun begitu
jelas, terang dan nyata bahawa Dr Mahathir dan UMNO
telah menjadikan agama Islam buah ejekan dan permainan
orang-orang kafir.
Tidak menghairankan bila harga kelapa sawit telah
turun menjunam. Peneroka-peneroka Felda yang dulunya
mewah kini telah jatuh sesak. Majoriti dikalangan
mereka masih mengundi UMNO tanpa mengambil kira bahawa
UMNO telah menghina Islam dan menjadikan Islam buah
ejekan dan permainan Samy Vellu, Ling Liong Sik, Lim
Kheng Yaik dan lain-lain pemimpin kafir di negara ini.
Bukannya tidak simpati kepada masalah
peladang-peladang kecil ini, tetapi sebagai memberi
‘angle’ keagamaan terhadap masalah kejatuhan harga
sawit yang mereka hadapi dengan teruk sekali sekarang
ini yang mungkin berpanjangan hingga ke tahun depan.
Kalau direnung kembali, Dr Mahathir dengan diikuti
rapat oleh Rafidah Aziz dan lain-lain pemimpin UMNO
telah membuat kenyataan celupar, yang disiarkan oleh
media massa, yang mendakwa kononnya kalau hukum hudud
itu dilaksanakan, ianya akan membuat pelabur-pelabur
asing dan pelancung asing takut untuk datang ke
Malaysia.
Kelantan dan Terengganu telah disekat dari
melaksanakan hukum hudud dengan amaran keras bahawa
tindakan ketenteraan akan diambil jika hasrat kedua
negeri tersebut untuk melaksanakan hukum hudud
diteruskan.
Lihat apa yang telah terjadi. Allah SWT telah jadikan
pelabur-pelabur asing semakin berkurangan datang untuk
menanam modal di Malaysia. Pelabur-pelabur asing yang
sedia ada pun telah mula gulung tikar untuk
memindahkan operasi mereka ke negara lain. Kedatangan
pelancung asing pun semakin turun. Ini jelas adalah
bala yang diturunkan oleh Allah SWT kerana keengkaran,
kefasikan serta kekufuran dipihak kerajaan Malaysia
yang diterajui oleh UMNO; yang bukan sahaja telah
mencaci hukum hudud sebagai hukum yang kejam dan hanya
layak untuk zaman purba, tetapi telah pula menghalang
Kerajaan Islam PAS (BA) di Kelantan dan Terengganu
dari melaksanakannya. Allahu Akbar !
Adalah dipercayai kemerosotan ekonomi Malaysia akan
bertambah teruk lagi dan berpanjangan kerana UMNO
bukan sahaja belum insaf, tetapi disebalik itu pula
telah menjadi semakin fanatik dalam tindak-tanduknya
untuk menyekat dan menindas arus kebangkitan Islam di
Malaysia.
Berbalik kepada kenyataan biadap yang menghina Islam
yang dibuat oleh Zainuddin Maidin. Nampaknya
memburuk-burukkan orang-orang Melayu di Kelantan dan
Terengganu sudah menjadi budaya dikalangan orang-orang
UMNO dan pembodek-pembodek Dr Mahathir. Agaknya Dr
Mahathir dan orang-orang UMNO begitu terhibur kalau
mendengar rakyat Kelantan dan Terengganu
dianjing-anjingkan.
Kenapa Kelantan dan Terengganu sengaja di “single out”
kan. Adakah Zainuddin Maidin buta dan tidak nampak
bahawa filem Bollywood sangat-sangat diminati di KL
dan di merata tempat di Semenanjung. Dr Mahathir
sendiri adalah peminat setia Bollywood dan pernah
menari diatas pentas bersama Shah Rukh Khan di pusat
perjudian negara di Genting Highlands.
Mengapa orang-orang Kelantan dan Terengganu sering
diasingkan oleh UMNO dan pembodek-pembodek seperti Zam
untuk dianjing-anjingkan? Teringat saya kepada
seorang penceramah JAKIM, seorang Ustaz yang berasal
dari Kelantan. Ustaz ini dilaporkan telah beria-ia
cuba mempengaruhi minda para hadhirin dengan
propaganda UMNO bahawa orang-orang Kelantan adalah
orang-orang jahat. Di mana letaknya keikhlasan UMNO
yang mengajak kepada perpaduan Melayu (yang tak pun
berpecah) jikalau kerajaan Malaysia yang diterajui
oleh UMNO terus mengkhianati dan menganiayai Kelantan
dan Terengganu yang rakyatnya hampir kesemuanya
terdiri dari orang-orang Melayu?
Kerana Zam tergamak mengaitkan Islam dengan najis
dadah, maka terlintas dihati untuk bertanya adakah Zam
sebenarnya berfahaman komunis?
Bukankah Karl Marx yang telah menganggap agama itu
candu yang mesti dihapuskan? Adakah Zam yang nampaknya
tidak tinggal sembahyang Jumaat itu sebenarnya
berfahaman komunis? Allahualam.
Yang pasti adalah Karl Marx, ‘bapa ideologi komunis’
menghina agama sebagai candu yang perlu dihapuskan.
Dan Zam secara sengaja atau tidak sengaja telah
mengikut jejak Karl Marx dalam menghina agama Islam
sebagai najis candu.
Nampaknya ramai mereka yang rapat dengan Mahathir
sangat suka kepada kemewahan tetapi disebalik itu pula
berfahaman komunis – iaitu komunis yang berselerakan
‘the good life of the bourgeois”. Ingat lagi kepada
Sidek Ghouse, bekas Setiausaha Politik Dr Mahathir?
Sidek telah ditangkap dan mengaku bersalah kerana
telah menyeludup maklumat-maklumat rahsia kerajaan
Malaysia kepada pihak Soviet Union. Jangan-jangan Zam
ini pun sama sejenis dengan Sidek Ghouse. Kebetulannya
pula mereka berdua ini ‘same skin’ – keturunan India.
Allahu Akbar! Allahu Akbar ! Allahu Akbar !
Tarabulsi
2 Zulhijah 1421
(26 Februari 2001)