Tranung Kite - Kenapa UMNO marah sangat PAS tangguhkan pertemuan.
    Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite UMNO
PEROMPAK
WANG
RAKYAT !


Kenapa UMNO marah sangat PAS tangguhkan pertemuan.

Assalamualaikum wm wbt,

Kenapa UMNO marah sangat PAS tangguhkan pertemuan.

UMNO begitu sangat marah dan mengelabah dengan keputusan PAS untuk menangguhkan pertemuan perpaduan yang dijadualkan pada 19 Februari, 2001. Ramai tertanya-tanya kenapa UMNO terlalu sangat marah dan frus hinggakan semacam gila babi. Kenapa? Kita semua tahu jawapannya. Keputusan PAS itu telah membantutkan seribu satu macam rancangan jahat UMNO yang terselindung disebalik cadangan pertemuan perpaduan dengan PAS tersebut. Antara rancangan jahat UMNO yang musnah berkecai adalah niat untuk mensabotaj Majlis Perasmian Pelancaran Sambutan Jubli Emas PAS pada hari Sabtu ini, 24 Februari 2001 di Taman Melewar.

UMNO sangat-sangat mengharapkan pertemuan dengan PAS tersebut akan berlangsung pada 19 Februari, iaitu beberapa hari sebelum Majlis Perasmian Pelancaran Jubli Emas PAS. Ini akan membolehkan media arus perdana menyebarkan fitnah dan pembohongan, terutamanya dengan mengulangi fitnah kononnya di pertemuan perpaduan pada 19 Februari tersebut, pihak PAS telah bersetuju secara prinsip untuk mempertimbangkan pergabungan dengan UMNO. Fitnah sedemikian ini dikira boleh membingongkan serta memecahbelahkan penyokong-penyokong PAS.

“Immediate impact' yang diharapkan oleh UMNO dari pembohongan tersebut adalah ianya akan membuat penyokong-penyokong PAS yang menentang pergabungan tersebut menjadi binggong dan kelam kabut, dan ramai akan memboikot majlis pelancaran Jubli Emas PAS pada Sabtu ini. Beberapa pemimpin UMNO pula telah dirancangkan untuk secara tiba-tiba muncul di majlis Jubli Emas PAS tersebut untuk menguatkan pembohongan media yang kononnya PAS sudah bersetuju secara prinsip untuk mempertimbangkan pergabungan dengan UMNO. Rancangan jahat UMNO ini menjadi berkecai musnah dengan keputusan PAS untuk menangguhkan pertemuan perpaduan dengan UMNO yang dijadualkan pada 19 Februari itu.

Rancanag jahat UMNO ini didedahkan oleh golongan ‘reformis’ UMNO ( kumpulan Ku Li). Dikatakan media arus perdana sudah pun bersiap sedia dengan berita-berita dan artikel-artikel fitnah dan pembohongan tersebut. ZAM dikatakan telah mempengerusikan beberapa mesyuarat antara akhbar-akhbar dan TV untuk dikoordinasikan berita-berita pembohongan dan fitnah tersebut. Ke-empat-empat channel TV sudah juga menyediakan program-program seperti forum dimana pemimpin-pemimpin UMNO dan BN yang dijemput akan turut menyebarkan pembohongan kononnya PAS sudah setuju secara prinsip untuk bergabong dengan UMNO.

Ini merupakan hanya salah satu dari seribu satu macam kejahatan yang telah dirancangkan oleh UMNO dalam mencadangkan pertemuan perpaduan dengan PAS tersebut. Bersyukur kita kepada Allah SWT kerana PAS telah tidak terpedaya dan tidak terjatuh kedalam perangkap UMNO tersebut.

Marilah kita ahli-ahli dan penyokong PAS datang beramai-ramai untuk menghadiri Majlis Pelancaran Perasmian Sambutan Jubli Emas PAS pada hari Sabtu ini 24 Februari, 2001 di Taman Melewar. Kita jadikan majlis tersebut suatu perhimpunan 100,000 penyokong-penyokong PAS. Kita tunjuk dan buktikan kepada seluruh dunia bahawa kita adalah parti yang kuat dan mantap yang tidak mudah dipecahbelahkan oleh mana-mana pihak. Diharap rakan-rakan BA kita akan turut menghadiri majlis Jubli Emas PAS itu dengan beramai-ramai.

(Berita terkini yang diterima adalah pihak polis seperti biasa akan menggangu terafik dengan mengadakan road blocks untuk menyusahkan kita memasukki Taman Melewar pada hari Sabtu ini. Ini bermakna kita perlu pergi awal. Polis dikatakan sedang membincangkan kemungkinan untuk menarik balik permit disaat-saat akhir untuk membolehkan FRU menyerang para hadhirin seperti yang berlaku di Sabak Bernam dan Kubang Pasu baru-baru ini. Niat jahat polis adalah dengan tindakan sedemikian huru-hara yang sangat-sangat diingini oleh UMNO untuk mengistihar dharurat akan tercetus. Berhati-hati dan jangan layan provokasi jahat pihak polis tersebut)

Allahu Akbar ! Allahu Akbar ! Allahu Akbar !

Tarabulsi
28 Zulkaedah 1421
(22 Februari 2001)


        
Ke atas  Balik Menu Utama    Tarikh Artikal : 24 Februari 2001

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://tranung.tripod.com/ dan Email : dppkd@hotmail.com