Assalamualaikum wm wbt,
Mahathir suruh Hussin Ahmad & Ibrahim Ali huru-harakan
Kelantan??
Dikatakan Mahathir telah memanggil Tan Sri Hussin
Ahmad dan Ibrahim Ali dalam bulan Disember 2000 (bulan
Ramadhan) dan mengarahkan 'tag team' jahat ini untuk
sekali lagi merancangkan huru-hara di Kelantan. Belum
dapat dipastikan samada kekecohan baru-baru ini akibat
dari tindakan tanpa sebab Sultan Kelantan melucut
gelaran 'Dato' dari dua pemimpin PAS telah didalangi
oleh regu Hussin Ahmad-Ibrahim Ali, atau pun kombinasi
terbaru, Ku Li-Mustapha Mohamed.
Dikatakan juga bahawa dipertemuan pada bulan Ramadhan
tersebut, Mahathir telah juga mengarahkan Ibrahim Ali
supaya menubuhkan Badan Bertindak Melayu (BBM).
Kononnya Mahathir sendiri menulis skrip sandiwara
perpaduan Melayu berjodol "Tak Akan Melayu Hilang Di
Dunia" yang semasa pementasan akan diubah menjadi
lakonan 'anti Mahathir'. Dengan yang demikian
pemimpin-pemimpin UMNO akan terpaksa menghentam BBM
dan mengistiharkan sokongan mereka kepada Mahathir
sebulan sebelum perhimpunan UMNO pada bulan Mac 2001
(iaitu bulan depan).
Sandiwara tersebut sudah pun dipentaskan pada 4
Februari, 2001 di PWTC. Seperti yang dirancangkan,
reaksi umum dikalangan pemimpin-pemimpin UMNO adalah
untuk memperbaharui sokongan mereka terhadap
kepimpinan Mahathir. Geng-geng UMNO yang berkomplot
untuk menjatuhkan Mahathir diperhimpunan UMNO bulan
Mac depan terpaksa turut membedal BBM dan menyuarakan
sokongan mereka terhadap Mahathir.
Pak Lah juga terpaksa pada awal-awal lagi membuat
kenyataan untuk menyisehkan diri beliau dari aktiviti
BBM, dan memperbaharui sokongan beliau terhadap
kepimpinan Mahathir. Tetapi ini tidak bermakna sudah
terencat komplot dalaman UMNO (yang dikaitkan dengan
Pak Lah dan Team 'B' edisi millenium) untuk
mengulingkan Mahathir. Mereka dijangka akan tetap
membawa usul undi tidak percaya terhadap Mahathir di
perhimpunan UMNO pada bulan Mac depan. Komplot
tersebut terus bergolak dan hanya lebih berhati-hati
dalam melangkah.
Komplot dalaman UMNO untuk mengulingkan Mahathir itu
juga menghadapi komplikasi dari pihak yang tidak di
duga, iaitu PAS. Dikatakan PAS memberi Mahathir nafas
yang baru apabila menerima pelawaan Mahathir untuk
berbincang mengenai isu perpaduan. Ada dikalangan
orang-orang UMNO yang berpendapat bahawa PAS memang
secara sedar dan secara sengaja ingin memberi Mahathir
nafas baru itu. Ini adalah kerana kepimpinan Mahathir
yang dibenci oleh majoriti orang Melayu sangat
menguntungkan PAS dan BA.
Berbalik kita kepada cerita 'tag team' yang sangat
pakar bermain kotor, Hussin Ahmad-Ibrahim Ali dengan
'manager' mereka yang didatangkan khas dari Kerala,
India, yang bernama Mahathir Iskandar Kutty yang amat
termasyhur dengan ilmu tikam belakang, bunuh lawan,
pembohongan, putar-belit, kefasikan dan kekufuran.
Tan Sri Hussin Ahmad pernah menjadi Timbalan Menteri
Besar Kelantan semasa Kelantan dibawah pemerintahan
UMNO. Kombinasi Hussin Ahmad-Ibrahim Ali lah yang
telah digunakan oleh Mahathir untuk mengujudkan
suasana kekecohan di Kelantan pada tahun 70an dahulu
yang telah membawa kepada pengistiharan dharurat di
negeri tersebut. Ketika itu Mahathir adalah Timbalan
Perdana Menteri.
Menurut maklumat yang diterima, Mahathir memanggil
kembali regu jahat Hussin Ahmad - Ibrahim Ali ini
bukan saja untuk sekali lagi mencetuskan kacau-bilau
di Kelantan tetapi sebagai 'counterveiling force'
terhadap kombinasi baru, Ku Li - Mustapha Mohamed.
Dikatakan Mahathir tidak senang melihat Mustapha
Mohamed, bekas Menteri Usahawan, bercumbu-cumbuan
dengan Ku Li sejak dari sejurus sebelum pilihanraya
1999. Ini antara sebab mengapa panggilan emergency
oleh Mustapha Mohamed untuk ditambah undi pos bagi
Jeli telah di tolak, dan Mustapha telah lingkop di
Jeli.
Mustapha Mohamed kini semakin dilihat sebagai telah
menyertai kem Ku Li yang sedang cuba melancarkan Team
"B", episod kedua atau episod millenium itu.
Kelantan sungguh membingunkan Mahathir. Dalam pada
beliau merancang untuk menjatuhkan kerajaan PAS di
Kelantan, orang-orang Kelantan yang beliau
harap-harapkan seperti Anuar Musa telah berpaling
tadah dan sebaliknya pula telah berusaha untuk
menjatuhkan beliau. Kini Mustapha Mohamed pula tidak
boleh dipercayai kerana sudah semakin rapat dengan Ku
Li, dan Mahathir mensyakki kombinasi Ku Li - Mustapha
Mohamed ini bukan hanya untuk setakat menawan kembali
Kelantan, tetapi untuk mengulingkan beliau di
peringkat kebangsaan.
Dalam senario dimana Anuar Musa dan Mustapha Mohamed
sudah tidak boleh dipercayai, maka Mahathir telah
memanggil kembali regu lama Hussin Ahmad - Ibrahim
Ali. Jangan underestimate atau pandang remeh regu ini.
Mereka bukan 'surat khabar lama'. Mereka pakar dalam
bermain kotor. Hussin Ahmad dan Ibrahim Ali ini
'gengster' di Kelantan. Mereka ini umpama kaki 'katok'
(kaki pukul menggunakan kapak Siam - kapak kecik).
Dan mengikut ceritanya, Mahathir telah tugaskan regu
Hussin Ahmad -Ibrahim Ali untuk 'katok' (hentam) Anuar
Musa, 'katok' regu Ku Li-Mustapha Mohamed, dan
cetuskan huru-hara di Kelantan untuk membolehkan
dharurat diistiharkan.
Samada maklumat yang diterima ini benar atau
sebaliknya, hanya Allah SWT yang Maha Megetahui
akannya. Allahualam. Kita tunggu dan lihat
perkembangan seterusnya - jika ada.
Allahu Akbar ! Allahu Akbar ! Allahu Akbar !
Tarabulsi
18 Zulkaedah 1421
(12 Februari 2001)