Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite UMNO
PEROMPAK
WANG
RAKYAT !


Singapura nak laga-lagakan Mahathir dan Pak Lah, atau...??

Assalamualaikum wm wbt,

Singapura nak laga-lagakan Mahathir dan Pak Lah, atau …??

Pada 7 Februari, 2001 Timbalan Perdana Menteri, Pak Lah, telah tiba di Singapura untuk lawatan 3 hari dan disambut dengan layanan bertaraf ketua kerajaan oleh republik tersebut. Tindakan kerajaan Singapura itu mengingatkan kita kembali kepada perasaan dengki dan kemarahan Dr Mahathir terhadap Anwar Ibrahim yang telah disambut dengan permaidaini merah ( ‘red carpet welcome’) oleh Washington.

Layanan bertaraf ketua kerajaan yang diberi kepada Pak Lah itu lengkap dengan seorang Menteri Singapura sebagai “Minister-in-Attendance.” Negara-negara lazimnya akan berhati-hati dalam soal protokol, tetapi mengapa Singapura telah sengaja melanggar protokol. Masakan Singapura tidak tahu betapa marahnya Dr Mahathir apabila Washington memberi Anwar Ibrahim ‘red carpet welcome.’ Adakah tujuan Singapore untuk mengapikan Mahathir supaya memecat Pak Lah sebagai TPM ?

Atau pun adakah Singapura bertujuan untuk memberi mesej secara tidak langsung kepada Dr Mahathir? Mesej tersebut adalah Mahathir yang ditentang oleh majoriti rakyat Malaysia sudah dilihat oleh negara-negara jiran dan masyarakat antarabangsa sebagai tidak lagi mendapat mandat rakyat. Oleh yang demikian adalah wajar bagi Dr Mahathir berundur.

Mungkin kerajaan Singapura ingin ‘cultivate’ Pak Lah yang dijangka akan ambil alih sebagai PM Malaysia pada bila-bila masa yang berhampiran ini. Ini akan bermakna bahawa kerajaan Singapura sudah menerima maklumat intelligence bahawa Dr Mahathir akan digulingkan di masa-masa yang berhampiran ini, mungkin menerima usul tidak percaya di perhimpunan UMNO tahun ini. Oleh yang demikian kerajaan Singapura telah mula memikat hati Pak Lah yang dilihat bakal menjadi PM dalam dua tiga empat bulan dari sekarang.

Persetujuan secara prinsip untuk mencari penyelesaian secepat mungkin kepada beberapa isu dua hala yang telah tercapai semasa lawatan Pak Lah bukannya perkembangan yang baru. Ianya telah diulang-ulang setiap kali berlaku lawatan diperingkat tinggi Malaysia-Singapura. Tetapi tindakan memberi Pak Lah layanan taraf PM punyai makna terselindung yang besar.

Hubungan ‘interdependence’ antara Malaysia-Singapura begitu saling melengkapi hinggakan lahir andaian “kalau KL terpersin, maka Singapura akan kena selsema” ( “if KL sneezes, Singapore would catch cold”).

Dalam konteks hubung yang dikatakan saling melengkapi ini, sekiranya suasana politik dan ekonomi Malaysia terus berkeadaan tidak menentu dan tidak stabil, maka lambat laun Singapura akan turut terasa kesan-kesan dan implikasi yang negatif darinya. Oleh yang demikian apabila keadaan menjadi bertambah runcing di KL, lazimnya kerajaan Singapore akan membantu secara tidak langsung untuk cuba mengujudkan suasana yang akan membantu Malaysia ke arah pemulihan dan kestabilan. Bukannya Singapura itu baik sangat sikapnya terhadap Malaysia, tetapi Singapura akan terdesak demi menjaga kepentingannya sendiri.

Tetapi masalah yang dihadapi Malaysia kali ini berlainan dari masa-masa yang lepas. Buat pertama kalinya Malaysia menghadapi krisis kepimpinan. Segala penyakit yang dihadapi berpunca dari kepimpinan Dr Mahathir yang berbudayakan salahguna kuasa, rasuah, nepotisma dan kronisma. Rakyat sudah hilang kepercayaan terhadap pemerintahan Mahathir dan UMNO, tetapi Mahathir dan UMNO tetap berdegil dan enggan melepaskan kuasa.

Penyelesaian masalah Malaysia bukan dengan mengubah kepimpinan UMNO. Ianya memerlukan UMNO itu sendiri dihapuskan kerana kebanyakkan pemimpin UMNO disemua peringkat sudah begitu sebati darah daging mereka dengan budaya rasuah, salahguna kuasa, nepotisma dan kronisma yang diasaskan oleh Dr Mahathir.

Kita tunggu dan lihat perkembangan seterusnya.

Mungkinkah Pak Lah akan naik mengganti Mahathir dalam masa-masa yang berhampiran ini, atau Pak Lah akan senasib dengan Musa Hitam, Ghafar Baba dan Anwar Ibrahim. Dan apa pula dengan khabar-khabar angin yang semakin kuat kononnya sebagai langkah untuk menyelamatkan dirinya Dr Mahathir sudah mengarahkan Ketua Hakim dan Peguam Negara untuk membebaskan Anwar dari tuduhan kes liwat. Sabit keslahan kes pertama, iaitu kes rasuah kekal tetapi Anwar akan ditahan di rumahnya - house arrest. Allahualam.

Allahu Akbar ! Allahu Akbar ! Allahu Akbar !

Tarabulsi
16 Zulkaedah, 1421
(10 Februari, 2001)


        
Ke atas  Balik Menu Utama    Tarikh Artikal : 11 Februari 2001

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://tranung.tripod.com/ dan Email : dppkd@hotmail.com