Assalamualaikum wm wbt,
Kepada Badan Bertindak Melayu (BBM) yang akan
mengadakan perhimpunan ‘Tak Akan Melayu Hilang Di
Dunia” pada hari ini 4 Februari, 2001 di PWTC (atau
pun di venue asal di Kampong Bharu), ingin diingatkan
bahawa adalah membawa kepada syirik jika dikatakan
Melayu tak akan hilang di dunia. Bukankah beberapa
kaum seperti kaum ‘Aad (lihat Al Quran, Surah Al
A’raaf ) telah dilenyapkan dari muka bumi ini kerana
mengingkari perintah Allah SWT.
Sepatutnya BBM yang terdiri dari barua-barua Mahathir
mengubah thema perhimpunan mereka itu kepada : "UMNO
Bersumpah Tak Akan Melayu Hilang Di Premis Maksiat”.
Thema yang dicadangkan tidaklah membawa kepada syirik.
Malah ianya tepat sekali sebab selagi UMNO yang
munafik itu memerintah negara ini, selama itulah orang
Melayu tak akan hilang di dangdut, di pub (tempat
minum arak), di premis perjudian, dan lain-lain premis
maksiat dan kemungkaran. Premis-premis maksiat ini
terus ujud kerana UMNO menggalakkannya, kerana UMNO
melesenkannya, dan UMNO menganggapnya tidak haram
sebab ianya berlesen dan berpermit.
Thema baru yang dicadangkan ini juga sesuai kerana
pemimpin-pemimpin UMNO yang mengaturkan perhimpunan
tersebut terdiri dari kaki perogol budak perempuan di
bawah umur, kaki perasuah, kaki main betina, kaki
sental arak, kaki mentedarah duit haram, kaki sental
duit rakyat, kaki penipu..dll.
Muka-muka yang memimpin BBM adalah mereka yang
terhutang budi kepada Mahathir. Umpamanya, Rahim Tamby
Chik yang telah diselamatkan oleh campurtangan
Mahathir dari tuduhan merogol dan rasuah. Ha ha ha
ha..Ibrahim Ali Al Kataki, pernah diberi jawatan
Timbalan Menteri kerana jasa-jasa beliau menjalankan
ajenda-ajenda kotor Mahathir. Ini muka-muka pembodek
Mahathir, dan mereka sanggup lakukan apa sahaja untuk
memastikan Mahathir terus berkuasa sebab kalau
Mahathir jatuh, mereka akan diheret ke mahkamah atas
kesalahan-kesalahan mereka yang selama ini tidak dapat
diambil apa jua tindakan undang-undang kerana mereka
dilindungi Mahathir.
Kehadiran Mazlan Harun sebagai salah seorang pemimpin
BBM tidak menghairankan. Bukankah bapa beliau, Dato
Haron Idris yang telah memujuk Tun Abdul Razak supaya
diterima Mahathir kembali ke dalam UMNO. Bukankah
Mahathir yang merancangkan rusuhan perkauman Mei 13,
1969. Dan bukankah trajedi pertumpahan darah Mei 13
itu telah dimulakan dari rumah Dato Haron Idris di Kg
Bharu.
Nampaknya kini Mahathir bergabung semula dengan
keluarga Dato Haron Idris untuk membuat ulang tayang
peristiwa berdarah Mei 13, 1969. Sejarah telah
membuktikan bahawa UMNO sanggup mencetuskan huru-hara
dan pertemporan darah semata-mata untuk terus berkuasa
melalui pengistiharan dharurat.
Terlalu jelas bahawa niat sebenar BBM dalam
menganjurkan perhimpunan “Tak Akan Hilang Melayu Di
Dunia” adalah untuk cuba mengujudkan suasana
ketegangan antara kaum. Tidak boleh diketepikan
kemungkinan bahawa dalam masa-masa yang berhampiran
ini beberapa orang upahan UMNO (mungkin bebudak
Sulaiman Brandy) akan buat kacau untuk mencetuskan
huru hara dan rusuhan perkauman.
Dan peluang untuk bebudak Sulaiman Brandy bertindak
hanya dua minggu dari sekarang. Dalam masa dua minggu
selepas perhimpunan BBM akan diadakan pula satu lagi
perhimpunan yang juga sensitif mengenai diskriminasi
perkauman di Malaysia. Sekali imbas perhimpunan untuk
membincangkan isu diskriminasi kaum ini kelihatan
sebagai initiatif sebuah badan NGO yang lain
bersama-sama pihak pembangkang. Tetapi awas. Sudah pun
diterima maklumat (yang belum dapat dipastikan
kesahihannya) bahawa UMNO mendalangi perhimpunan
diskriminasi perkauman tersebut. Rupa-rupanya ada
kaitan antara perhimpunan BBM hari ini dengan
perhimpunan diskriminasi perkauman yang akan diadakan
dua minggu dari sekarang. Jelas kelihatan negara
sedang dibawa menuju kearah huru-hara rusuhan
perkauman.
Niat jahat UMNO untuk mencetuskan rusuhan perkauman
ini begitu jelas kelihatan dengan poster-poster ‘keris
terlanjang’ berlatar belakangkan warna merah (lambang
darah).
Menurut seorang kenalan UMNO, tarikh 4 Februari telah
dipileh untuk menakutkan orang Cina. Angka empat
sangat ditakuti orang Cina sebab angka 4 itu
melambangkan kematian. Dari tarikh yang dipileh itu
pun jelas dan terang bahawa niat UMNO adalah untuk
mengujudkan suasana ketegangan yang boleh membawa
kepada rusuhan kaum dan seterusnya pengistiharan
dharurat.
Andai kata tercapai niat jahat UMNO itu, dan
tercetuslah pesta bunuh membunuh antara Melayu UMNO
dan kaum Cina, maka yang bertanggungjawab merancangkan
pesta pembunuhan itu semestinya adalah Dr Mahathir dan
UMNO. Ini suatu yang nyata, terang lagi jelas.
Dan pihak polis juga turut dipertanggung jawabkan.
Polis terang-terang telah bersubahat. Polis telah
mengeluarkan permit walau pun akur akan potensi
perhimpunan BBM anjuran UMNO itu untuk mencetuskan
huru-hara. Polis hanya tolong ubahkan venue dari
Sulaiman Club, Kg Bharu kepada PWTC. Memang patut dan
tepat sekali kalau polis dicap sebagai anjing-anjing
Mahathir.
Orang BA harus bersedia menghadapi apa pun
kemungkinan. Buatlah persiapan yang perlu, dan jangan
lupa lakukan solat tahajud sebab Rasulullah SAW tak
akan bawa bersama untuk perang jihad mereka-mereka
yang tidak melakukan solat sunat tahajud.
BA boleh memintas dan mematahkan rancangan jahat UMNO
tersebut.
Di kemuncak isu Suqui, apabila Hishamuddin auww
Hussein ( ‘auww’ untuk pondan, ‘bin’ itu untuk lelaki
) mengarahkan gengster-gengster Pemuda UMNO membuat
kacau di Dewan Perhimpunan Cina, pemimpin-pemimpin BA
telah berjaya meredakan ketegangan dengan memberi
jaminan bahawa orang-orang Islam BA akan melindungi
kaum Cina jika kaum tersebut diserang oleh Melayu
UMNO.
Kenyataan-kenyataan yang memberi jaminan untuk
melindungi kaum Cina tersebut perlu diulangi oleh
pemimpin-pemimpin BA pada masa sekarang ini. Ini
caranya untuk memintas rancangan jahat UMNO tersebut.
Kita perlu dengan tegas memberitahu UMNO bahawa keris
telanjang mereka itu akan memakan tuannya sendiri.
Allahu Akbar ! Allahu Akbar ! Allahu Akbar !
Tarabulsi
10 Zulkaedah 1421
(4 Februari 2001)