Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite UMNO
PEROMPAK
WANG
RAKYAT !


'Buang kes' sebab wang ehsan bukan duit Petronas??

Assalamualaikum wm wbt,

'Buang kes' sebab wang ehsan bukan duit Petronas??

Wang Ehsan yang dihulurkan baru-baru ini kepada juak-juak UMNO di Terengganu kononnya sebagai 'pembayaran royalti minyak' tidak datang dari akaun Petronas tetapi dari sumber kewangan yang lain. Ini telah disahkan oleh sumber-sumber Petronas. Ada spekulasi bahawa duit Petronas tidak digunakan supaya hakim mahkamah dalam perbicaraan kes isu royalti minyak akan mempunyai alasan untuk 'buang kes' tanpa memanggil Kerajaan UMNO-BN dan Petronas untuk membela diri. Hakim (yang pastinya orang Mahathir) akan memutuskan bahawa kerajaan Terengganu tidak ada kes untuk membawa isu royalti minyak ke mahkamah kerana masih belum ada apa-apa pelanggaran di pihak Petronas terhadap perjanjian dengan kerajaan Terengganu.

Menurut spekulasi itu lagi, hakim kes tersebut bukan saja akan 'buang kes' atau terajang keluar kes tersebut tetapi akan mengenakan denda bayaran kos keatas Kerajaan Terengganu. Dengan keputusan mahkamah yang berat sebelah dan memihak kepada mereka, adalah dijangkakan kerajaan UMNO-BN dan Petronas akan membuat saman malu berjumlah ratusan juta ringgit untuk memastikan kerajaan Terengganu akan bankrupt.

Yang pasti adalah wang ehsan yang dihulurkan baru-baru ini kepada juak-juak UMNO di Terengganu bukannya duit Petronas. Peguam-peguam bagi pihak kerajaan Terengganu perlu ambil maklum tentang fakta yang sangat penting ini.

Suatu lagi perkara yang perlu difikirkan adalah hakim akan memutuskan sebagai 'tak relevan' segala kenyataan media yang dibuat oleh Mahathir dan lain-lain pemimpin UMNO-BN. Alasan yang akan diberi adalah kenyataan-kenyataan tersebut hanya setakat mengumumkan niat untuk tidak menghormati perjanjian royalti minyak tersebut, tetapi niat itu tidak disusuli dengan sebarang apa tindakan yang boleh mensabitkan kesalahan. Pemberian wang ehsan yang telah dihulurkan juga tidak boleh dijadikan bukti kerana ianya adalah dari sumber kewangan yang lain dan bukannya duit Petronas.

Apa pun yang bakal berlaku, yang pasti adalah majoriti rakyat bersimpati terhadap kerajaan Terengganu.

Pemimpin UMNO sedar akan simpati rakyat terhadap kerajaan Terengganu itu, dan dispekulasikan telah mengolah strateji untuk hanya melengahkan pembayaran royalti minyak kepada kerajaan Terengganu hingga ke hujung tahun 2003. Dalam perkiraan UMNO, peluang BN untuk menawan kembali Terengganu memang tidak ada langsung. Namun begitu adalah penting untuk memastikan isu royalti minyak tidak berlarutan hingga 2004 yang mungkin boleh menjejaskan peluang kemenangan BN di negeri-negeri lain.

Melengahkan pembayaran ke penghujung 2003 juga akan memastikan kerajaan Terengganu tidak akan sempat untuk membelanjakannya bagi projek-projek yang boleh membuktikan kepada pengundi-pengundi di negeri-negeri lain akan keupayaan kerajaan BA, jika diberi peluang serta peruntukan kewangan, untuk membangunkan negara.

Allahu Akbar! Allahu Akbar ! Allahu Akbar !

Tarabulsi

7 Zulkaedah 1421
(1 Februari 2001)


        
Ke atas  Balik Menu Utama    Tarikh Artikal : 1 Februari 2001

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://tranung.tripod.com/ dan Email : dppkd@hotmail.com