Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite UMNO
PEROMPAK
WANG
RAKYAT !


Khir Toyo Takut Mandi Air Kelapa Kotai

Tidak ada orang Melayu lebih berani selain Khir Toyo cakap pasal maruah Melayu.Khir Toyo sanggup bermandi darah mempertahankan hak Melayu. Tetapi pada 4.Feb 2001 tidak nampak pun batang hidung Khir yang dicucuk mahafiraun diatas pentas majlis BBM anjuran Ibrahim Ali tempoh hari.Macam manaaa niii Toyo?. Majlis mempertahankan Tak Kan Melayu Hilang DiDunia pun hang tak berani tunjuk muka,nak mandi darah konon!. Piiidaahh. Juga kita orang GETEK ( kata Megat Joned) duk tengok muka-muka orang amno duduk bersila atas pentas dalam majlis BBM.Kasihan, gua tengok orang-orang BBM yang perut buncit dan seluak ketat melondeieh terkial-kial nak bersila. Nak tiru orang PAS ke ?. Orang PAS dah biasa dah. Orang PAS pakai kain,seluak longgak,jubah besak. Biasa saja duduk bersila.

Pada 11 Februari 2001 penduduk Sungai Panjang dan Sg.Besar buat keputusan hantak kelapa kotai kerumah Khir Toyo diSimpang Lima.Keputusan menghantar kelapa tersebut adalah ikutan kenyataannya bahawa harga kelapa adalah 40 sen sebiji. Pada hal harga kelapa adalah antara 5 atau 6 sen sebiji yang diperolehi penanam kelapa.Khir Toyo lari lintang pukang meninggalkan rumahnya dan memaksa polis-polis FRU yang ratusan jumlahnya menunggu dan mengawal rumahnya sejak seawal subuh 11 Februari tersebut.Beberapa sekatan jalan oleh polis sepanjang jalan K.Selangor Sabak Bernam telah dibuat dan mereka mengherdik dan menakut-nakutkan pengguna jalan .Akhirnya kelapa tidak dapat dihantar kerumah Khir Toyo. Sekali lagi kita orang mau tanya. Dimana kejantanan Khir Toyo nak mandi darah. Mandi air kelapa kotai pun dia tak berani, nak mandi darah konon!!.Dia tu berani pasal ada polis kepala merah .

Malam sebelumnya seperti biasa Khir Toyo telah mengarahkan berterak-terak polis FRU mengganggu ceramah Sdr.Ezam dan kawan -kawan di rumah Hj.Mee,Sg.Hj.Dorani,Sg.Besar.Seperti biasa FRU akan terus mengancam tuan rumah ,penceramah dan tetamu. Walau bagaimana pun ceramah dapat diteruskan.

Pada 11 Februari 2001 sekali lagi Khir Toyo memperkudakan FRU dan pasukan polis mengganggu ceramah PAS di Tebuk Pulai Sabak Bernam. Tetapi dengan kecekalan penceramah YB Mohamad Sabu,YAB Tuan Guru Hadi Awang, Ust Hasan Shukri serta YB Ust Solihin dan kebijaksanaan unit amal dan keberanian pengunjung pihak FRU balik andau terketak-ketak setelah gagal menghentikan ceramah PAS. Kepada pasukan polis ,pikir-pikirlah sebelum ikut telunjuk Khir Toyo tu.Gaji kamu rakyat yang bayar bukan Khir Toyo.

Begitu beberapa insiden yang berlaku dikawasan dan jiran Khir Toyo yang mengaku jantan tetapi pondan macam mentornya Hisham auw terus menggunakan pasukan polis dan FRU untuk mengekalkan kuasa .

dari:
Simpati


        
Ke atas  Balik Menu Utama    Tarikh Artikal : 14 Februari 2001

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://tranung.tripod.com/ dan Email : dppkd@hotmail.com