Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite UMNO
PEROMPAK
WANG
RAKYAT !


AWAS! Mahathir ada "MEMAKAI"...

Assalamualaikum Warga REFOMASI,

Berhubung artikal "KALAU FADHIL NOR TAK PANDAI KUNCI JIN-JIN MATAHIR" saya terpangil untuk berkongsi pengelaman dengan saudara semua...

Saudara-saudari,
Saya tidaklah pandai dan mempunyai ilmu rohani yang tinggi dan mendalam seperti para ustaz, tuan guru, ulamak-ulamak yang kita hormati. Tetapi sekadar untuk kegunaan sendiri dan amalan harian sahaja... dan ijazahkan kepada sesiapa yang berminat untuk amalkan. Amalan ini adalah dari amalan Tok Kenali dan beberapa ulamak terkenal...

saudara-saudari,
Pengelaman saya ini berlaku hampir lima (5) tahun yang lalu, ketika itu saya berdepan dengan Mahathir di Masjid Negara selepas solat JUMAAT untuk bersalaman, pada waktu itu saya merasakan pada diri mahathir ada SESUATU...pada pengelaman (bab kerohanian atau kebathinan) saya yang cetek ini bahawa beliau ada "MEMAKAI" sesuatu... Pada waktu saya bersalaman terdapat sesuatu getaran ROHANI dari beliau... Saya berkata di dalam hati... Kuat juga ilmu Mahathir ni, calang-calang orang tumpas di buatnya... Beliau tersenyum memandang saya. Sehingga kini saya masih boleh rasakan bagaimana getaran ROHANI itu... Kalau anda hendak tahu cuba tanya saudara ANWAR dan mereka yang pernah berjumpa Mahathir.

Saudara-saudara,
Ini sekadar pengalaman sahaja. Hanya ALLAHlah Yang Maha Mengetahui Perkara Yang Ghaib Di Depan, Di Belakang, Di Kanan dan di Kiri Di Atas Dan DI Bawah dan DI Antara Nya.

Dalam hal ini terpulanglah pada saudara untuk menilainya. Hanya pada ALLAhlah saya bertawakkal dan menyerah diri.

Wassalam

Silau.


        
Ke atas  Balik Menu Utama    Tarikh Artikal : 18 Februari 2001

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://tranung.tripod.com/ dan Email : dppkd@hotmail.com