Dr..Mahathir kata orang Melayu telah terbahagi kepada 4 kelompok iaitu Umno,
Pas, Keadilan dan BBM. “Saya benar-benar tidak faham….” Itulah apa yang
dikatakan dalam Utusan Malaysia 13.Februari 2001 muka depan.
“Mereka (BBM) menyatakan mahu menyatupadukan orang melayu, tetapi apa yang
berlaku sekarang ialah daripada terbahagi kepada tiga iaitu Umno, Keadilan dan
Pas, sekarang kita ada empat termasuk BBM”.
Disini jelaslah dari cakapan beliau…beliau mengakui yang Umno tidak mampu untuk
menyatupadukan orang-orang melayu malah keadaan peralihan sokongan orang melayu
kepada Umno semakin tenat. Malahan pergolakan perpecahan komponen BN seperti MIC
dan MCA juga amat ketara sehinggakan Samy Vellu sanggup menjemput IPF menyertai
MIC yang mana tersiratnya untuk mengukuhkan Samy Vellu (MIC) itu sendiri, tetapi
kalangan orang-orang India yang menyertai IPF sudah matang dan serik dengan
kelicikan dan serampang tiga mata si Samy Vellu. Keadaan ini tidak lagi
membolehkan si Samy Vellu mendabik dada mengatakan orang-orang India kuat
dibawah naungan MIC.
MCA pula tak habis-habis dengan pergolakannya, bermula dengan Rayuan Suqiu,
Perpindahan sekolah Cina, Rombakan Kabinet malah Kerapuhan perhubungan antara
Presiden dan Naib Presiden MCA itu sendiri sehingga kini masih belum reda
menanti ledakan gunung merapi sahaja.. Akan tetapi perpecahan dalam MIC dan MCA
tidak lah popular sangat kerana wartawan serta editor surat khabar Cina dan
Tamil masih sayangkan bangsa mereka tidak seperti Utusan Meloya dan Berita
Hairan yang sentiasa mencari isu sensitif tanpa menyedari ini akan lebih
menyebabkan melayu berpecah kepada 10 bukannya empat lagi.
Walau apapun perpecahan yang didakwa olah Mahathir dan UMNO itu ujud , yang
pentingnya disini adalah mencari puncanya. Apakah puncanya ? Maka sudah tentulah
si Mahathir, Abdullah Badawi dan Pengampu (Pengkhianat) UMNO akan memberi alasan
yang tak lain tak bukan adalah kerana PAS dan keADILan. Kononnya PAS telah
memainkan ayat Al-Quran untuk mengkafirkan orang-orang UMNO dan menanamkan sikap
membenci kepada kerajaan. keADILan pula menarik orang-orang melayu dengan cara
memaki hamun dan memfitnah pemimpin-pemimpin kerajaan dan di cop sebagai
Pengkhianat negara serta ekstrimis.
Ana ingin membawa pembaca kesebuah kisah teladan, anda semua pasti akan
bersetuju..
Seorang bapa telah berjaya dalam kes mahkahmah menuntut supaya hak penjagaan
anak-anak diberikan kepadanya setelah menceraikan isterinya dengan Talak Satu.
Anak-anaknya seramai 4 orang semuanya antara 8-14 tahun berkeras hendak tinggal
bersama emak mereka. Si bapa ini memang orang kaya dan sangat berpengaruh maka
menanglah si bapa dalam kes ini maklumlah si Hakim pun geng Mahjung nya. Maka si
ibu ini pun dalam keadaan terhina hiba dan sangat pilu kehilanganlah anak-anak
yang sangat di kasihinya.
Selepas beberapa hari si bapa ini yang beranggapan kekayaan dan kemewahan adalah
jawapan untuk semua masalah, mula menghadapi kesulitan yang amat memeningkan
kepalanya, mengapa? Kerana anak-anaknya tidak mesra dengan beliau dan kasih
sayang yang diharapkan dari anak-anaknya itu tidak tercapai malah selepas beliau
berjaya mendapatkan mereka keadaan anak-anaknya menjadi tidak ketentuan dan
selalu memberontak, maka si bapa tadipun membelanjakan sebegitu banyak wang
untuk mengumpan kasih sayang anak-anaknya…akan tetapi wang habis namun
anak-anaknya masih mahukan ibu mereka. Maka si bapa ini pun bertanyakan kepada
anak-anaknya “mengapakah anak-anak bapa ni semuanya tak sukakan bapa…..apa tak
cukupkah segala kekayaan dan kemewahan yang bapa berikan kepada kamu selama ini,
kamu semua jangan lupa dahulunya kita semua susah dan melarat…sekarang ini kita
dah senang lenang korang pula jadi macam ini”.
Maka jawablah si anak-anak tadi kepada bapa mereka “ bapa…kami bukan tak
mensyukuri pada semua yang ada, tapi dulu kita semua susah dan melarat….bila
kita dah kaya dan senang mengapa pula bapa menceraikan emak..bukankah emak yang
bersama bapa bertungkus lumus sebelum ini? Bapa tu pula bila dah kaya dan
berpengaruh, bapa dah lupakan keluarga, bapa dah sombong dan angkuh……bapa memang
tak sukakan emak kerana emak selalu menegur sikap bapa yang boros dan lupa diri
dan ayah sudah tidak lagi berpegang kepada Al-Quran dan ayah sanggup memainkan
agama demi hendak mengambil hati kawan-kawan abah yang berugama lain. Bapa lebih
uatamakan kawan-kawan bapa sehinggakan bapa sanggup melakukan rasuah malah bapa
sanggup keluarkan wang simpanan kami untuk membantu kawan-kawan bapa sehingga
selalu bapa bertengkar dengan emak. Bapa…. kami sayangkan emak…kami tahu emak
tidak bersalah…tergamak bapa buat emak begitu…emak itu adalah emak kandung kami
juga bapa, sanggup bapa memfitnah emak membuta tuli dengan dengar cakap
orang…sekarang yang berpecah adalah keluarga kita…..kita yang menanggung
penderitaan ini ayah….ayah…kalau ayah sayangkan kami semua…. bapa ambillah emak
balik, emak tak bersalah bapa”
Apabila habis sahaja si anak tu bercakap “Cis…kurang ajar kamu semua ! aku bagi
pelajaran pada kamu semua bukan untuk lawan cakap aku faham !…..aku lakukan
semua ini untuk masa depan kau orang semua” maka si anak tadi dapatlah habuan 5
jari yang singgah kat pipi. Anak-anak yang lain apakan daya hanya setakat
memerhatikan sahaja. Sejak dari itu perasaan benci mula berputik dalam jiwa
anak-anaknya. Mereka tidak lagi menghormati bapa mereka dan langsung tidak
menunjukkan sikap menghormati bapa mereka.
Si bapa tadi bertambah berang sehingga tak nampak telinga marahnya bila dapat
tahu dua orang dari anak-anaknya telah melarikan diri kepada emak mereka. Maka
si bapa tadi pun pergilah kerumah jandanya. “ Celaka kamu…kamu yang menghasut
anak-anak kita supaya membencikan aku ye, sekarang kamu nak merampas anak-anak
itu dari aku pula ya? Kamu memang sial….mengapa kamu tak mampus saja? baru
senang hidup aku” itulah perangai sibapa tadi masih sombong dan bongkak tak
sedarkan diri. Tak habis dari itu si bapa berkata lagi pada anak-anaknya yang
lari itu “ aku nak tengok setakat mana kamu sayangkan emak kamu yang merempat
ni….baru korang kenal langit tu tinggi ke rendah, satu hari korang akan
menyembah kaki aku juga…tengok lah!”.
Maka tinggallah dua orang anak dengan si ibu dan dua orang anak lagi dengan
sibapa mereka. Hari demi hari berlalu maka dua orang anak yang bersama si bapa
tadi mengalami tekanan perasaan memikirkan si bapa mereka masih tidak berobah
malah lebih bongkak dan sentiasa menafikan kepada jiran-jirannya bahawa keluarga
mereka masih aman damai dan hidup bahagia malah beliau juga menafikan yang
perniagaannya semakin merosot dengan membuktikan beliau telah membeli kereta
baru…..sesungguhnya wang untuk membeli kereta tersebut merupakan wang anak-anak
serta nafkah isterinya dahulu habis disapunya demi untuk menunjukkan kepada
dunia.
Kepada dunia luar bolehlah si bapa ini menipu…….tetapi bolehkah dia menipu
anak-anaknya yang tahu serba serbinya.
Oleh itu disini ana ingin meminta pendapat pembaca …bagaimanakah caranya untuk
mengumpul kembali anak-anak dan keluarga ini tadi ? bagaimanakah untuk
mengembalikan kasih-sayang yang telah tergugat sebelum ini? Bagaimanakah caranya
untuk mengembalikan kekuatan institusi keluarga tersebut?
Tentu ada caranya bukan?… itupun bergantunglah kepada si bapa tadi sama ada
mementingkan diri sendiri atau mementingkan anak-anak cucunya akan datang.
Nak jadikan cerita……suatu hari si bapa ini jatuh sakit yang tenat dan terlantar
dihospital. Apakah rasanya?…..bernilai kah wang berjuta? Dimanakah
kawan-kawannya? Dimanakah rakan-rakan perniagaannya? Gunakanlah wang berjuta itu
untuk kos perubatan sampai kering, gadaikanlah semua harta benda dan
rumah….waktu inilah kesempatan yang diambil oleh rakan-rakan tadi mendampinginya
secara pisau cukur….cukur…cukur..jangan tak cukur.
Tetapi wahai si bapa…….sudah tentulah anak-anak mu tak sanggup melihat kamu
sebegitu…sebusuk-busuk perangai kamu, mereka tetap darah daging mu. Tak hiba kah
si bekas isteri mu melihat kan suaminya terlantar…tapi apakan daya hendak
membantu tak terkapai kerana bukan lagi suami isteri. Ingatlah hanya anak-anak
dan isteri tercinta sahaja yang sanggup menjagamu…yang sanggup mencuci kencing
dan najismu….yang sanggup mati kerana mu. Waktu itu barulah kamu sedar siapa
saudara siapa kawan…tapi sudah terlambat….harta sudah disebat, wang berjuta
telah di lipat….tanah telah di kawat.
Sekianlah coretan ana …semoga ini semua boleh menjadi pedoman dan panduan untuk
ahli-ahli UMNO…….siapakah sebenarnya yang menggadai? siapakah sebenarnya yang
membuang saudara? Siapakah yang merenggangkan melayu? Nak salahkan orang lain ?
Sesungguhnya Allah Maha Kaya…… Dalam Islam di bolehkan Talak hingga 3 sebab
Allah memberi peluang kepada hambanya untuk bertaubat dan mengubah nasibnya
didunia ini.
Pikir-pikir
Seterujabat@freeanwar.com
==
LAWAN TETAP LAWAN
BEBASKAN ANWAR !
Melayu+Siam = MeSiam