Utusan Malaysia 12.Februari 2001 m.s 4. “Pendapat pelajar, pensyarah Melayu
diterima sekiranya sokong kerajaan”.
Ketua Pengarah Biro Tatanegara Jabatan Perdana Menteri Dr. Nordin Kardi ketika
menjawab soalan para pelajar selepas membentangkan Kertas kerja bertajuk
‘Mahasiswa Melayu dan Perjuangan Bangsa’ di Konvokesyen Mahasiswa Melayu
Kebangsaan di Shah Alam pada 11.februari 2001. Disini ana perturunkan beberapa
petikan dari beliau.
1. “Sekiranya mereka (Pelajar-pelajar dan Pensyarah) menyokong kerajaan,
pendapat mereka akan dipakai jika ia memberi kesan positif kepada negara”.
Kesimpulan : Pendapat dari Pelajar-pelajar atau Pensyarah-pensyarah yang
menyokong Pembangkang tidak diterima sama sekali. Biarpun pendapat yang
diberikan oleh Pelajar dan Pensyarah yang menyokong Pembangkang Kerajaan memberi
kesan positif kepada negara….pendapat itu tidak akan diterima kerana mereka
adalah pembangkang.
Komen : Kalau inilah yang menjadi pegangan orang-orang melayu UMNO maka ana tak
hairanlah sampai ke Kiamat pun “Tak akan Hilang Dengki Melayu Di Dunia ” jadi
ana ingin bertanyakan si Dr.Nordin (entah-entah doktor celup…kalau doktor
selalunya cakapnya berhati-hati). Apakah guna UMNO dan PAS membuat perbincangan
pada 19hb.februari nanti? Apakah hasilnya? Apakah gunanya?apakah kesudahan nya?
2. “Ini adalah kerana dalam konsep politik, pandangan mereka tidak akan diambil
kira sekiranya berada di luar kerajaan sedangkan peluang membina bangsa dibuat
secara berkesan melalui kerjasama dengan kerajaan”.
Kesimpulan : Si Dr.Nordin mengatakan ‘KONSEP’ politik. Ini bermakna konsep
politk Malaysia sememangnya tidak mengambil kira sebarang pandangan dan nasihat
malah teguran dari ‘luar kerajaan’. Betul kah ini? Apa yang ana faham dengan
maksud ‘luar kerajaan’ disini bermakna pembangkang lah tu.
Kalau benarlah ini ‘KONSEP’ politik Malaysia……dan ana optimis ianya BENAR kerana
yang bercakap tu bukan sebarangan orang…iaitu dari Jabatan Perdana Menteri
sendiri maka sudah tentulah ‘KONSEP’ ini diperolehi dari ketuanya iaitu Perdana
Menteri sendiri.
Komen : BATAL kan sahaja Perbincangan antara PAS dan UMNO kalau itulah
‘KONSEP’ politik Malay.SI.Aaaaaa
Wahai Dr.Nordin Kardi tak bolehkah anda menyarankan orang melayu mengikut cara
Al-Quran dalam ketaatan kepada pemerintah??? Kau ni orang apa ? Apakah perasaan
anda apabila mulut anda berkata “Tak salah sekiranya orang Melayu mengikut
budaya positif kaum YAHUDI dalam menyokong Kerajaan”.
Oleh itu wahai para pembaca…dapatkah anda semua memahami apa yang ana perkatakan
disini. Alangkah Kasihannya ana pada PAS kerana percaya kepada Bangsa UMNO yang
mengaku kononnya MELAYU.
Oleh itu marilah kita tanamkan semangat LAWAN TETAP LAWAN. Tak ada gunanya
berbaik dengan bangsa yang berpedomankan negara Yahudi !
(Utusan Malaysia : Isnin 12 Februari 2001 m.s 4.)
pikir-pikir
seterujabat@freeanwar.com
==
LAWAN TETAP LAWAN
BEBASKAN ANWAR !
Melayu+Siam = MeSiam