Ana ingin memberi sedikit ulasan tentang kenyataan si senator Zainudin Maidin
dalam wawancaranya di TV serta petikan Utusan Malaysia pada 12.02.2001 berkenaan
‘Wartawan bebas buat liputan menteri di Malaysia’.
Terdahulu ana ingin mengucapkan syabas pada senator kerana telah berjaya
mempengaruhi kebanyakan pendengar yang anda anggap bodoh dan tuli. Syabas juga
kepada senator kerana berjaya melakonkan watak tersebut dengan baik sekali,
penuh semangat…..penuh emosi sampai terbeliak biji mata dan sampai meloya tekak
ini rasanya.
Kalau nak buat perbandingan antara liputan wartawan di Amerika dan liputan
wartawan di Malaysia tu sebagai tiket yang anda bekas seorang wartawan….ana rasa
hentikan sajalahhh. Wartawan-wartawan sendiri tergelak lucu melihat gelagat anda
tempoh hari, inikah sikap seorang bekas wartawan….yang diharapkan adalah
memperjuangkan hak-hak wartawan bukannya membenamkan lagi hak wartawan malah
menyembunyikan fakta sebenar hak-hak kewartawanan. Si senator ni bagi contoh di
Amerika konon…
Ana hendak bertanya pada senator, Apakah sebab di Amerika para wartawan berada
pada jarak yang agak jauh dari Presiden semasa hendak menemuramah? Bukankah ini
atas dasar keselamatan Presiden? pernahkan dalam sejarah Malaysia mana-mana
Menteri atau Perdana Menteri di bunuh atau cubaan membunuh semasa dikerumuni
oleh wartawan? Adakah pernah mana-mana Menteri atau Perdana Menteri pernah
dicederakan oleh mana-mana orang yang menyamar sebagai wartawan? Bagaimana
dengan sejarah di Amerika pula?
Mengapa ini tidak di persoalkan?
Wahai senator ZAM (Zorro Ampu Mahathir), soalan bodoh yang ana hendak
bertanyakan pada saudara kalau saudara masih hendak membandingkan dengan
Amerika…….Mengapa di Amerika setiap kali sebelum Pilihanraya Umum di jalankan,
satu majlis perdebatan di lakukan antara Ketua-ketua parti yang bertanding
secara ‘Live’ di seluruh Amerika? Disini barulah Rakyat dapat menilai dan
melihat sendiri gelagat kedua-dua pihak menjawab soalan. Mengapa acara sebegini
tidak dilakukan oleh Malaysia…bukankah ini lebih demokrasi??
Dan ianya lebih baik daripada melakukan fitnah semasa ceramah kempen Pilihanraya
oleh kedua-dua pihak. Ini kah Jantan? Tapi kalau dah nak masuk Mahkahmah secara
tertutup pun takut macam manalah nak berdepan dengan jutaan rakyat yang
bodoh-bodoh ni.
Sebab itu di Malaysia ana mengatakan rakyatnya telah matang dan kuat berpegang
kepada agama. Begitulah juga dengan Pihak Pembangkang di Malaysia ini. Kalau
nak ikutkan hati dan perasaan marah dan dendam kesumat seperti yang di dakwa
oleh UMNO terhadap pejuang-pejuang Politik Pembangkang….Ekstimis, pelampau dan
sebagainya. ana rasa sudah lama terkangkang keras dah. Bukan susah sangat nak
buat jahat….bolehkah senator faham?
Berapa banyak kekejaman Kerajaan yang telah dilakukan terhadap wartawan, rakyat
jelata dan pemimpin parti pembangkang…adakah mereka membalas dengan kekejaman
juga? Adakah wahai Zam?
Oleh itu ana rasa senator dan bapak-bapak menteri dan terpenting Perdana
Menteri mestilah menghargai dan menyanjungi kematangan Parti Pembangkang di
Malaysia ini dan janganlah sesekali mencabar kesabaran keturunan yang di kenali
sebagai kaki ‘Amok’.
Pikir-pikir
seterujabat@freeanwar.com
==
LAWAN TETAP LAWAN
BEBASKAN ANWAR !
Melayu+Siam = MeSiam