Coretan ana kali ini bukanlah untuk menyebelahi sesiapa…sekadar memberi pendapat
dan pandangan yang tulus dan ikhlas demi rasionalnya
Ustaz Nasharudin kelihatan cukup segak dan anggun memakai Kot sembil bersalaman
dengan Khalil Yaakob mengikut gambar muka depan Utusan Malaysia 8hb.Februari
2001.
Apa yang ana hairan kemana kah hilangnya ketayap yang selalu dia pakai? Ada
dalam kocek kah? Simpan dalam Briefcase kah? Tertinggal dalam bilik mesyuarat
kah? Atau sememangnya di tinggalkan dirumah? Ini lah persoalannya….persoalan ini
nampaknya kecil sahaja akan tetapi besar interpretasinya samada salah
interpretasinya atau tidak adalah tidak menjadi soal tetapi mengapa mesti ada
interpretasi?
Ketayap, serban dan songkok bukanlah melambangkan Keislaman seseorang……begitu
jugalah dengan Kot serta Tali leher juga bukanlah melambangkan keilmuan
seseorang. Yang seronoknya disini adalah….tujuan nak berbincang hal melayu
serta perpaduan melayu tetapi kedua-dua pihak tidak langsung menunjukkan
kemelayuannya malahan ke Baratan. Dimanakah letakknya Kemalayuan mengikut gambar
tersebut.
Alangkah manis dan sesuai sekali sekurang-kurangnya mereka berdua berpakaian
Baju Melayu dan Sampin lengkap bersongkok. Adakah ketayap hanya dipakai semasa
berada dikalangan kumpulan PAS sahaja? Nampak gayanya Yaseer Arafat kenalah buka
serban kepalanya semasa mengahadiri majlis-majlis besar…tetapi tidak dilakukan,
dengan siapa saja atau dimana saja dia pergi itulah identitinya sebagai seorang
pemimpin Islam.
Perubahan dan keterampilan saudara Nasharudin pada majlis tersebut sedikit
sebanyak telah menyuntik perasaan ana. Apakah Ketayap dan songkok tidak
dibenarkan semasa perjumpaan tersebut? Mengapa pula kalau nak mengadap Tuanku
Sultan kita Wajib pakai songkok? Kerana Sultan adalah Raja Melayu ! Habis
bagaimana dengan pemimpin Melayu?
Apa yang hendak ana perkatakan adalah…..saudaraku Nasharudin jangan lah sesekali
kita berobah Identiti walau dimana sekalipun kita pergi dan dengan siapapun kita
bersua kerana kita dikenali dengan identiti Melayu…bukannya macam UMNO bila ada
mesyuarat Agung UMNO barulah nak tunjukkan pakaian melayu. Adakah PAS juga akan
sedemikian ? Tok Guru Nik Aziz tidak berubah Identiti…Tok Guru Haji Hadi juga
tidak berubah Identitinya walau dengan siapa dan dimana mereka pergi. Oleh itu
saudaraku Nasharudin berhati-hatilah semasa di jalan raya.
Orang-orang melayu sekarang ini tidak lagi mendewakan Kot dan Tali leher….Pasar
malam pun kita boleh beli , tidak bermakna seseorang yang lepasan Universiti
perlu menunjukan Keterampilannya melalui pakaian tetapi melalui ilmunya.
Orang-orang kita sekarang ini sudah bijak dan matang…tak perlulah kita memaksa
mereka supaya matang.
Negara Melayu..
Bangsa Melayu…
Orang Melayu….
Mesyuarat Melayu…
Tapi……Pakaian Barat?
Pelik kan? Kan? Kan?
Pikir-pikir
seteru@freeanwar.com
==
LAWAN TETAP LAWAN
BEBASKAN ANWAR !
seteru@freeanwar.com
Melayu+Siam = MeSiam