Ramalan kaji cuaca meramalkan Ribut dan Taufan beserta Banjir Air Mata akibat
Hujan Batu di ikuti dengan Guruh Petir akan berlaku di Wilayah Persekutuan
Putera Jaya berdasarkan Satelit dan Awan Gelap di ruang angkasa nya. Semua
Nakhoda-nakhoda kapal di lautan Putera jaya di nasihatkan jangan terus berada di
lautan sekiranya takut di landa ombak yang bakal menggila tiba. Para Petugas
Keselamatan dan Penyelamat di arahkan bersiap sedia menghadapi sebarang
kemungkinan. Yang ganjilnya Penduduk di Kawasan-kawasan yang sebelum ini tak
pernah di landa banjir juga telah siap sedia berpindah ke kawasan yang selamat
dan kebanyakan mereka telah di tempatkan di Dewan B.A. yang baru di siapkan oleh
Penduduk tempatan atas semangat KEADILAN.
Dalam banyak-banyak rakyat di Putra Jaya tersebut terdapat seorang insan yang
amat kaya raya, Mahathir namanya, beliau cukup takut dengan ramalan kaji cuaca
ini dan oleh kerana kekayaan ini beliau bercadang untuk menginap di Hotel luar
negara sehinggalah bencana alam yang menimpa negara ini kembali reda. Kalau tak
reda sekalipun beliau bercadang menetap disana dan membuka sebuah Klinik Swasta.
Nasihat untuk Mahathir pula...…cubalah jenguk-jenguk balik buku Perubatan
tu...sudah lama sangat anda meninggalkan bidang Kedoktoran kerana telah sekian
lama menceburi bidang Kediktatoran. Itupun kalau ada niat nak buka klinik Swasta
di luar negara, susah sikit orang-orang melayu nak buka klinik swasta di negara
Barat ni…tapi kalau si Mahathir ni, ana rasa boleh di pertimbangkan kerana
irasnya ada mirip mat saleh.....iaitu pada hidungnya, lebih kurang saiz hidung
mat saleh.
Sekiranya anda sudah malas nak baca buku Perubatan, ana ada sebuah buku yang
paling sesuai untuk anda baca dan hafal betul-betul, buku ini ditulis oleh
Penulis Terkenal Profesor Anwar Ibrahim. Buku ini berjudul “JEREJAK BESI”. Buku
ini sangat baik untuk pembaca-pembaca yang bakal menjadi Banduan. Dalan buku ini
terdapat panduan mengenai beberapa lokasi hotel-hotel untuk banduan, antara
hotel-hotel yang terkenal dan bertaraf Lima bintang adalah Hotel Sungai Buluh,
Hotel Kajang, Hotel Taiping dan lain-lain nama hotel yang lengkap dengan
‘swimming pool’nya. Juga terdapat panduan untuk anda bagaimana untuk ‘check in’
di hotel-hotel tersebut,tetapi sayangnya….tiada pula panduan untuk ‘check out’ .
Dalam buku itu juga ada menunjukkan sebuah bilik antara beratus-ratus bilik di
hotel tersebut yang sangat istimewa. Ramai yang tak mampu menempah bilik
tersebut…tetapi ana rasa anda Mahathir amat sesuai dan mampu menghuni bilik ini
kerana anda sudah cukup kaya dan terlebih kaya. Yang istimewanya di bilik ini
adalah kerana ianya mempunyai sebuah kerusi Import.. kononnya kerusi mengurut
badan. Apakah kesannya kerusi tersebut dan setakat mana nikmatnya kerusi
mengurut tersebut tak siapa yang tahu kerana selama ini semua yang telah mencuba
kerusi tersebut kelihatan mengeliat keseronokan hinggakan terbeliak biji mata
dan urat-urat tengkuk semuanya timbul…tup-tup sudah tidak bernafas lagi,
begitulah betapa nikmatnya kerusi ini.
Kepada Dr. Siti Hasmah iaitu isteri kepada si Mahathir pula ana nasihatkan
supaya mulalah mengumpul kotak-kotak kertas dan surat-surat khabar lama untuk
membungkus pinggan mangkuk, barang-barang antik dan masukkan kedalam
kotak-kertas tadi dan bersedialah. Tengok dan renunglah sepuas-puasnya Mahligai
Dunia anda tu. Nasihatkanlah pada Mirzan supaya jangan lupa memperbaharui Lesen
Memandu Kapal terbang dan Passport Antarabangsanya secepat mungkin. Juga
bolehlah mula kontek member-member kat luar negeri tu supaya membersihkan habuk
dan sawang di banglo yang anda beli tempoh hari, cepat-cepatlah tukarkan semua
barang-barang kemas berjuta ringgit yang ada dicelah-celah jari, lengan dan
tengkuk tu dengan matawang asing dan simpan kat Bank yang dah ada Juta-juta tu
laaaa. Pesankan selalu pada cucu-cucu supaya selalulah datang melawat opah
semasa cuti sekolah nanti.
Maka Si Mahathir dan Isteri serta anak kesayangan mereka si Mirzan pun bersiap
sedia untuk menaiki kapal terbang ke luar negara…mereka sekeluarga memilih untuk
menginap di hotel luar negara dari dalam negara kerana mereka cukup mampu.
Sayang seribu kali sayang….wang berjuta pun tiada gunanya kerana semua
pengangkutan udara dan laut telah ditutup memandangkan cuaca semakin buruk. Maka
melopong lah mereka sekeluarga dan sebagai rasa simpati keatas kegagalan mereka
untuk menginap di hotel luar negara maka pihak hotel Sg.Buluh telah menjemput si
Mahathir untuk menginap di hotel mereka malah di letakkan dalam bilik yang
mempunyai kerusi istimewa tadi. Maka tinggallah mereka di situ seberapa lama
yang mereka suka kerana pihak Hotel Sg.Buluh telah berbaik hati mempelawa mereka
tinggal di situ untuk seumur hidupnya.
Pikir-pikir.
seterujabat@freeanwar.com
==
LAWAN TETAP LAWAN
BEBASKAN ANWAR !
seterujabat@freeanwar.com
Melayu+Siam = MeSiam