Nampaknya rakan senama ana si Astora Jabat tu sekarang ni sudah mula memainkan
peranannya untuk memecah belahkan bangsa Melayu. Dalam Mingguan Malaysia
bertarikh 4.2.2001 beliau telah mengecam para guru ugama malahan para ulama yang
bukan dari kalangan UMNO sebagai parti pembangkang ugama ! sekali lagi ana
ulangi ‘PARTI PEMBANGKANG UGAMA’ adakah editor surat khabar yang salah mencetak
atau si Astora memang menulis sebegitu. Oleh itu ana ingin bertanya pada
guru-guru agama dan para ulama yang bukan dari kalangan UMNO..adakah anda setuju
di gelar Pembangkang Agama?
Pada awal-awal lagi ana sudah katakan si Astora Jabat adalah meLAYU CELUP yang
ditugaskan untuk memecah belahkan melayu dan yang menjadi penyambung lidahnya
adalah Utusan Meloya. Dalam tulisan nya juga beliau mendakwa pendakwah,
penceramah, serta ulama sebelah pembangkang KERAjaan tak reti Hadis dan Nas
malah tak menghayati Al-Quran dan selalu membaca Hadis dan Petikan Al-Quran
sekerat-kerat, dan tidak menceritakan yang sebenarnya pada orang ramai.
Itulah Dakwaan seorang yang didakwa Ulama UMNO yang telah di terajang dari
Thailand, dan di beli dengan harga RM8.00 seunit saham oleh Mahathir untuk
membantu membetulkan Aqidah dan membetulkan Guru-guru agama disini kononnya lah
!
Adakah si Astora Jabat telah dilantik oleh Para Ulama UMNO sebagai wakil mereka
untuk menyampaikan ucapan secara takut-takut…kerana selalunya kalau si Astora ni
buat ceramah mesti ada kecoh….kenapa? kerana dia beranggapan orang yang
mendengar ceramah beliau semuanya Jahil Ugama dan baru lahir ke dunia. Walhal
budak yang belum tamat Pengajian pun boleh membahas apa yang beliau ucapkan.
Wahai Astora Jabat…Lupakah anda Insiden yang berlaku di Kampar Perak tempoh hari
? Kononnya nak ikut ‘style’ penceramah KEADILAN, mencabar sekiranya ada sesiapa
yang sanggup berbahas berkenaan sepotong ayat yang dibacanya….Malang Pak Malau
malang berlipat….Malu dan Hina Astora dapat. Seorang guru agama telah menyahut
cabaran beliau malah menyuruh si Astora menyambung lagi ayat Al-Quran yang tak
habis beliau bacakan. Yang peliknya guru ugama tersebut pula mengambil masa
hampir setengah jam menyambung ceramah, dengan si hina tadi tunduk menggulung
seperti tenggiling.
Tahukah pembaca, siapakan hadirin di cermah tersebut?….rupanya-rupanya golongan
yang berkain merah, berbaju putih dan berselendang merah itulah Wanita-wanita
UMNO…. Melopong…..Si Astora Jabat memohon maaf adanya dari guru tersebut.
Alangkah manisnya insiden ini kalau dapat disaksikan sendiri oleh si Mahathir.
Sayangnya seribu kali sayang….borang keahlian PAS dan KEADILAN tiada semasa
itu…kalau tidak Wanita UMNO Kampar pula melayang. (Melayu Sudah berpecah …kata
UMNO).
Oleh itu wahai saudara-saudara ku..waspada lah dan rakamkan apa jua bentuk
penulisan dan ucapan dari si Astoara Jabat ini sebagai bahan bukti di kemudian
hari. Sesungguhnya ayam-ayam di malaysia sekarang ini sudah kehabisan bulu
kerana dipinjam oleh si Musang. berhati-hatilah.
A.S.T.O.R.A. = Aku. Serang. Tok guru. Orang. Ramai. Amuk.
J.A.B.A.T = Janji . Aku. Buat harta. Angkat simpan. Thailand.
Pikir-pikir
seterujabat@freeanwar.com
==
LAWAN TETAP LAWAN
BEBASKAN ANWAR !
seterujabat@freeanwar.com
Melayu+Siam = MeSiam