Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite UMNO
PEROMPAK
WANG
RAKYAT !


Perpaduan Melayu atau Perpecahan Melayu?

Negara kita sekarang ini asyik bercerita soal perpaduan Melayu, hari-hari terbaca dan terdengar dan terlihat soal perpaduan Melayu. Terbaca, terdengar dan terlihat dimana? Tentulah terbaca di Utusan Meloya, terdengar di Siaran Radio milik Mahathir dan terlihat di Siaran Televisyen juga pembodek Mahathir. Ana sudah jenuh dan sudah berpeluh ketiak pergi mendapatkan seberapa ramai manusia (termasuk ahli UMNO) bertanyakan “Apakah bukti yang Melayu sudah berpecah atau sudah tiada lagi perpaduan Melayu?”. Nak tahu apa jawapan yang diberikan pada ana?

-“Mana ada berpecah…depa saja buat cerita”

-“UMNO yang pecah…bukannya Melayu”

-“Dalam kampung kami…ada yang UMNO, ada yang PAS dan ada yang Keadilan, tapi kami sentiasa bertegur sapa…..Cuma orang-orang UMNO sekarang ni kelihatan macam menjauhkan diri dari kami semua”

- “Sebenarnya Surat khabarlah yang memecah belah kan melayu”. Begitulah bentuk jawapan yang ana terima dari saudara-saudara Melayu Islam ana. Yang nak menjauhkan diri dan selalu menjauhkan diri adalah orang-orang UMNO. Oleh itu ana rasa cukuplah wahai semua editor-editor suratkhabar, penerbit Radio dan Televisyen, jangan lagi membesarkan isu yang mana dengan isu ini sendiri akan membuatkan Melayu berpecah. Sehingga sekarang inipun tidak dapat dibuktikan dengan kukuh (Mungkin adat Pihak UMNO sentiasa menggunakan Bukti yang tak kukuh dan paksa orang ramai percaya) apakah bentuk perpecahan yang sangat-sangat di dakwa tersebut.

Disini ingin memaparkan beberapa insiden yang ana rasa cubaan UMNO untuk mengadakan perbincangan denga PAS atas tajuk ‘Perpaduan Melayu ‘ tidak akan berjaya dan tidak Ikhlas Kerana apa?

Pertama. Pemuda UMNO telah menolak perbahasan dengan Pemuda PAS, kononya ianya akan lebih kepada perpecahan. Mengapa tidak di jalankan dahulu perbahasan tersebut, bukankah ada Profesor Ungku Aziz mengawal keadaan? Oleh itu disini ana ingin bertanya pada semua Pemimpin umno persoalan-persoalan lain seperti dibawah.

Padahal Hishamudin sanggup berbincang dengan menteri singapura atas isu yang tak ‘luak’pun.

Kita kata depa takut..depa kata kita tak matang dan berfikiran sempit. Matang sangatlah depa tu? Kalau matang, marilah kita teruskan membaca..

Kedua. Membiarkan si Menteri Busar (Besar laaa tu) Pahang si Adnan bersikap kurang ajar dalam Majlis penyerahan cek kepada pengetua sekolah agama dibawah JAIP tempoh hari. Mengapakah semua ini disiarkan dalam surat khabar kome…apakah tujuannya??? Pelikkan.? Siapakah Adnan dan siapakah yang berada dalam majlis tersebut? Cina ke? India ke?

PAS dan BA kah yang bersalah? Orang lain tepuk tangan. Baguuuuus. Surat khabar Cina dan tamil ada ke? Biarkan si luncai terjun dengan labunya…biarkaaan. Horeeeey.

Mengapakah Utusan Meloya menerbitkan insiden ini ?
Untuk memberi pengajaran kepada BA ?
Untuk menunjukkan Kuasa? Atau…
Untuk meningkatkan lagi kemarahan di Kalangan Melayu Islam Malaysia.

- Persoalan lagi : Tiadakah mana-mana cendiakawan atau politikus terutama Pemuda UMNO (Yang selalu lantang) memberi komen atau teguran secara terbuka untuk mengembalikan keyakinan Bangsa Melayu Islam Malaysia yang sudah terguris hati mereka? Dimanakah Ulama BN?

- Bangsa apakah Menteri Besar Pahang itu? Dan bangsa apakah para hadirin di Majlis tersebut?

Patutkah UMNO mengajak PAS membincangkan tentang Perpaduan Melayu? Padahal tiada sebarang tindakan terhadap si Adnan ataupun Memohon maaf secara terbuka. Apakah menteri besau tak boleh minta maaf pada rakyatnya? Kalau orang luar bertindak sedemikian maka kerajaan BN terutama Pemondan UMNO (Pemuda UMNO) akan cepat-cepat MELATAH dan suruh minta maaf pada kita secara terbuka. Apa niii? Melayu atau ISLAM?

Nampaknya UMNO sekali lagi membuka pekung didada supaya orang-orang Melayu Islam terus meninggalkan UMNO. Oleh itu PAS dan BA salah lagi kah?

Ketiga.

Isu PAS.UM pula, kesian si Dr.Anuar kena hentam seteruk-teruknya oleh MELAYU SENDIRI (UMNO) kerana hanya Dr.Anuar menjalankan tugas mengikut arahan. Setiap hari dan setiap laman Utusan Malaysia keluar petikan membantah dan menghentam tindakan Dr.Anuar. Ini adalah iktibar untuk rakyat Malaysia teutama kakitangan kerajaan seperti saya, kita orang bawahan ni kalau tak ikut arahan pun salah dan ikut arahan pun salah. Kerana apa? Kalau sudah politik masuk campur. Benar…politik tu perlu tetapi gunakanlah secara yang betul bukannya menghentam Si.Dr.Anuar tu dalam Akhbar secara terbuka? Dr.Anuar ni bangsa Cina atau India kah? Inilah PERPADUAN MELAYU… (kata UMNO). Kadang-kadang aku memang malu untuk mengaku sebagai MeLAYU kepada Bangsa lain (kawan-kawan aku)

Tak bolehkah ahli Politik kita (UMNO Khasnya) mengeluarkan kenyataan – “No Komen” kepada pemberita apaibila ditanya tentang sesuatu isu yang mengaitkan bangsa sendiri. Ana rasa rakyat akan lebih memandang tinggi kepada si fulan yang berkata sedemikian. Tetapi politikus UMNO (macam mahathir…kata Anwar Ibrahim) sememangnya menunggu untuk para pemberita menyoal, tak sabar-sabar untuk memberi hujah kerana apa???

KERANA….Mahathir akan membaca apa yang dikomennya dan dia dianggap berani dan boleh diharapkan, ada habuan nanti. Itulah ahli Politik UMNO..setiap kali berucap…mulut bercakap…fikiran terbayang muka Mahathir. (eh..Mahathir akan baca ke cakap aku ni esok?). Tetapi apa yang dipercakapkan itu menghiris hati Bangsa apa? .bukankan Bangsa anda sendiri?Bangsa Melayu?

Tengok Pendirian Bangsa Cina…apa jawapannya kalau di tanya berkenaan keaiban atau kelemahan Bangsanya atau kawannya? “saya tak tau” dan “No Komen”. Diam-diam mereka akan berjumpa dan menyelesaikan masalah antara mereka dan Akhbar Cina tak pernah menghebohkan perpecahan mereka. Tapi meLAYU ?? Mengapakah UMNO tak mengambil iktibar ini semua? Tengoklah cara Ling Liong Sik memberi komen tentang rayuan Suqiu tempoh hari….adakah komennya menghiris hati bangsanya sendiri? Begitu juga dengan Chua Ju Meng sehinggakan Pemuda UMNO mengugut beliau ? seba apa?….sebab CINA bukanlah sebodoh macam meLAYU CELUP. (termasuk ana sendiri….terutama rakan senama ana astora jabat).

Keempat

Hal penarikan balik Pingat di Kelantan. Apa yang anda baca dalam surat Khabar Utusan Meloya?….. MELAYU hentam MELAYU !! Siapakah yang MELATAH dalam hal ini. Siapakah yang membesarkan isu ini. Siapa yang menjolok siapa, dan siapa yang menjadi batu api? Tak bolehkan kita biarkan rakyat Kelantan yang menyelesaikan masalah ini dan kita keluarkan kenyataan “No Komen”. Habis cerita..betul tak wahai si UMNO. Fikirlah sikit tentang masalah PAS.UM tempoh hari pun korang tak boleh nak selesaikan hingga serah pada Perdunia Menteri Malaysia (PM) malulah sikit kat diri sendiri. Tutup mulut ! sebab apa? Sebab kome yang ajak “PERPADUAN MELAYU’ bukan kite. Kalau nak ajak tu..tunjuklah dulu.

Cuma ana ingin komen sikit tentang dakwaan orang UMNO “ Penarikan Balik Pingat tersebut adalah hak Sultan Kelantan , tak perlu dijelaskan sebab dan kenapa, kita jangan BERTANYA dan PERSOAL kan titah baginda” Apakah kita sudah lupa tentang sejarah Hang Tuah yang di julang oleh UMNO? Hang Tuah membunuh hang jebat tanpa mempersoalkan titah baginda? Apa yang terjadi? BUNUH SAHABAT MELAYU Apakah tak boleh dibawa berunding dengan Sultan? Kalau hal-hal main golf dan segalanya boleh bertanya dan soal, mengapa hal ini tak boleh soal? Pelik kan? Cubalah kena batang hidung sendiri…padan muka. Macam komen Hussein Ahmad lah…dia juge kena tarik pingat tapi dia buat tak kisah tak tanya pun.. disini ingin ana katakan bahawa jenis inilah keturunan Hang Tuah bukannya Hang Jebat. Nabi Muhammad S.A.W pun boleh diajukan soalan. Apa ada pada hanya soalan?. Kalau Jawapan Jujur , benar dan Ikhlas ada pada kita apa takut nak jawab. Tapi itulah yang selalu UMNO takut sangat (JAWAB SOALAN). Dalam kubur besok…macam mana? …Malaikat tak boleh soal jugak?

Jadi ana rasa kalau kita nak merelisasikan perbincangan tentang perpaduan Melayu maka tolonglah pihak UMNO jangan menggeletek lagi orang MELAYU, jagalah Utusan Meloya tunjukkan contoh kearah itu dahulu…kemudian barulah ajak orang.

Cukuplah setakat 4 contoh dari 1001 contoh untuk di fikirkan.

Pikir-pikir

seterujabat@freeanwar.com

==
LAWAN TETAP LAWAN
BEBASKAN ANWAR !
seterujabat@freeanwar.com
Melayu+Siam = MeSiam


        
Ke atas  Balik Menu Utama    Tarikh Artikal : 1 Februari 2001

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://tranung.tripod.com/ dan Email : dppkd@hotmail.com