‘UMNO larang kempen guna media massa’ Utusan Malaysia 28 Februari, sebenarnya
kekecohan dan kemelut dari akar umbi UMNO jelas kelihatan. UMNO sekarang sangat
terdesak dan terhimpit dengan ‘reformasi’ dalaman yang sedang galak dijalankan.
Maka si Mahathir dengan bantuan ‘mastermind’ (penyangak dalam UMNO) telah maklum
akan hal ini dan mengambil langkah cepat untuk menggertak mana-mana ahli UMNO
nya yang berkempen. Cawangan-cawangan UMNO di seluruh negara di fahamkan oleh
ahli-ahli UMNO sendiri sedang rancak menamakan calon-calon mereka yang lantang
dan tegas bagi meneurunkan Mahathir dari Takhta Presiden nya. Majoriti mereka
mendakwa Mahathir lah punca terjadinya huru hara dan hilangnya kepercayaan
kepada UMNO dan bukan nya salah PAS atau keADILan, kerana pada mereka PAS dan
keADILan ada benarnya. Memandangkan mereka-mereka yang kerdil ini masih
sayangkan UMNO dan bukannya Mahathir…. maka inilah peluangnya untuk menyatakan
pandangan mereka dan mereka sedar segala tindak tanduk dan pergerakan mereka di
perhatikan oleh orang-orang Mahathir maksudnya disini ‘ada spy melayu dalam
melayu’ memang itulah sikap melayu.
Mahathir dan pembodek-pembodeknya sekarang berpeluh ketiak bekerja keras
memantau setiap pergerakan cawangan dan bahagian-bahagian UMNO demi untuk
memastikan orang-orang melayu masih sayangkannya. Tetapi ahli-ahli UMNO di
peringkat akar umbi sudah sedar tentang kesilapan mereka selama ini kerana
membiarkan si tua zalim itu bermaharajalela sekian lama.
Sesungguhnya tiada peranan atau jarum PAS atau keADILan dalam soal ini….
KeADILan khususnya lebih maklum akan pergolakan yang berlaku dan mereka
membiarkan ahli-ahli UMNO sendiri yang menentukan, kerana sekarang baru
ahli-ahli UMNO dan ADUN UMNO sedar betapa mereka dipermainkan oleh Mahathir yang
mereka sanjungi selama ini, sekarang baru mereka sedar Mahathir yang mereka
lihat dalam TV bukanlah Mahathir yang sebenarnya, cakap Mahathir dalam TV
sebenarnya ‘pepat diluar rencong didalam’. Malahan ada cawangan dan
bahagian-bahagian UMNO yang tidak menggemari neliau melawati ke bahagian
mereka…mereka dah muak dengan telatah dan sandiwara Mahathir. UMNO sahajalah
tiket untuk Mahathir mengekalkan Jawatan Perdana Menterinya akan tetapi sekarang
UMNO sudah lemah longlai dan Mahathir sedar kekuatan akar untuk menyokongnya
sudah reput dan beliau bercadang untuk mendapatkan sokongan melayu lain pula dan
beliau cuba-cuba berbaik pula dengan PAS kononnya mungkin ada harapan dengan
strateginya iaitu ‘Perpaduan Melayu’.
Pemimpin-pemimpin UMNO cawangan dan bahagian tahu bahawa ‘perpecahan’ sebenarnya
tidak ujud dan ianya hanyalah ‘Provokasi’ Mahthir untuk menagih simpati dari
rakyat jelata yang termakan dengan kemewahan, kesenangan dan kemajuan duniawi
sehinggakan hak-hak bangsa melayu di pencilkan terus. Sekolah-sekolah Kerajaan
tiada lagi pelajaran Tulisan Jawi (Tulisan Melayu) malah jika disoal pada
majoriti anak-anak sekarang berapa ramai yang tahu menulis dan membaca Tulisan
Melayu…..anda tengoklah sendiri. Bahasa Melayu sudah tidak lagi di daulatkan
kerana Bahasa Melayu akan membuatkan bangsa melayu tidak akan maju dan tidak
tahu berbahasa Inggeris adalah suatu yang memalukan negara serta tidak
melambangkan kemajuan. Apa akan jadi pada tahun 2020 nanti….apa yang tinggal
dengan melayu? Apakah identiti melayu ketika itu? Mahathir hanya mahu Bangsa
Malaysia bukan bangsa melayu…..keturunan melayu hanyalah pada gelaran
semata-mata tidak lebih dari itu. Tapi tak apa…..asalkan negara kita maju,….
sudahlah, go to hell with melayu.
Bangsa melayu yang sudah buta dengan kedaulatan melayu dan celik dengan
kemajuan, bangunan pencakar langit, teknologi canggih, Rakyat Berbahasa
Inggeris, sememangnya bersetuju sangat dengan pandangan Mahathir ini, mereka
sentiasa akan berkata “ kalau hanya bercakap pasal melayu…apa pun tak jadi,
negara kita tak akan maju seperti sekarang” itulah prinsip mereka-mereka yang
berpelajaran lah kononnya. Tapi kita akan bertanya kepada mereka “ Bilakah akan
berakhir kemajuan tersebut…….kemajuan tidak akan berakhir malah kemajuan sudah
lama mengakhirkan melayu”
Individu-individu yang masih dalam UMNO yang kuat kemelayuannya memang sedar
akan hal ini, Hala tuju Mahathir adalah tidak seimbang dengan kedaulatan bangsa
dan agama malah kebudayaan itu sendiri. Ini tidak penting pada Mahathir sebab
itulah beliau awal-awal lagi telah menukarkan definasi bangsa kepada bangsa
Malaysia. Mahathir akui dengan hanya ‘title’ keturunan tidak melambangkan
apa-apa kerana apabila seseorang itu berkahwin campuran maka dengan sendirinya
keturunan asal tidak dapat di pakai lagi. Oleh itu apa yang tinggal dalam Kad
Pengenalan suku-suku bangsa di Malaysia suatu hari nanti adalah begini :-
Bangsa : Malaysia.
Keturunan : Malaysia.
Ugama : Tiada (Sudah lama di buang).
Ketika ini dimanakah lagi tinggal identiti bangsa seseorang itu?
Semua ini berlaku kerana Mahathir terlalu hendak menjaga hati dan membuktikan
kepada kawan-kawannya yang lain bangsa kononnya atas semangat Muhibbah dan
menanamkan kepercayaan kepadanya dalam jangka masa panjang.
Berbalik kepada perubahan yang sedang dilakukan oleh ahli-ahli UMNO, ini adalah
suatu yang sihat dan bijak. Yang tiada pengganti dari segi gelaran kepimpinan di
dunia ini adalah hanya nabi Muhammad Rasulullah S.A.W kerana beliau adalah Rasul
dan nabi yang terakhir. Tetapi gelaran kepimpinan Perdana Menteri maupun
Presiden adalah silih berganti mengikut arus perkembangan politik. Hanya
Mahathir yang menganggap tiada pengganti yang layak menggantikan nya buat masa
ini, malah perjuangannya belum berakhir. Maka jangan tunggu sehingga perjuangan
nya berakhir…sekiranya ini berlaku juga, anggaplah Melayu juga akan berakhir.
Apakah tiada pemimpin yang begitu banyak di kalangan pemimpin melayu lain yang
tidak layak menggantikannya? Bagaimana mereka-mereka pemimpin UMNO lain yang
benar-benar berkewibawaan hendak naik……kalau Mahathir hanya asyik menaikkan
muka-muka yang bukan di kalangan pemimpin UMNO. Seorang Ahli Parlimen bahagian
Tambun Perak ia itu Hj.Husni Hanadzlah adalah salah seorang yang layak
diketengahkan malah beliau adalah orang paling yang layak menggantikan tempat
Mustapa Mohamad malah Daim Zainuddin sendiri, tetapi mengapakah beliau di
rendamkan oleh Mahathir? Inilah UMNO ala Mahathir….”Kera di hutan di
susukan….anak sendiri kelaparan”. Malah sikap Mahathir seperti tidak kenal akan
anak sendiri.
Maka untuk ahli-ahli UMNO yang cintakan bangsa dan bencikan kezaliman terhadap
bangsa sendiri seperti sekarang yang Mahathir lakukan pada para reformis dan
cermah-ceramah PAS mereka-mereka ini di sepak terajang oleh bangsa sendiri,
nasihati lah mereka, sedarkanlah mereka, bukalah mata mereka. Insyaallah UMNO
akan didaulatkan kembali. Yang penting sekarang ini adalah jatuhkan MAHATHIR.
Bukan batu api tetapi adalah KENYATAAN !
Pikir-pikir
==
LAWAN TETAP LAWAN
BEBASKAN ANWAR !
seterujabat@freeanwar.com
Melayu+Siam = MeSiam