Utusan Malaysia 27 Februari 2001 muka 6 tajuk “Keangkuhan Pas terserlah” yang
mana penulisnya Azman Anuar (Wartawan Utusan) telah menarik minat ana untuk
menyambung coretan beliau. Ana cukup setuju dengan penulis terutama pada
bahagian perenggan terakhir sekali yang berbunyi ”nampaknya UMNO sahaja yang
‘terhegeh-hegeh’ menghulur tangan untuk berjabat salam, tetapi Pas menyentap
salaman itu dengan angkuh dan boleh menyebabkan UMNO tersungkur. Daripada UMNO
mengharapkan penyatuan melayu dengan kerjasama Pas, barangkali lebih baik UMNO
berusaha lebih kuat untuk memupuk perpaduan dan Ukhuwah orang melayu dan
persaudaraan sesama Islam secara bersendirian atau bekerjasama dengan pihak
lain. Lupakan Pas kerana UMNO bukan parti yang kecil kalau hendak dibandingkan
dengan Pas”.
Untuk mengingatkan saudara Azman Anuar, Kelebihan dan keistimewaan manusia jika
dibandingkan dengan haiwan antaranya ialah Akal dan Perasaan. Kedua-dua aspek
ini sentiasa berkait rapat dalam sesuatu perbuatan dan perlaksanaan. Akal adalah
penting untuk mengawal perasaan akan tetapi setakat mana akal mampu mengawal
perasaan yang selalu di permainkan oleh si banyak akal. Kadang-kadang terlalu
hanya menggunakan akal tanpa pengaruh perasaan akan membuatkan seseorang itu
kehilangan sesuatu yang menjadi haknya. Begitu jugalah cara mendidik anak-anak
zaman sekarang ini kononnya nak ikut cara mat saleh tak boleh marahkan anak
lebih-lebih dan tak boleh tangankan anak kerana itu merupakan luahan perasaan
bukannya akal. Akan tetapi apabila tiba masanya si anak tadi sememangnya rosak
dan datanglah rakan sibapa memberi nasihat dengan berkata “Itulah akibatnya kau
ini terlalu mengikut akal sangat….sepatutnya dari dulu lagi kau dah tangankan
anak kau tu, tapi sekarang dah terlambat”. Jadi disini boleh dibuat kesimpulan
bahawa Pengaruh Perasaaan dan penggunaan akal tidak dapat dipisahkan dalam
sesuatu tindakan. Majoritinya Perasaanlah yang membina akal, orang yang tiada
akal ialah orang yang tiada perasaan seperti FRU.
Banyak pakar-pakar Motivasi Malaysia yang selalu keluar di peti TV dan Corong
Radio baik yang lelaki mahupun yang perempuannya…..punyalah bersemangat (kerana
bayarannya tinggi) memberi nasihat dan panduan kepada ibu bapa dalam membentuk
keperibadian anak-anak yang baik….janganlah anak-anak ini dirotan atau di pukul
kerana dengan cara memukul tidak akan merobah perangai mereka malahan akan
merosakkan diri dan pemikiran mereka sendiri.
Akan tetapi Pakar-pakar Motivasi tak pula menerangkan apakah akibatnya kalau si
bapa-bapa budak dan emak-emak budak di ‘balun’ seluruh anggota dengan cotar dan
rotan, diterajang muka dengan kasut keras, di tumbuk perut sehingga terkeluar
mee maggi, di picit telur puyuhnya, di bogelkan tubuhnya, di Karate pada
tengkuknya sehingga meleleh-leleh darah panas mengalir, di tembak gas pemedih
mata. Oleh itu Jawapan dari pakar Motivasi adalah sangat di alu-alukan. Jangan
berikan alasan mereka di perlakukan begitu kerana kononnya bersalah, jawapan
yang diperlukan adalah ‘APAKAH AKIBATNYA SELEPAS MEREKA DI PERLAKUKAN SEBEGITU’
Apa salahkah orang-orang MELAYU yang di balun tadi, yang di terajang tadi, yang
di aibkan tadi, yang di sakiti tadi menyimpan perasaan marah dan dendam?
Disini timbul lagi persoalan…..Siapakah yang mengajak PAS Berbincang? Bukankah
orang itu yang mengeluarkan arahan supaya melayu-melayu tadi di sepak terajang,
di balun, di tumbuk macam guni padi (mentang-mentanglah mereka tak lawan) dan
diperlakukan apa saja. Siapa guna akal dan siapa pula guna perasaan.
Nak suruh mereka-mereka ini yang masih dalam kesakitan dan dendam kesumat
lupakan itu semua kononnya untuk kekuatan bangsa Melayu? (termasuklah
melayu-melayu yang membalun mereka?). Jadi disini wahai saudara Azman apakah
akal dan apakah perasaan, jangan terlalu mudah keluar komen dari mulut kita
seolah-olah kita tiada perasaan, cuba-cubalah menyelami pemikiran dan perasaan
orang lain terutama musuh kita sekiranya kita hendak menundukkan musuh, kalau
berkeras tidak mahu memahami cara pemikiran dan perasaan pihak musuh sudah
tentulah segala strategi yang kita aturkan akan gagal untuk memujuk dan
menundukkan musuh.
Begitulah pula dengan PAS, kita asyik menghentam Pas kerana tidak menggunakan
akal kononnya. Walhal Pas yakin sememangnya mereka menggunakan akal sebab itulah
syarat-syarat dikenakan. Tetapi bukan itu yang dikehendaki oleh UMNO….Pas tetap
silap. Apakah silapnya Pas dari kacamata UMNO? Kesilapan PAS dari kacamata UMNO
dan Mahathir utamanya adalah PAS Tidak mahu melupakan……
1. Perasaan marah dan hakikat kerugian bangsa terhadap hak rakyat Terengganu
yang dirampas Mahathir.
2. Perasaan marah terhadap Penghinaan Rasulullah S.A.W dan Islam.
3. Perasaan terhadap penghinaan guru-guru agama dan ulama Islam.
4. Perasaan marah atas isu “Al-Quran boleh buat Jalan Raya kah?”.
5. Perasaan marah dan geram terhadap “Islam membuatkan kita memusing jam ke
belakang”.
6. Perasaan marah “Nabi tak ada ‘Gillette’ sebab itu tak cukur janggut’.
7. Perasaan marah terhadap cara pemecatan DSAI dan cara penghakiman terhadapnya.
8. Perasaan marah cara penangkapan DSAI.
9. Perasaan marah terdapat tambahan 9 tahun penjara DSAI yang tak lojik.
10. Perasaan marah terhadap kesewenangan Mahathir dan kuncu nya menggunakan ISA.
11. Perasaan marah terhadap Mahathir dan kuncu nya yang menyokong Yahudi.
12. Perasaan marah terhadap kejadian pembunuhan di Memali yang tak sepatutnya
terjadi.
13. Perasaan marah terhadap kekerasan dan kezaliman. Bangsa sendiri di sepak
terajang.
14. Perasaan marah terhadap ‘Dipersalahkan’ atas kesalahan orang lain.
15. Perasaan marah terhadap stigma UMNO ‘PAS tiada yang positif tetapi Negatif’.
16. Perasaan marah terhadap mahathir yang sentiasa melakukan provokasi terhadap
mereka dan rakyat.
17. Perasaan marah terhadap segala sekatan dan halangan yang sepatutnya tidak
disekat atau tidak dihalang atas dasar keadilan dan kemanusiaan.
18. Perasaan marah terhadap Mahathir yang kononnya mendaulatkan undang-undang
Mahkahmah tetapi beliaulah yang sebenarnya hakim mahkahmah.
19. Perasaan marah pada Mahathir yang mendakwa punya bukti kukuh terhadap
pendakwaan DSAI, tapi enggan ke mahkahmah bila di sapina.
20. Perasaan marah kerana Mahathir melarang penuntut-penuntut masuk poltik
padahal kalau menyertai UMNO di bolehkan walaupun berumur 16 tahun.
21. Perasaan Marah pada Mahathir kerana Tiada lagi Tulisan Melayu dan Bahasa
Melayu di Agungkan.
UMNO Mahathir mahukan semua melayu melupakan perasaan marah tersebut demi
PERPADUAN MELAYU ?? Siapakah yang menyebabkan kemarahan diatas? Dan siapa pula
yang mengajak berpadu?
Mari kita renungkan 19 perkara dari 1001 perkara diatas….siapakah yang
menggunakan akal dan siapa pula yang menggunakan perasaan. Soal dan fikirkan
kemudian jawab dengan tenang. Itupun kalau anda seorang yang tahu berfikir,
kalau tak tahu macam mana nak berfikir biar ana memberitahu bagaimana hendak
berfikir o.k? Setiap perkara diatas ada dua watak..satu watak yang marah dan
satu lagi watak yang dimarahi….apa yang anda perlu fikirkan adalah adakah orang
yang dimarahi itu telah menggunakan akal ataupun menggunakan perasaan melakukan
perkara-perkara tersebut sehingga menyebabkan satu pihak lagi marah.
Mengapa sekarang baru ‘akal’ dan ‘kewarasan’ adalah penting bagi sebelah UMNO
yang selama ini telah memainkan malah membangkitkan perasaan orang-orang melayu
tanpa menggunakan akal dan kewarasan. Tiada satupun parti pembangkang yang tidak
suka diajak berunding di Malaysia ini…..pada mereka yang menjadi masalah utama
untuk berunding adalah dengan siapa? Tiada pembangkang yang tak sayangkan
bangsa…tiada pembangkang yang tak sayangkan negara namun kalau nak berunding
dengan Mahathir adalah satu persoalan yang teramat besar. Mahkahmah sekalipun
boleh di main nya, Perjanjian Minyak juga di permainkannya, Pagi dia katakan
petang, siang dia katakan malam, hari ini cakap lain…..besoknya cakap lain.
Silap haribulan ke pasir jerlus lah mereka.
Mahathir adalah seorang yang tidak lagi boleh dipercayai dan tidak lagi boleh
dibuat kawan di kalangan ahli-ahli politik tanah air, malah yang menjadi
kegusaran beliau adalah rakyat jelata di ceruk kampung ‘Tok Kun’ sekalipun tak
percayakan nya lagi. Apabila ini berlaku maka pihak pembangkang lah yang
dipersalahkan kononnya pihak pembangkang telah menyampaikan fitnah serta
menanamkan sikap membenci kerajaan….ini adalah dusta sama sekali, kalau betul
ianya fitnah maka perbetulkan lah…hantarlah jentera UMNO kekampung-kampung untuk
memberi ceramah. Waktu inilah gunanya orang-orang UMNO di setiap
cawangan-cawangan di seluruh Malaysia. Mengapa ini semua tidak berhasil?
Sekarang barulah Pucuk Pimpinan sedar bahawa ahli-ahli UMNO dan
cawangan-cawangan UMNO di seluruh negara sebenarnya tidur dan hanya bercakap
bila ada mesyuarat UMNO….bila habis mesyuarat maka habislah semangat melayu dan
semangat patriotik mereka.
Maka disini ana ingin mengingatkan saudara Azman tadinya, biarkanlah parti-parti
ini bergolak…tiada apa yang perlu dirisaukan, Tiada perpecahan melayu sebenarnya
di Malaysia ini cuma ketara adalah saki baki ahli UMNO di satu-satu kampung
kelihatan tidak lagi mahu mencampuri orang lain dan sering memencilkan diri
mereka. Mereka lah yang sebenarnya yang memecahkan diri mereka dari kami
kelompok rakyat marhain ini. Janganlah anda risaukan dengan perpaduan melayu,
Cuma yang ana ingin nasihatkan perhatikan lah betul-betul tindak tanduk
Mahathir dari masa ke semasa……itu saja.
Pikir-pikir
==
LAWAN TETAP LAWAN
BEBASKAN ANWAR !
seterujabat@freeanwar.com
Melayu+Siam = MeSiam