Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite UMNO
PEROMPAK
WANG
RAKYAT !


Awang Sulung lebih cerdik dari Astora Jabat dan Mahathir

Jutaan terima kasih dan syabas pada Awang sulung diatas keberaniannya menyatakan yang benar supaya seluruh tanah air membacanya, dalam tulisannya di Mingguan Malaysia 25Februari 2001 mukasurat 6, di ruangan Bisik-bisik Mingguan dibawah tajuk “Melayu bermusuhlah”.

Dalam perenggan ke enam beliau, beliau berkata “Bertolak daripada keadaan yang dihadapi sekarang, nampaknya umat Melayu tiada pilihan melainkan menyesuaikan diri untuk hidup dalam suasana perpecahan (PERPINDAHAN) ini bagi tempoh yang lama. Harapan bahawa keadaan ini hanyalah sementara, ternyata tidak betul”.

Oleh itu Awang sulung sebenarnya cuba menyampaikan mesej kepada umat melayu terutama Mahathir dan kuncu-kuncunya malahan seluruh umat melayu yang selama ini hanya membaca Utusan Malaysia dan terlalu taksub dengan Utusan Malaysia sehingga tidak mahu menerima hakikat bahawa sebenarnya ‘Perpecahan Melayu’ yang di heboh-hebohkan oleh Mahathir dan pengampunya selama ini adalah tidak ujud langsung. Awang Sulung (Penulis veteran Utusan Malaysia) sendiri mengakui tiada perpecahan berlaku…yang berlaku adalah perpindahan sokongan melayu daripada UMNO kepada Barisan Alternatif. Maka diharapkan semua pembaca Utusan Malaysia malah melayu-melayu yang berpegang kepada cerita Utusan Malaysia….fahamilah betul-betul dan terimalah hakikat yang sebenarnya, janganlah kita memalukan bangsa sendiri didalam surat khabar. Oleh itu selepas ini sekiranya ada lagi bunyi-bunyi perpecahan melayu dalam surat khabar tersebut…..anggaplah berita tersebut tidak dipersetujui oleh Awang Sulung selaku Penulis di Utusan Malaysia.

Dalam Surat Khabar yang sama di mukasurat 8 dalam ‘Bicara Agama’ yang ditulis oleh rakan senegara ku Astora Jabat “Dr. Mahathir Mahafiraun baik”. Kalau di baca sekali lalu memang seronok juga kawan siam ini bercerita. Kita para pembaca janganlah tertipu dengan strategi si Siam ini…strategi dia sebenarnya hendak kita jadi bodoh dengan membahaskan maksud Mahafiraun yang ditujukan kepada si Mahathir. Biarlah si siam perut hijau tu dengan “definasi”nya (Dia memang pendefinasi siam sesat). Kononnya kalau kita melayani penulisan beliau itu akan terbuktilah bahawa penulisan beliau tersebut ada nilainya walhal yang nyata si Astora Jabat ini sudah kehabisan idea untuk menulis waima kekontangan ilham untuk membodek Raja Firaun, kerana menulislah dia memperolehi sesuap nasi.

Utusan Malaysia 26 Februari m.s 2.., Mahthir sekali lagi buat lawak ‘tengin’ katanya “nak jumpa si Fadzil Noor pada Raya Haji nanti, malangnya Fadzil Noor dah pun pergi menunaikan Haji ”. Kesian dia…walhal dia digelar bapa IT malaysia, dia sendiri bodoh ‘kepek’ tak tahu guna talipon, tak tahu guna e-mail, tak tahu guna Fax untuk bersembang dengan Fadzil Noor sebelum ini. Yang dia tahu hentam Fadzil Noor dalam Surat Khabar dan TV. Apa orang-orang melayu BA sebodoh itu sangatkah wahai Mahathir? Kalau nak bincang…tak payah buat appointment tak payah heboh satu dunia….kau dan Fadzil Noor boleh sembang sampai ke pagi dalam Talipon. Mengapa tak talipon?

Pikir-pikir

==
LAWAN TETAP LAWAN
BEBASKAN ANWAR !

seterujabat@freeanwar.com
Melayu+Siam = MeSiam


        
Ke atas  Balik Menu Utama    Tarikh Artikal : 27 Februari 2001

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://tranung.tripod.com/ dan Email : dppkd@hotmail.com