Tulisan Astora Jabat telah sekali lagi mengajak ana menulis untuk berbahas
tentang apa yang di tulisnya dalam bahagian 'Debat' Utusan Malaysia 23 Februari
2001. Dalam Tulisan beliau, beliau mengutuk PAS kerana kononnya PAS berdolak
dalih dalam Isu Perbincangan dengan UMNO. Si Astora Jabat ini juga sekali lagi
menggunakan Lesen Penulisan dan Ceramah Kaagamaannya yang di tauliahkan oleh
Mahathir sebagai Ulama untuk menghentam PAS dengan menghujahkan definasi
'Muzakarah' dan 'Munawarah'.
Walau banyak mana sekali pun Penghuraian Definasi dibuat oleh beliau, itu
semuanya hanya diatas kertas dan fahaman manusia yang hanya tahu Definasi
semata-mata. Perlaksanaan definasi tersebut lah yang menjadi persoalannya
sekarang. Oleh itu rakan se negara ku Astora Jabat telah mengecam PAS kerana
mempraktikkan 'Munawarah' dan bukannya 'Muzakarah'.
Oleh itu berpandukan pada definasi dalam tulisan si Astora Jabat…...iaitu
'Muzakarah bermaksud tindakan bertukar pandangan, mengulang kaji, saling
mengingati dan saling menasihati antara satu sama lain'. Dan Munawarah pula
membawa maksud ' penipuan, muslihat, taktik licik untuk melepaskan
diri dan memperdayakan orang' Yang peliknya mengapa pada PAS diletakkan label
'Munawarah' dan UMNO pula 'Muzakarah'? Bukankah pertemuan itu masih belum
berlangsung?…. Jadi suasana Muzakarah ataupun suasana Munawarah masih belum
berlaku kalau hanya hendak mengikut definasi semata-mata. Oleh itu bagaimana
kita boleh melabelkan Muzakarah atau Munawarah?
Kalau Munawarah itu adalah penipuan, muslihat, taktik licik untuk melepaskan
diri dan memperdayakan orang mengikut definasi Astora Jabat…… Mengapa pula PAS
telah menyatakan terang-terangan tuntutan PAS kepada pihak UMNO sebelum
perbincangan di jalankan?. Adakah PAS menuntut secara sembunyi-sembunyi atau
secara muslihat atau cara memperdayakan orang? PAS telah membuat tuntutan secara
terang dan Jelas dan seluruh dunia tahu apa yang dituntutnya. Adakah ini
dinamakan penipuan? Taktik licik? Atau memperdayakan orang? Perbandingan PAS
yang sudah menyatakan tuntutan dengan UMNO yang masih menyembunyikan
tuntutan…….yang manakah kita labelkan sebagai Muslihat,Penipuan, Taktik Licik
untuk melepaskan diri dan memperdayakan orang? Selalunya orang yang jujur akan
menceritakan habis rahsia hatinya jika dibandingkan dengan orang yang tidak
jujur.
Satu lagi persoalan untuk Astora Jabat saudara siam ku (ana tahu Astora Jabat
selalu membaca artikel dari ana sebab itu beliau telah memutar belitkan
penulisan ana tentang apa yang berlaku semasa ceramahnya di Kampar Perak tempoh
hari, nanti Mahathir tak sayangkan nya lagi )…. Soalan ana adalah Adakah anda
tahu apa yang diperbincangkan oleh Khalil Yaakob dengan Nasharuddin pada
perbincangan teknikal secara rahsia itu? Adakah anda tahu apa kah bentuk
'muzakarah' atau 'munawarah' dalam perbincangan tersebut? Adakah anda tahu
setiap butir percakapan mereka berdua dalam mesyuarat tersebut sehinggakan
mesyuarat dilakukan secara rahsia tetapi selepas itu tidak rahsia lagi….heboh
dalam surat khabar . Oleh itu dengan definasi Astora Jabat sendiri ana
mengatakan bahawa perbincangan teknikal kali kedua dan secara sulit antara
Khalil Yaakob dengan Nasharuddin tempoh hari adalah sudah penuh dengan
'MUNAWARAH' dan bukannya Muzakarah.
Maklumlah… Surat Khabar dan TV bukan kah milik UMNO ?, hari esoknya heboh lah
pasal PAS telah menangguhkan tarikh perbincangan dan semua pengampu UMNO
termasuk Khalail Yaakob sendiri yang buat-buat terkejut malah Astora Jabat
sendiri puas menghentam PAS tanpa boleh membela diri…..kerana mengikut
perjanjian dalam perbincangan teknikal tersebut sebarang perbualan dan topik
perbincangan adalah rahsia. Maka PAS terutama Ustaz Fadzil Noor tidak
membocorkan rahsia disebalik perbincangan Setiausaha-setiausaha mereka. Jadi apa
yang di hentam dan dicerca terhadap PAS oleh puak UMNO termasuk Abdullah Badawi,
Khalil Yaakob dan lain-lain yang termakan umpan tipu UMNO termasuk tokoh-tokoh
agama ……..tidak kah ini dinamakan 'MUNAWARAH'?
Oleh itu sekali lagi ana memperingatkan pembaca supaya memperincikan setiap
penulisan dari Astora Jabat ini kerana penulisan beliau sekarang ini sudah
'Munawarah' (definasi Astora Jabat sendiri) malah penulisan beliau yang kononnya
tokoh agama telah berbau hanyir UMNO jelas terbukti dalam artikelnya Utusan
Malaysia 23hb.Februari 2001.
Itulah akibatnya kalau menganggap semua orang melayu ini BODOH !
Pikir-pikir.
==
LAWAN TETAP LAWAN
BEBASKAN ANWAR !
seterujabat@freeanwar.com
Melayu+Siam = MeSiam