Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite UMNO
PEROMPAK
WANG
RAKYAT !


Prokasi Mahathir membawa padah pada Melayu Sendiri

Si Mahazalim nampaknya semakin berjaya memecah belahkan Melayu, Media-media Kerajaan semakin galak menghebohkan Isu Penangguhan Perbincanagan oleh Fadzil Noor, Stesen TV tunggangan Mahathir juga semakin rancak menayangkan muka dan ucapan Mahazalim yang sekarang ini sedang berlakun watak Hero yang bersifat 'Penyabar' (Penyebar Provokasi) malah berjaya menarik minat media dan Ahli-ahli UMNO supaya beralih berbincang kepada isu penangguhan Perbincangan PAS dan UMNO dan serangan utama Media, UMNO dan Rakyat buatan Mahathir sudah tentulah pada PAS. Dengan ini Mahathir sedikit boleh lena tidur malam kerana kurang sedikit tekanan dari dalam, kerana beliau telah berjaya mengalihkan pandangan dan serangan kearah lain.

Dengan ini ujudlah sesuatu isu yang boleh dibincangkan oleh oleh ahli-ahli UMNO di kedai-kedai kopi sesama mereka. Sekiranya isu ini tidak dibangkitkan oleh Mahathir beliau risau tiada topik lain yang boleh dibincangkan sesama ahli UMNO melainkan perasaan tidak tidak puas hati kepada beliau. Apa yang terpenting sekarang ini adalah Topik Usul yang akan dibawakan dalam Perhimpunan agung UMNO nanti tidak lagi akan tertumpu kepada kredibiliti beliau sebagai Mahazalim. Tetapi akan bertukar kepada 'Mahasabar' kononyalah…….padahal gelaran 'SABAR' sepatutnya diberi kepada Ustaz Fadzil Noor.

Utusan Malaysia 23 Februari 2001, suntikan Pelalian Mahathir telah berjaya membuatkan Si Pembelot Nakhaie Ahmad mencabar TG Haji Hadi Awang…….(akan Pecah Melayu lagi tak?).

Utusan Malaysia 23 Februari 2001, suntikan J.E. Mahathir telah berjaya membuka mulut Ghazali Ahmad untuk berbahas tentang isu kafir dengan TG.Haji Hadi…. (akan pecah Melayu lagi tak?).

Utusan Malaysia 23 Februari 2001, di Terengganu, Suntikan HIV Mahathir telah membuatkan….Abd Latif Mohamad mendakwa TG Hj.Hadi Awang membohongi umat Islam. (akan pecah Melayu lagi tak?).

Utusan Malaysia 23 Februari 2001, di Melaka, suntikan 'Morfin' Mahathir telah membuka si mulut bergincu Siti Hishamuddin Hussein yang mendakawa "Jika ada tawar menawar dalam menyatupadukan orang Melayu, yang menjadi mangsa ialah bangsa Melayu sendiri"….. (Akan pecah lagi tak? Ini satuProvokasi tak?).

Utusan Malaysia 23 Februari 2001, Si Kuman 'Sifilis' yang di bawa dari Thailand… siapa lagi kalau bukan si Astora Jabat, yang mana kerja dia sekarang ini sebagai penterjemah Ilmuan Loyar Buruk ….cuba menceroboh dan memasuki kelambu Fadzil Noor dan cuba menyuntik kuman 'Sifilis' pada Ustaz Fadzil Noor pula….tapi sayangnya jarum nya lembik dan tumpul, jarum Fadzil Noor lebih keras dan tajam. Secara lembut dan penuh diplomasi si 'Siam' ini cuba meracuni fikiran rakyat bahawa Fadzil Noor dan TG Nik Aziz telah di cucuk hidung oleh Pemuda PAS. (Nak tanamkan sikap benci dan perpecahan lagi tak?).

Si Mahathir berkata "saya biasanya tak ke bomoh, saya selalu cari doktor jika nak belah dada pun cari doktor. Jika dia (Fadzil Noor) nak cari bomoh tak apalah" apa ini?…yang lain Fadzil Noor cakap yang lain pula dia cakap. Mana ada bomoh yang belah dada orang? Tak ke bodoh punya cakap.

O.K baik…Ana ingin memberi satu 'home work' pada semua ahli-ahli UMNO supaya bertanyakan soalan ini pada ketua mereka Si Mahabomoh. Siapakah Hj. Dak (Haji Razak) Pendang? Apakah kaitan Hj.Dak ini dengan si Mahathir? Siapakah yang menentukan tarikh Pilihanraya untuk Mahathir? Siapakah yang yang memberi Penangkal pada Mahathir? Apakah Penangkal yang di pakai di pinggang Si Mahathir? Siapakah yang memberi 'Penggerun' pada si Mahathir….itu yang pada Siti Hasmah pula apa macam? Tanya Ustaz Fadzil Noor….dia tahu. Orang-orang Pendang semua tahu…Si Hamid Osman tahu…malah geng-geng BN pun tahu apatah lagi MT UMNO. Sebab itu dalam mesyuarat MT UMNO semua mulut kelu dan tak berani nak menentang mata si Mahazlim ini. Cukuplah setakat bomoh-bomoh ini…ana bercakap ini kerana Mahathir tu tak mengaku pakai bomoh ! penipu !

Apa yang ana ingin tegaskan disini cuba perhatikan betul-betul strategi Mahathir dan UMNO dalam membuat 'PROVOKASI' orang-orang melayu. Pernahkan anda mendengar Ustaz Fadzil Noor membuat kenyataan yang boleh menjadi satu 'Provokasi'?

Dalam membuat 'Provokasi' supaya orang-orang melayu bertelagah, si Mahabomoh ini pun menunjukkan sikap baiknya, sikap penyabarnya…tidakkah anda semua perasan? Aaah apa lagi…… si tikus-tikus pun mulalah memberi komen dan tiada seorang pun yang tidak memberi komen bila disoal oleh pemberita….Inilah melayu UMNO. Heboh..heboh…heboh jangan tak heboh. Cakap…cakap, jangan tak cakap, kutuk…kutuk, jangan tak kutuk. Hentam lah bangsa sendiri ….provokasi lah supaya kemarahan dan kebencian timbul di hati bangsa sendiri kemudian lencongkan semua kesalahan tersebut pada PAS…eloklah tu….

Tapi Pemimpin BA terutama PAS sudah masak akan hal ini dan tidak sesekali tergugat dengan jarum emas Mahathir. Sesungguhnya PAS lebih baik dari UMNO kerana ini di akui sendiri oleh Ketua Pemudi UMNO Siti Hishamudin Hussein apabila beliau mendakwa Pemuda Pas telah mempengaruhi Pemimpin Tertinggi PAS, malah fitnahnya lagi Ustaz Fadzil Noor hanya boneka dalam PAS kerana keputusan PAS di pengaruhi oleh Pemuda PAS iaitu Mahfuz. Apa yang tersirat disini adalah 'Dalam UMNO pemuda UMNO tidak berkuasa untuk membuat keputusan..hanya sebagai pak turut dan pemuda UMNO hanya sebagai Jentera atas segala keputusan Pemimpinya…tidak lebih dari itu, sebab itulah bila Mahathir hentam, barulah mereka hentam. Kalau mahathir kata tahi itu wangi…maka wangi lah tahi kata pemuda UMNO' sebab itulah Siti Hishamudin Hussein kita lihat tidak 'Independent' dalam setiap langkah malah tutur katanya sekalipun. Buat malu bapa aja.

Ini sudah jelas menunjukkan kepada kita bagaimana sesuatu keputusan yang dibuat oleh PAS adalah keputusan Majlis Mesyuarat dan semua suara di ambil kira malah Ustaz Fadzil Noor bukanlah seorang yang ego dan gila kuasa dalam membuat sesuatu keputusan ,tetapi di tuduh 'Ambil Jalan Selamat' oleh gestapo UMNO.

Sebaliknya bagaimana dengan Mahathir….cakap dia adalah keputusan dia, Duit Rakyat adalah duit dia, semua orang Melayu mesti dengar cakap dia, mahu semua orang Cina dengar cakap dia, mahu semua orang India dengar cakap dia, Negara kita ini adalah hak dia, sehingga kesombongannya dan keberanian tahi minyak nya menghentam negara-negara besar dan kuasa-kuasa besar yang mana akibat mulut celuparnya rakyat Malaysia yang menanggung risiko, seperti pepatah 'Bagai anjing menyalak Bukit'. Masakan dia sanggup menggunakan wang Berbilion Ringgit tanpa kelulusan Kabinet terlebih dahulu? Habis apakah gunanya ahli Parlimen ? Tunggul kayu? Tapi Ahli Parlimen BA bukan kayu ! Ustaz Fadzil Nor bukan kayu….tapi 'Tongkat Semambu' untuk menghalau semua hantu.

Oleh itu pikirlah…..semangat serta kaedah muzakarah seperti yang di amalkan oleh PAS adalah yang terbaik dan apa keputusan yang dibuat oleh Ustaz Fadzil Noor adalah Keputusan ahli-ahlinya.

Jangan sesekali terusik dengan 'tiupan sihir' pihak UMNO. Kita sabar dan lihat akan kelatahan mereka sehingga mereka letih…asalkan kita jangan melatah. Anggaplah mereka-mereka ini seperti budak-budak berhingus yang cuba mendapatkan perhatian…merengek, menangis dan meraung Biarkan…biarkan si luncai terjun dengan labu-labunya di kolam Buatan Mahathir. Apabila terasa sudah nak lemas maka timbul lah jua si Luncai tadi….barulah kita tarik rambutnya naik kedarat.

Pikir-pikir

==
LAWAN TETAP LAWAN
BEBASKAN ANWAR !

seterujabat@freeanwar.com
Melayu+Siam = MeSiam


        
Ke atas  Balik Menu Utama    Tarikh Artikal : 24 Februari 2001

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://tranung.tripod.com/ dan Email : dppkd@hotmail.com