Nampak gayanya masih ramai lagi yang bersungguh-sungguh memberi pendapat
kononnya perpecahan Melayu perlu dibawa berbincang segera. Seperti yang kita
duga akan berlaku atas strategi si Mahazalim Mahathir yang mana dalam Utusan
Malaysia 20hb Februari kini sudah mula melibatkan Pihak Mufti. Malah surat
khabar juga memainkan jarum menyucuk Ustaz Fadzil Noor mengatakan beliau di
tekan oleh puak EKSTRIMIIS.
Kalau setakat muka-muka si Menteri Besar Negeri Sembilan Mohd.Isa , memang sudah
glamour dah dengan kemewahannya ber komen, Siti Hishamuddin Hussein (Ketua
Pemudi UMNO), Muhammad Taib, Zainudin Maidin (Zorro Ampu Mahathir) yang telah
banyak membintangi filem-filem Box-Office seperti ‘Malaysiakini.com’ dan
‘Temuramah rapat’. Awang Had Salleh pun sudah mula berjinak-jinak dengan Politik
Mahathir. Malah banyak lagi yang memberi berbagai komen. Disini biarlah kita
mengaku dan mengangkat mereka dengan berkata “ Ya lah…. Memang kamu semua orang
yang terpelajar tidak seperti kami, kamu semua berfikiran luas tak seperti kami,
kamu semualah lebih mencintai Melayu dari kami malah kamu semualah yang lebih
kemelayuan dari kami, kamu semualah yang berpihak di pihak yang benar tidak
seperti kami , kamu semualah yang mengikut ajaran Al-Quran tidak seperti kami,
kamu semualah yang mempertahankan negara tidak seperti kami hendak menggadaikan
negara, dan kamu semualah yang ‘perfect’ tidak seperti kami tidak pernah
‘perfect’.”
Yang lebih menariknya dalam ulasan yang diberi oleh Pengerusi Majlis Fatwa
Kebangsaan Datuk Dr.Ismail Ibrahim. Beliau mendakwa bahawa Punca utama
Perpecahan Masyarakat Islam ketika ini adalah kerana ‘KEWUJUDAN BUDAYA KAFIR
MENGKAFIR’. Na’uzubillahi manzalik.. Betulkah dakwaan Dr.Ismail ini ? Kalau
beliau sudah berani mendakwa sudah menjadi satu budaya …sudah tentulah
Kebudayaan ini jelas kelihatan atau terdengar dimana sahaja…Oleh itu ana ingin
menegaskan pada Dr.Ismail…..ana sekali pun tidak pernah mendengar kuliah agama
atau ceramah agama yang mengkafirkan orang…baikpun dari pihak PAS atau guru-guru
agama di Masjid dan surau-surau di sekitar negeri Perak ini. (satu negeri dengan
Ustaz Harussani Zakaria). Oleh itu ana mencadangkan janganlah sesekali
mengeluarkan Dakwaan seperti tersebut…kerana fitnah seperti tersebut akan
membuatkan orang-orang lain marah dan benci. Berhati-hatilah ketika bercakap,
serta jangan terlalu gopoh menuding jari kepada satu aspek sahaja padahal dalam
hati kecil Dr.Ismail sendiri sudah NYATA tahu apakah sebab utama Majoriti Melayu
sudah beralih kepada parti Barisan Alternatif…bukankah begitu Dr.Ismail?…
Apa yang ana tersangatlah sedih disini, masih ramai cerdik pandai malah sekarang
ini melibatkan pihak Mufti pula masih TIDAK BERANI mengatakan perkara yang
sebenar…cubalah sesekali meluahkan perkara yang tersirat dalam hati
tu…….janganlah kita asyik berselindung di sebalik Jawatan.
Apa yang sangat menghairankan adalah….kalau setakat nak bincang hal melayu tak
perlulah Mahathir dan jentera Mahazalim tu menghebohkan seluruh dunia…WALAUPUN
kami tahu semuanya ini adalah Strategi si Mahazalim untuk membuatkan rakyat
Malaysia marah dan bencikan dengan PAS malah BA…dan selepas ini sekiranya
apa-apa kezaliman yang dilakukan kepada PAS dan BA, maka Rakyat Malaysia tidak
akan menyalahkannya (Mahathir lah siapa lagi?) …Pandai tak si Mahathir ini?
Tak bolehkah si Mahathir menggunakan talipon untuk berbincang dengan Ustaz
Fadzil Noor? Bincang pasal melayu….
Tak bolehkah si Mahathir berjumpa dengan Fadzil Nor di pendang kedah ke? Sebagai
rakan politik dan bincang pasal melayu?
Susah-susah sangat gunakan kemudahan internet untuk berbincang pasal melayu
dengan Fadzil Noor….habis cerita!
Yang ana tahu..kalau nak secara formal membuat perbincangan mestilah ada
perjanjian bertulis..betulkan begitu? Itulah yang ustaz Fadzil Noor berhati-hati
sangat. Sebab apa?
Sebabnya ….FAHAMI BETUL-BETUL !, perbincangan ini adalah bermotifkan politik
kepartian BUKANNYA bermotifkan MELAYU ISLAM. Kerana apa? Seperti yang dikatakan
tadi..kalau setakat nak bincang hal melayu tak perlulah melibatkan semua jentera
Mahathir dan Surat Khabar untuk menghebohkan hal ini. Setakat Mahathir nak
bincang dengan Fadzil Noor….alahai kat Putra Jaya pun boleh.
Mengapa tempoh hari isu Ling Liong Sik hendak letak Jawatan boleh di selesaikan
dengan mudah sekali….Mahathir arahkan Ling Liong Sik cuti 2 Minggu keluar negeri
kemudian mereka berbincang melalui talipon (sot set sot set) …tup-tup keputusan
sudah tercapai maka Ling Liong Sik menarik Balik niat untuk letak jawatan.
Apakah ingat kita semua bodoh sangat kah? Biarlah yang bodohnya di pihak
kami….tak mengapa, tak luak pun.
SATU LAGI ! siapakah Ketuanan Melayu di negara ini? Bukankah Yang Di Pertuan
Agung? Ataupun Raja-Raja Negeri…..Mereka inilah yang lebih berhak tentang
MELAYU. Oleh itu dimanakah letaknya tempat Raja-Raja Melayu itu semua ketika
ini? Itupun kalau benarlah apa yang di Dakwa Melayu sudah berpecah ! Apakah
Susah sangat YDP Agong Memanggil Ustaz Fadzil Noor dan Mahathir mengadap dan
berbincang di depan tuanku? Inikan soal MELAYU ? ….bukannya politik !
(heheee…nak tergelak). Oleh itu pikirlah…soal Melayu atau soal kekuatan parti
UMNO?
Mengapa Mahathir ?…..Siapakah Mahathir (Tidak semestinya Perdana Menteri Di
Kalangan Melayu…kata Mahathir lah… siapa lagi), sebab kepala surat yang
dijemputnya perbincangan pun atas nama Perdana Menteri.
Dengan ini ana dengan sekeras-kerasnya membantah dan jijik sekali melihat dan
mendengar soal melayu ini di hebohkan dalam Surat Khabar dan TV. Inilah yang
melambangkan bahawa melayu UMNO lah yang suka MELATAH. Saja buat-buat latah
supaya Mahathir dengar latah mereka……bukankah begitu wahai pengampu Mahathir
semua? Gunakan akal sikit….seperti ustaz Fadzil Noor..dia guna akal tapi orang
ramai kata tak guna akal. Yang penting jangan terperangkap.
Bangsa-bangsa lain di negara ini yang juga kawan-kawan kita akan ketawakan
kita….. “ayaaaa mau bincang pun manyak kuat bising ooooo, sulat kabat pun
kuluat, TV pun kuluat….apa laaa…. manyak pining saya dingar ooo”
Oleh itu Para Cendiakawan pun tahu akibat KEBISINGAN ini…..sebab apa buat
bising…bukankah BISING itu satu PROVOKASI ?….Provokasi untuk apa? ..haaaaaa satu
persoalan yang baik…pikir baik-baik …sebab itu semua ini terjadi !
PAS tidak akan berpecah…malah akan lebih kuat bersama Barisan Alternatif.
Tak semestinya yang berkopiah macam Ustaz Fadzil Noor itu tidak berakal panjang.
Pikir-pikir.
seterujabat@freeanwar.com
==
LAWAN TETAP LAWAN
BEBASKAN ANWAR !
Melayu+Siam = MeSiam