Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite UMNO
PEROMPAK
WANG
RAKYAT !


Amaran Untuk Fadzil Nor.....'Adakah Esok Bagi Mu?'

Hari ini dunia Malaysia gempar dengan hebahan Berita TV dan Radio hak Kerajaan. Di Tambah pula dengan komen orang ramai dan cendiakawan Malaysia kononnya….semuanya mengutuk PAS kerana menangguhkan Perbincangan PAS dan UMNO. Abdullah Badawi pula komen tersangatlah kecewa dengan tindakan PAS kerana UMNO bersungguh-sungguh hendak berbincang dengan PAS demi perpaduan Melayu.

Ana ingin bertanya….mengapakah sekarang terlalu sangat UMNO kepingin hendak berbincang dengan PAS ? Mengapakah sebelum ini semasa UMNO kuat, gagah, kaya, dan segala-galanya ada pada UMNO….UMNO menolak mentah-mentah pelawaan PAS untuk bermuzakarah dan berbincang????…mengapa? dan kenapa? Dan.. mengapa pula sekarang tersangatlah inginkan PAS untuk berbincang? Setelah UMNO lemah, setelah ramai ahli UMNO melompat ke BA? Setelah orang-orang kampung tidak lagi menghormati Mahathir? Setelah majoriti rakyat Melayu sudah tidak percaya lagi pada kepimpinan Mahathir?

Dengan ini ana ingin menyeru pada Tuan Haji Fadzil Noor…….berfikirlah panjang-panjang dan berbincanglah dengan MT Pas secara terperincinya…malah walaupun agak agresif ana mengatakan pandangan Saudara Mahfuz dan Saudara Mohd Sabu boleh diguna pakai.

Apa sudah terjadi pada Mufti selangor Ishak Baharom…
Apa sudah terjadi pada Imam Masjid Negara Ustaz Izzamuddin…
Apa sudah terjadi pada Ismail Kamus….
Apa sudah terjadi pada Harun Din Al-Hafiz….
Apa sudah terjadi pada pada Hassan Ali….
Apa sudah terjadi pada pada Siasatan Jalil Ibrahim di Hong Kong…
Apa sudah terjadi pada Memali….
Apa sudah terjadi pada Rakyat Kerpan….
Apa sudah terjadi pada Rakyat Terengganu…
Apa sudah terjadi pada ANWAR IBRAHIM …..
Apa sudah terjadi pada Melayu yang di sepak Terajang oleh bangsanya sendiri…
Apa sudah jadi dengan Lim Guan Eng… Untuk siapa?
Apa sudah jadi dengan Tian Chua…..Untuk siapa?
Apa sudah jadi dengan Tulisan Jawi…..
Apa sudah jadi dengan Bahasa Melayu….
Apa sudah jadi dengan Kemasukan Pendatang Asing yang tak terkawal….siapa bawa?
Demi Kemajuan konon…….sehingga lupa menoleh kebelakang akan bangsa sendiri.


Dan…

Mana dia Rahim Noor…Apa tindakan diambil padanya?
Mana dia Eric Chia…Apa tindakan diambil padanya?
Mana dia Rafidah Aziz…Apa tindakan diambil padanya?
Mana dia Daim Zainuddin…Apa tindakan diambil padanya?
Mana dia Rahim Thamby Chik…Apa tindakan diambil padanya?
Mana dia Rahim Noor…Apa tindakan diambil padanya?
Mana dia Eusoff Chin…Apa tindakan diambil padanya?
Mana dia Mokhtar Abdullah…Apa tindakan diambil padanya?
Malah kalau nak tanya…..1001 soalan lagi yang ana nak tanya….dah malas dah !

Dan secara peribadi dan firasat ana sebagai nujum pak belalang…..ana dengan tulus ikhlas berpendapat demi Perpaduan Melayu yang sudah berpadu dan Perpecahan yang sememangnya tak berpecah…. ‘TOLAK PERBINCANGAN DENGAN UMNO !!’.

Wahai Pemimpin PAS ingatlah ini….

Siapakah yang membunuh Hang Jebat….Kurun ke berapakah? Sejak dulu lagi kan?
Siapakah yang menerajang PAS dari Parti Perikatan?….MCA kah?..MIC kah? Atau Melayu?
Siapakah ‘Mastermind’ sehingga PAS di terajang keluar dari Perikatan pada 1974 ?
Siapakah yang memecah belahkan UMNO lama ke UMNO (baru)?
Siapakah yang membuatkan Bangsa Melayu ber QIBLATKAN keduniaan.?
Siapakah yang membuatkan Negara ini kaya dengan ‘dadah’?
Siapakah yang membuatkan Negara ini penuh dengan Maksiat? Kemudian hendak membenterasnya tak berani…..kerana dah terlewat konon…
Siapakah yang mempersendakan Rasulullah S.A.W.
Siapakah yang Mengatakan ‘Benih Melayu’ adalah lemah, malas, lembab dan bodoh.?
Siapakah yang mengatakan Melayu suka ‘Melatah’?
Siapakah yang mengatakan Melayu suka ‘Amok’?
Siapakah yang membuatkan Orang Melayu sudah Buta dan hanya celik dengan kecantikan dan kemewahan serta Wawasan sehinggakan Melayu tiada lagi Tulisan dan Bahasa?

Kalau nak berbincang juga!…

Jadikan agenda ‘BEBASKAN SAUDARA ANWAR IBRAHIM’ tanpa syarat sebagai agenda Perbincangan yang PERTAMA !!! Segala syarat yang kita letakkan ‘WAJIB’ di penuhi. Jangan sesekali tertinggal walaupun satu. Kalau tidak ‘TOLAK MENTAH-MENTAH’.

Malah….

Biarkan Mahathir dan UMNO sendiri yang menyelesaikan masalah yang mereka cipta.
Biarkan Mahathir dan UMNO fikir sekuat mana mereka.
Biarkan Mahathir dan UMNO fikir siapakah Melayu sekarang.
Biarkan Mahathir dan UMNO fikir Melayu bukan semuanya boleh diperbodohkan.
Biarkan Mahathir dan UMNO tahu..’Tak kan Melayu Biarkan Sejarah Jebat Berulang lagi’.
Biarkan Mahathir dan UMNO rasa akibat bongkak, sombong dan tuli sebelum ini.

Kami berdiri teguh di belakang Pemimpin PAS
Kami berdiri teguh di belakang Pemimpin KEADILAN RAKYAT.

Jangan terpengaruh dengan cakap-cakap lembut dan kononnya kita ( BA) berpikiran sempit….
Kononnya mereka-mereka ini ‘matang’ sangatlah………
Kononnya mereka-mereka ini berpikiran luas sangatlah……
Kononnya mereka-mereka ini Melayu sangatlah………..
Kononnya mereka-mereka ini Sayangkan Melayu sangatlah…….
Kononnya mereka-mereka ini Berpelajaran tinggi sangatlah……..
Kononnya mereka-mereka ini sayangkan Negara Sangatlah……
Kononnya mereka-mereka ini beranggapan kita (BA) hendak menggadai Negara sangatlah….
Kononnya mereka-mereka ini beranggapan Kita (BA) nak biarkan di jajah sangatlah……
Kononnya mereka-mereka ini beranggapan kita ‘TAKSUB’ dengan Anwar Ibrahim sangatlah…..
Kononnya mereka-mereka ini beranggapan kita telah di tipu oleh Ulama Songsang sangatlah..
Kononnya mereka-mereka ini beranggapan kita telah di pengaruhi oleh TG Nik Aziz dan TG Haji Hadi Awang sangat lah…..
Kononnya mereka-mereka ini beranggapan kita suka mencarut dan memaki sangatlah…..
Kononnya mereka-mereka ini beranggapan kita suka ‘Berdemontrasi’ sangatlah……
Kononnya mereka-mereka ini beranggapan perjuangan kita ini adalah ‘sabotaj’ luar negara sangatlah….
Kononnya mereka-mereka ini beranggapan kita (PAS), pengotor, tidak kemas, lembab, tidak berwawasan dan bermacam-macam lagi…kononnya lah.

Kami anak Melayu Jati bukan macam UMNO.

Kami Melayu Tak Pukul Sepak Terajang dan Tumbuk Muka Melayu (Islam)
Kami Melayu tak bunuh Melayu (Islam).

Untuk Ustaz Fadzil Noor…inilah pandangan dan nasihat ana..

Wahai Ustaz Fadzil Noor….. janganlah sesekali ada niat untuk anda membelot dengan kami…sekiranya ini terjadi maka ….anggaplah selepas ini PAS akan berkubur tanpa Batu Nisan.

Pikir-pikir.

seterujabat@freeanwar.com

==
LAWAN TETAP LAWAN
BEBASKAN ANWAR !

Melayu+Siam = MeSiam


        
Ke atas  Balik Menu Utama    Tarikh Artikal : 21 Februari 2001

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://tranung.tripod.com/ dan Email : dppkd@hotmail.com