Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite UMNO
PEROMPAK
WANG
RAKYAT !


53 menamatkan Jogathon! - Jogathon Selamatkan S R J K (C) Damansara!

Breaking News

Oleh Ryoko

Jogathon Selamatkan S R J K (C) Damansara! 53 menamatkan Jogathon!

Pada permulaan, seramai 99 orang menyertai acara jogathon ini. Mereka memulakan jogathon pada tepat 8 pagi. Walaupun pihak polis menahan sesetengah perserta atas alasan mereka menjalankan jogathon secara haram, namun masih ada 53 orang berjaya menamatkan jogathon ini dan mencecah garisan penamat di S R J K (C) Damansara.

Matlamat jogathon ini antara ialah menyokong usaha menyelamatkan SRJK (C) Damansara dan sekaligus berharap pihak berkuasa dapat berbuat sesuatu untuk menyelesaikan masalah ini dengan adil and saksama. Dari Pudu ke Damansara, jarak jogathon ini ialah 18.9 km.

Walaupun pihak polis telah berkumpul di tempat-tempat tertentu untuk menahan peserta, dan tindakan polis ini telah menyebabkan sedikit kekecohan dan ketakutan di kalangan peserta. Namun demikian, kebanyakan perserta masih menunjukkan semangat juang yang kental untuk menghabiskan jogathon ini.

Semua 46 orang yang ditahan akhirnya dibenarkan ikat jamin pada tengahari ini selepas mereka selesai sesi soal siasat polis.

Antara peserta jogathon ini terdiri daripada ibu bapa pelajar S R J K (C) Damansara, wakil Dong Jiao Zhong, pelajar sekolah tersebut dan penduduk Damansara, semua mereka senyum mesra, penuh bersemangat menghabiskan jogathon ini!


        
Ke atas  Balik Menu Utama    Tarikh Artikal : 21 Februari 2001

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://tranung.tripod.com/ dan Email : dppkd@hotmail.com