Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite UMNO
PEROMPAK
WANG
RAKYAT !


Peserta Jogathon ditahan! AP Bukit Bintang Fong Kui Lun berasa kesal dan hampa atas tindakan polis!

Breaking News!

Oleh Ryoko

Peserta Jogathon ditahan! AP Bukit Bintang Fong Kui Lun berasa kesal dan hampa atas tindakan polis

AP Bukit Bintang Fong Kui Lun berasa kesal dengan tindakan polis menahan 46 orang peserta jogathon Selamatkan S R J K Damansara. Beliau menunjukkan bahawa para peserta berjogathon secara aman, namun polis tidak teragak-agak mengambil keputusan untuk menahan mereka atas alasan menjalankan aktiviti perhimpunan haram.

Sebelum aktiviti ini dijalankan, pihaknya telah mencapai persetujuan dengan polis bahawa mereka akan mengunakan kaedah jogathon "dwi peserta berjarak" dan mengadakan jogathon secara aman. Tetapi polis kemudian tetap menahan sesetengah peserta dan mengarah mereka pergi ke balai polis untuk soal siasat selanjutnya atas alasan perhimpunan haram!

Peserta acara jogathon ini memulakan jogathon tepat jam pukul 8 pagi hari ini (18 Februari 2001).

Bermula dari cawangan DAP Pudu Brunei, mereka berjogathon ke S R J K Damansara dengan kaedah jogathon "dwi peserta berjarak".

Tetapi, di persimpangan Penjara Pudu, mereka terpaksa berhenti dalam satu kelompok kerana isyarat lampu merah. Pada masa itulah, pasukan polis yang berkumpul sekian lama di persimpangan tersebut tidak teragak-agak mengambil tindakan untuk menahan mereka yang berhenti di depan lampu isyarat.


        
Ke atas  Balik Menu Utama    Tarikh Artikal : 18 Februari 2001

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://tranung.tripod.com/ dan Email : dppkd@hotmail.com