Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite UMNO
PEROMPAK
WANG
RAKYAT !


Polis menahan 46 orang yang menyertai Jogathon Selamatkan S R J K (C) Damansara!

Breaking news

Oleh Ryoko

Polis menahan 46 orang yang menyertai Jogathon Selamatkan S R J K (C) Damansara!

Polis hari ini menggunakan Akta Polis untuk menahan 46 orang yang menyertai Jogathon Selamatkan S R J K (C) Damansara.

Antara 46 orang yang ditahan, mereka berumur antara 15 tahun hingga 73 tahun. Peserta acara jogathon yang paling muda ditahan ialah seorang yang berumur 15 tahun. Beliau ditahan ketika menyertai aktiviti ini bersama dengan adik dan bapanya. Bapa dan adiknya berjaya menamatkan jogathon tersebut, namun beliau pula ditahan.

Daripada 46 peserta jogathon yang ditahan, 29 orang ditahan di Ibu Pejabat Polis Jalan Gemas, sementara 17 orang lagi ditahan di Balai Polis Briksfield.

Polis menggunakan akta polis untuk menahan mereka untuk disoal siasat. Pihak polis menunjukkan bahawa jagathon tersebut tidak mendapat permit daripada pihak polis, jesteru itu, polis berhak menahan sesiapa yang disyaki untuk sesi soal siasat yang selanjutnya.


        
Ke atas  Balik Menu Utama    Tarikh Artikal : 18 Februari 2001

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://tranung.tripod.com/ dan Email : dppkd@hotmail.com