Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite UMNO
PEROMPAK
WANG
RAKYAT !


Perhimpunan 'Tak Melayu Hilang Di Dunia', Wajarkah??

Sdra/i,

Perhimpunan Perpaduan Melayu adalah satu lagi agenda untuk memecah-belahkan perpaduan yang berjaya diwujudkan dikalangan parti-parti yang bergabung di dalam BA. Jangan terperangkap dengan permainan dangkal tapi licik Mahathir dan Dollah Badawi, dengan pelakun tambahannya seperti Ibrahim Ali dan barisan Pemuda Pencen.

Adalah penting jiga perhimpunan tersebut dapat digagalkan, tapi bukan dalam bentuk kekacauan. Secara lunas undang-undangnya, saya cadangkan barisan Pemuda BA untuk mobilisasikan barisan pemuda untuk buat lapuran polis di beberapa tempat berkenaan perhimpunan tersebut atas beberapa sebab :

1. Barisan Bertindak Melayu adalah adalah pertubuhan yang masih belum didaftarkan oleh RoS, tidak boleh menganjurkan sebarang perhimpunan, kecuali mesyarat agung penubuhan.

2. Perhimpunan tersebut jelas tidak mendapat permit kerana tidak mematuhi syarat-syarat permohonan 2 minggu sebelum perhimpunan diadakan. Kalaupun ada permit, ianya dianjurkan oleh sebuah pertubuhan haram seperti 1 di atas.

3. Isu yang akan diperkatakan di dalam perhimpunan tersebut adalah isu yang cukup sensitif, boleh didakwa di atas Akta Hasutan, ISA dsbnya, boleh mencetuskan keharmonian dan perpaduan antara kaum dsbnya.

Dalam pada itu kenyataan akhbar demi kenyataan akhbar perlu dikeluarkan oleh BA dan NGO yang berteraskan Melayu yang lain bagi menolak perhimpunan tersebut, serta menggesa pihak polis untuk memberikan permit bagi perhimpunan Perpaduan Nasional anjuran BA di Stadium Bukit Jalil. Walaupun kita tahu mereka boleh menggerakkan anak-anak sekolah bagi menyertai perhimpunan tersebut, kita masih boleh berkeras untuk tidak hadir bagi menggelakkan diri dari terlibat atau melibatkan keluarga dan teman-teman.

Adalah penting bagi menunjukkan kpd masyarakat bahawa perhimpunan ini akan gagal dan bhw orang Melayu sudah tegas mengalihkan sokongan kepada perjuangan reformasi secara total

RT


        
Ke atas  Balik Menu Utama    Tarikh Artikal : 4 Februari 2001

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://tranung.tripod.com/ dan Email : dppkd@hotmail.com