Diberitakan pada 14 Febuary 2000, ‘Valentine Day’, Pak PM telah bertemu dengan semua ketua parti komponen BN Sabah di pejabatnya di Putrajaya selama 4 jam untuk membincangkan siapa Ketua Menteri Sabah yang baru. Dilaporkan oleh ‘perisik dalaman JPM’, Pak PM kita telah ada strategi samada untuk tidak meneruskan sistem giliran ataupun meneruskannya.
Di dalam pertemuan itu, boleh dikatakan semuanya bersetuju mengikut apa yang akan diputuskan oleh Pak PM samada giliran diteruskan ataupun tidak. Yang lebih memeranjatkan lagi, kebanyakan nya akan bersetuju siapa saja yang akan dipilih asalkan tidak KM Osu Sukam sekarang, sekiranya sistem giliran diteruskan atau tidak.
Apa sudah jadi dengan Pak Osu kita! Mengapa semua orang tidak sehaluan dengan beliau? Sekali lagi, Pak Osu memberi kebimbangan yang kuat kepada UMNO Sabah. Kalau pada tahun lepas telah keluar berbagai-bagai skandal tentang Pak Osu, maka pada tahun ini, keluar pula bagaimana hampir kesemua Ketua parti komponen BN menolak beliau.
Sedikit sebanyak, pening juga kepala memanda PM kita.!! Sokongan rakyat Sabah amat penting kepada BN lebih-lebih lagi prestasi pilihanraya lalu, dimana BN telah menang besar. Kalau silap pilih, meranalah rakyat Sabah.
“Bagi pemimpin Sabah dan rakyatnya, tepuk dada, tanyalah selera.”
“Perjuangan yang belum selesai…”
SiberRisik