Tahun ini adalah tahun pemilihan UMNO di peringkat cawangan dan bahagian. Setiap ahli UMNO yang layak mahupun yang tidak layak, sedang bertungkus-lumus berkempen untuk merebut jawatan yang dipertandingkan bagi menjamin masa depan mereka di dalam kancah politik UMNO. Di dalam negara yang mengamalkan sistem demokrasi seperti Malaysia, tidak dapat tidak, haruslah meneruskan sistem demokrasi yang selama ini dilaung-laungkan oleh pucuk pimpinan negara.
Baik di Semenanjung mahupun di Sabah, tidak kurang hebatnya, dimana calon-calon yang akan bertanding telah memulakan kempen mereka dengan berbagai-bagai strategi. Di Sabah kononnya, terdapat sesetengah calon disokong dan mendapat restu dari pemimpin tertinggi UMNO pusat. Dari suara-suara yang boleh dipercayai, di Sabah khususnya, ada calon yang berani menyatakan yang mereka mendapat restu dan sokongan yang kuat dari YAB TPM kita iaitu Pak Lah dan juga dari S/U Politik TPM itu sendiri, yang akan bertanding merebut jawatan, melawan lawan mereka.
Antara mereka yang dipercayai telah mendapat restu dan sokongan Pak Lah ialah di Tawau – Dr. Patawari vs Ghafur, di Kota Belud – Awatnir vs Salleh, di Beufort – Hanafiah Aman vs Lajim; kesemuanya ini adalah pertandingan Ketua Bahagian. (Hanafiah Aman, Awatnir, dan Dr. Patawari mendapat sokongan Pak Lah). Manakalah bagi pertandingan Ketua Pemuda pula; di Penampang – John Amun vs Ahmad Said, di Tenom – Mansur Vs Ramen, dan di Sipitang – Rafai vs Nazri. (John Amun, Mansur, dan Rafai mendapat sokongan S/U Politik Pak Lah – Mahathir Kalid). Ini adalah sebahagian saja nama yang disenaraikan, kerana ada lagi nama-nama yang akan dihebahkan kepada umum, baik UMNO Sabah mahupun UMNO di Semenanjung untuk pengetahuan Pak PM kita. Tunggu dan lihat.!!!
Mengikut penyiasatan kami, ada benarnya perkara di atas kerana semenjak kebelakangan ini Pak Lah selalu ke Sabah dan bertemu pemimpin-pemimpin tertentu di Sabah. Bagi Pak Lah pula, di dalam pemilihan kali ini amatlah penting bagi beliau kerana kedudukan beliau di dalam heirarki UMNO sekarang tidaklah sekuat sebagaimana yang kita lihat, jadi sokongan dari Sabah amatlah penting sebagai penentu masa depan beliau.
Sekiranya benar perkara ini berlaku, ianya amat memalukan UMNO dan BN itu sendiri kerana tidak mengikut nasihat Pak PM kita yang mengharapkan sekiranya ada pertandingan, biarlah pertandingan yang sihat. Pilih pemimpin yang boleh berkhidmat untuk agama, bangsa dan negara. Mengikut desas-desus terkini, telah ada kumpulan di dalam UMNO sendiri telah menyusun strategi untuk menjatuhkan PM. Ini diakui oleh orang-orang UMNO sendiri. Pak Lah tentu tau kut!!! (Maklumlah Menteri Dalam Negeri). Telah banyak khabar-khabar angin mengatakan bahawa ada sesetengah pemimpin tertinggi UMNO sendiri yang tidak yakin dengan kepimpinan Pak PM kita. Bagaimana Melayu UMNO Hendak Bersatu? Tepuk Data Tanyalah Selera.!!!
“Berjuang Untuk Agama, Bangsa dan Negara”
“Perjuangan Yang Belum Selesai”
SiberRisik