Akhirnya taktik kotor UMNO@BN untuk memprovokasi penyokong REFORMASI terbongkar ... apabila tembelang mereka mengunakan nick " AMY ROSS " dari Masyarakat_ADIL E-GROUPS ( kami telah kesan ia ditaja oleh UMNO@BN sejak dahulu lagi ) ... mengiklankan Sdr.Ezam dan Sdr.Mahfuz mengarahkan pendokong BA agar hadir di perhimpunan BBM pada 4/2/2001 di Kg.Baru.
Kita boleh melihat iklan palsu ini melalui beberapa kesilapan tulisan mereka :-
1. Sila kibar bendera REFORMASI dan UMNO.
2. Berkonvoi dari Padang Merdeka ke Kg.Baru.
3. Melepaskan Belon Putih, MERAH, BIRU dan Hijau bersama sepanduk " REFORMASI "
4. Datuk Harun Idris, Datuk Samad Idris, Datuk Affifuddin,Tengku Razaleigh Hamzah, Datin Seri Wan Azizah, Syed Husin Ali Pemimpin UMNO dan Barisan Alternatif yang lain akan hadir berucap.
5. Berita dari Urusertia bersama perhimpunan Melayu Barisan Alternatif dan UMNO Lokman Noor Adam.
Perbuatan UMNO@BN ini telah menunjukan mereka sendiri tidak yakin dengan majlis yang dirancang.. dan mengunakan tipu helah untuk memerangkap penyokong reformasi supaya terbabit sama dalam majlis anjuran mereka.
Kita tunggu kenyataan rasmi dari Pemuda KeADILan dan PAS.
PSARAFHQ.