Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite UMNO
PEROMPAK
WANG
RAKYAT !


EZAM DILAGA DENGAN YB SAIFUDDIN

SENSASI - ADU DOMBA EZAM & YB SAIFUDDIN

Tindakan terbaru satu golongan atau kumpulan tertentu melaga-lagakan Sdr Ezam Mohd.Nor dengan Yb Saifuddin Nasution dalam isu kepimpinan Pemuda KeADILan dapat dikesan oleh unit PSARAFHQ. Perbuatan tidak berektika golongan yang berasaskan NGO dan non-parti member lebih menjurus kepada beberapa perkara berikut :-

1. Kumpulan atau golongan ini adalah orang yang mempunyai cita-cita politik … tetapi tidak mempunyai karisma dan daya kepimpinan yang jitu … oleh kerana itu ia cuba mengunakan YB Saifuddin Nasution untuk mencapai cita-cita politiknya serta kepentingan peribadi ….!!! Perbuatan untuk memperkudakan Sdr.Ezam dan Yb Saifuddin amatlah hina dan keji bagi tujuan tersebut.

2. Kumpulan atau golongan ini bertindak menjadi Tok Dalang … ia berusaha merencana segala aktiviti serta tindakan Sdr.Ezam dan Yb Saifuddin, dalam waktu yang sama mereka ini terus merosakan imej Sdr.Ezam dan menaikan imej Yb Saifuddin .. dengan harapan Yb Saifuddin akan dilantik sebagai ketua Pemuda KeADILan yang baru … lantas ia akan menunjukan Pemuda KeADILan menghadapi masalah dalaman apabila Sdr.Ezam tersingkir dari jawatanya sekarang.

3. Golongan atau kumpulan ini memang ditaja dan digerakan oleh satu pihak yang amat berkuasa dalam kuasa politik Malaysia serta antarabangsa, mereka tahu Pemuda KeADILan mampu merobah senario politik Malaysia …. Oleh itu sebelum terlambat taktik adu-domba serta melaga-lagakan kepimpinan Pemuda ini akan memberikan kelebihan kepada golongan mereka dan dalam waktu sama … jika BA berjaya memerintah Malaysia .. golongan ini juga akan mendapat laba serta kuasa disebalik BA … perbuatan ular berkelapa dua ini memang terkenal dalam senario politik Malaysia sejak sebelum merdeka lagi.

4. Kumpulan atau golongan ini memang bijak merencana agenda mereka … kerana mereka tidak pernah menonjolkan imej mereka kepada umum … ia bergerak bukan macam aktivitis politik tapi mempunyai agenda politik yang kotor lagi keji .. mereka ini sering mengunakan isu hak asasi dan kebebesan bersuara .. tetapi mereka inilah tink-tank atau perancang utama kepada kegawatan politik Malaysia sekarang.

5. Golongan atau kumpulan ini benar-benar bercita-cita besar ….. sesiapa sehaja yang memegang tampuk pemerintahan Malaysia … akan menjadi mangsa mereka ….??? Memandangkan senario politik Malaysia sekarang memihak kepada BA …. Dan mereka yakin BA mampu menewaskan BN …. Mulai sekarang mereka telah menjalankan jarum mereka dalam parti kompenan BA …. Sebagaimana mereka lakukan dalam BN sekarang ….???? Yang penting bagi mereka adalah kuasa dan wang…..!!!!

6. Harapan mereka jika Sdr.Ezam tersingkir dan diaibkan oleh KeADILan …. Yb Saifuddin akan terhutang budi dengan mereka ….. walaupun mereka tahu Yb Saifuddin mempunyai sikap yang tegas dan jitu …. Tetapi peranan mereka sukar dikesan oleh Yb Saifuddin dan MPT KeADILan .. secara tak lansung ramai pemimpin KeADILan akan dipersalahkan dan membuatkan KeADILan dalam suasana tak menentu … di waktu ini jugalah kumpulan ini akan meraih laba dari UMNO …. Jadi jika BA tewas mereka tetap berkuasa dan kaya … jika BN tewas mereka juga tetap kaya dan berkuasa ….. dua-dua mereka makan…..????

Apa yang diharap kepada seluruh pendokong KeADILan dan BA … mereka harus berhati-hati dengan kumpulan atau golongan ini .. perbuatan mengambil kesempatan dalam kegawatan politik negara harus ditangani secara berhati-hati dan kemas oleh semua pihak dalam BA. Kumpulan atau golongan ini tidak mengira mangsa …. Mereka sanggup mengorbankan Yb Datin Seri Dr. Wan Azizah mahu pun Yab Tuan Guru Nik Aziz, asalkan cita-cita mereka tercapai.

PSARAFHQ akan terus memantau dan memastikan kumpulan atau golongan ini disingkirkan terus dalam mana jua gerakan Pro-Reformasi atau Pro-BA …..!!!! perbuatan mereka seperti ular berkepala dua yang mempunyai lidah bercabang tiga amatlah keji dan hina ….. mereka sanggup memijak-mijak Islam asalkan mereka berjaya …..???

PSARAFHQ menyeru sekali lagi ….. PARA REFORMIS DAN PENDOKONG BA … berhati-hatilah dengan golongan atau kumpulan sebegini …. Jika kita lalai … kita yang akan menanggung risikonya dan rugi buat selama-lamanya…… Insya Allah .. jika kita semua ikhlas dan berhati-hati … Allah swt akan sentiasa bersama-sama dengan pihak yang benar.

" PSARAFHQ "
28HB.FEB.2001

REFORMASI & ISLAH
KE ARAH MALAYSIA YANG ADIL


        
Ke atas  Balik Menu Utama    Tarikh Artikal : 28 Februari 2001

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://tranung.tripod.com/ dan Email : dppkd@hotmail.com