VCD - FITNAH ANWAR
VCD - SIASATAN POLIS TERHADAP KES DSAI DAN PENGAKUAN PALSU SAKSI KRONI.
UNTUK PENGEDARAN DI LEMBAH KLANG DAN SELURUH NEGARA.
PSARAFHQ telah menemui ketiga-tiga siri terbaharu selepas siri " KEBENARAN
DAN KEADILAN UNTUK ANWAR " dengan tajuk baru :-
1. SIAPA ANWAR ?
2. ANUGERAH PELAKON TERBAIK !
3. PAS ISLAM SEBENARNYA
Keempat-empat VCD ini adalah mengenai fitnah dan pertuduhan palsu dalam kes
liwat DSAI serta rakaman pengakuan saksi palsu dihadapan bekas imam besar
masjid negara YB Ustaz Taib Azzamuddin yang dirakam khas dengan niat dan
agenda tertentu dengan mengunakan tajuk " PAS ISLAM SEBENARNYA "
. Pihak
yang mengeluarkan VCD ini benar-benar ingin mengaibkan DSAI dan Keluarganya
serta KeADILan dan PAS kerana setiap VCD ini adalah bersiri dan mempunyai
hubung kait rapat setiap satu jalan ceritanya.
VCD tersebut kini begitu meluas diedarkan secara percuma oleh pihak yang
berkuasa dan bertanggungjawap keatas kerajaan Malaysia. Telah banyak laporan
polis dan rampasan dilakukan oleh BA
tetapi pihak berkuasa hanya
menganggap ia sebagai satu perbuatan yang mulia serta tidak menyalahi
undang-undang negara.
Walau bagaimanapun PSARAFHQ amat berharap kerjasama semua pihak agar dapat
memantau perbuatan mengedar ke empat-empat VCD fitnah ini
.. kita teruskan
laporan polis dan rampasan
. Yang terbaiknya orang ramai dapat menangkap
wakil pengedar VCD fitnah ini
. Dan serahkan kepada pihak berkuasa bersama
bukti dan maklumkan terus kepada Parti KeADILan Nasional untuk tindakan
lanjut diperingkat pusat.
Langkah-langkah yang perlu diambil
1. Sila bawa salinan VCD tersebut dan membuat laporan polis dan bantahan
keatas pengedaran VCD ini.
2. Sila nyatakan tarikh dan masa anda menerima atau menemui VCD dipeti surat
anda.
3. Sila nyatkan alamat penuh VCD ini ditemui.
4. Sila ambil gambar VCD ini sebelum ia diserahkan kepada pihak polis
sebagai bahan bukti.
5. Sila buat salinan keatas Laporan Polis yang telah anda lakukan dan sila
hubungi mana-mana Pejabat KeADILan yang terdekat dengan tempat anda untuk
menyerahkan salinan Laporan Polis ini untuk tujuan pengumpulan data.
6. Kepada mereka yang tidak ingin membuat laporan Polis
. Anda boleh
menyerahkan VCD ini kepada Pejabat KeADILan yang terdekat ditempat anda.
Dengan kerjasama orang ramai mengenai isu VCD FITNAH ini
.. PSARAFHQ amat
berharap dalang yang
sebenarnya akan dapat dikenal pasti
dan siapakah pengedar serta
pembekalnya akan dapat diambil
tindakkan yang sewajarnya. Tindakkan dalang-dalang VCD FITNAH ini secara
lansung telah menampakkan pihak yang menentang BARISAN ALTERNATIF telah
ketandusan modal dan idea dalam usaha untuk mempertahankan hujah serta
dakwaan mereka, kerana rakyat dan bangsa Malaysia telah tidak percaya kepada
kata-kata dan dakyah puak-puak yang memusuhi BARISAN ALTERNATIF.
Akhirnya dengan kerjasama rakyat dan bangsa Malaysia membenteras pengedaran
VCD ini, kita semua akan dapat membuktikan KES DSAI adalah SATU KONSPIRASI
TERTINGGI UNTUK MENJATUHKAN ANWAR DAN SIAPAKAH DIA PENGKHIANAT UTAMA NEGARA
MALAYSIA YANG TERCINTA INI.
Dengan kerjasama bersepadu semua pihak, PSARAFHQ amat berharap maklumat ini
dapat diedarkan sebanyak mungkin oleh semua network BA dan Reformis serta
NGO kepada orang ramai.
" PSARAFHQ "
21HB.FEB.2001
- sila buat salinan dan edarkan.
- Salinan imej VCD ini ada disertakan untuk panduan kepada orang ramai.
REFORMASI & ISLAH
KE ARAH MALAYSIA YANG ADILREFORMASI & ISLAH
KE ARAH MALAYSIA YANG ADIL