Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite UMNO
PEROMPAK
WANG
RAKYAT !


RTM-TV2 SIAR FILEM MENGHINA KESUCIAN ISLAM

KENYATAAN RASMI PSARAFHQ

RTM-TV2 SIAR FILEM MENGHINA KESUCIAN ISLAM

Kami dari warga kerja PSARAFHQ dengan rasminya merasa terhina dan membantah keras tindakan Radio & TV Malaysia sebagai saluran rasmi kerajaan Barisan Nasional menyiarkan filem Yahudi yang menghina kesucian agama Islam melalui siaran TV Malaysia.

1. Saluran 2 TV Malaysia menyiarkan filem bertajuk "The Leading Man" melalui slot 2 BY 2 pada jam 10.00 malam bertarikh 8hb.Feb.2001 (Khamis malam Jumaat) yang terang-terang menghina kesucian Islam.

2. Dalam filem " The Leading Man" ini terdapat adegan romantis di atas ranjang dengan suara latar AZAN SEDANG DI LAUNGKAN…???? Perbuatan ini benar-benar telah menghina dan memperlekeh kesucian agama Islam yang di anuti oleh rakyat dan bangsa Malaysia.

3. Pihak kami beranggapan pihak RTM tidak bertanggungjawap kerana membenarkan filem "The Leading Man" ini di siarkan dalam saluran 2 untuk tontonan umum.

4. Pihak kami juga merasa terhina kerana RTM yang di kuasai oleh kerajaan Barisan Nasional tidak berhati-hati dan mengambil kira kepentingan umum terutamanya orang Islam di Malaysia ini apabila menyiarkan filem yang menghina kesucian agama Islam.

5. Pihak kami juga dengan tegasnya menyeru kepada seluruh rakyat dan bangsa Malaysia memboikot seluruh siaran dari Radio & TV Malaysia akibat dari penyiaran filem " The Leading Man " ini.

6. Pihak kami juga memohon dengan tegasnya kepada Radio & TV Malaysia melalui Menteri Peneranganya memohon maaf secara rasmi melalui media elektronik dan media cetak kepada seluruh Umat Islam Di Malaysia akibat dari kesalahanya menyiarkan filem yang menghina kesucian Agama Islam ini.

Kami dari warga kerja PSARAFHQ berpendapat ini adalah satu kelemahan yang sering dilakukan oleh pihak RTM dalam mengendalikan siaran kepada orang awam, kerana sebelum ini telah kerap siaranya menayangkan filem-filem yang menghina kesucian Islam dan telah kerap menerima teguran dari orang ramai akibat dari perbuatan yang disegajakan ini.

Pihak kami juga berpendapat pihak RTM tidak menghormati kesucian Agama Islam apabila ia kerap menyiarkan filem-filem yang bertentangan dengan ajaran Agama Islam dan budaya masyarakat majmuk di Malaysia. Perbuatan ini telah menunjukan pihak RTM mempunyai agenda tersendiri dan kotor dalam menguasai minda penonton TV di Malaysia. Perbuatan tidak bertanggungjawap ini telah menjadikan kesucian Agama Islam sebagai agama rasmi di Malaysia ini telah dihina dan diperlekehkan oleh media kroni sebagai suara rasmi kerajaan Barisan Nasional…..kami secara tegasnya ingin menyatakan … perbuatan ini benar-benar telah menjadikan Malaysia sebagai tempat menghina dan merobek kesucian Agama Islam melalui media elektronik dan media cetak yang dikuasai oleh Kerajaan Barisan Nasional.

Sila cetak dan edarkan.
PSARAFHQ
9hb.Feb.2001
REFORMASI & ISLAH
KE ARAH MALAYSIA YANG ADILREFORMASI & ISLAH
KE ARAH MALAYSIA YANG ADILREFORMASI & ISLAH
KE ARAH MALAYSIA YANG ADIL


        
Ke atas  Balik Menu Utama    Tarikh Artikal : 11 Februari 2001

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://tranung.tripod.com/ dan Email : dppkd@hotmail.com