VCD - KEBENARAN DAN KEADILAN ANWAR
VCD - SIASATAN POLIS TERHADAP KES DSAI MULA DI EDARKAN
DI KAWASAN WANGSA MAJU, KUALA LUMPUR.
Hari ini 9hb.Feb.2001
. puak-puak UMNO@BN sekali lagi mengedarkan bahan fitnah
terhadap Dato' Seri Anwar Ibrahim
. VCD - KEBENARAN DAN KEADILAN ANWAR sekali
lagi mula di edarkan kepada orang awam di kawasan Wangsa Maju
. Pada pagi ini
sehaja lebih 1000 keping telah ditemui oleh penduduk Wangsa Maju di dalam peti
surat mereka. VCD ini telah diedarkan pada pemilu Nov. 1999 dan pada Nov. 2000
dengan perbuatan ini pihak Psarafhq berpendapat..orang yang sama menjadi dalang
kepada pengeluaran dan pengedaran VCD ini
dan sehingga hari ini pihak polis
masih tidak membuat tindakan yang sewajarnya terhadap laporan polis dan laporan
media BA mengenai pengedaran VCD FITNAH ini.
Kandungan VCD ini adalah sebahagian kandungan VCD yang diedar sebelum
pilihanraya umum 1999 dan telah di edit dengan menyertakan gambar terbaharu DSAI
dimahkamah tinggi Kuala Lumpur serta gambar gerakan reformasi.
Pihak PSARAF HQ amatlah berharap semua rakyat dan bangsa Malaysia yang telah
mendapat salinan VCD ini sila tampil kehadapan serta membuat laporan polis
ditempat masing-masing.
Langkah-langkah yang perlu diambil
1. Sila bawa salinan VCD tersebut dan membuat laporan polis dan bantahan keatas
pengedaran VCD ini.
2. Sila nyatakan tarikh dan masa anda menerima atau menemui VCD dipeti surat
anda.
3. Sila nyatkan alamat penuh VCD ini ditemui.
4. Sila ambil gambar VCD ini sebelum ia diserahkan kepada pihak polis sebagai
bahan bukti.
5. Sila buat salinan keatas Laporan Polis yang telah anda lakukan dan sila
hubungi mana-mana Pejabat KeADILan yang terdekat dengan tempat anda untuk
menyerahkan salinan Laporan Polis ini untuk tujuan pengumpulan data.
6. Kepada mereka yang tidak ingin membuat laporan Polis
. Anda boleh menyerahkan
VCD ini kepada Pejabat KeADILan yang terdekat ditempat anda.
Dengan kerjasama orang ramai mengenai isu VCD ini
.. PSARAF HQ amat berharap
dalang yang sebenarnya akan dapat dikenal pasti
dan siapakah pengedar serta
pembekalnya akan dapat diambil tindakkan yang sewajarnya.
Tindakkan dalang-dalang VCD ini secara lansung telah menampakkan pihak yang
menentang BARISAN
ALTERNATIF telah ketandusan modal dan idea dalam usaha untuk mempertahankan
hujah serta dakwaan mereka, kerana rakyat dan bangsa Malaysia telah tidak
percaya kepada kata-kata dan dakyah puak-puak yang memusuhi BARISAN ALTERNATIF.
VCD ini diedarkan bertepatan dengan masanya dan seiring dengan timbulnya ISU
PENGHIANAT NEGARA seperti yang di dakwa oleh Mahathir@Mahafiraun serta UMNO@BN
. Dan VCD ini juga dikatakan ada kaitan dengan isu seks dan pengkhianatan DSAI
serta Parti KeADILan Nasional seperti yang digembar-gemburkan oleh media kroni
UMNO@BN .
Akhirnya dengan kerjasama rakyat dan bangsa Malaysia membenteras pengedaran VCD
ini, kita semua akan dapat membuktikan KES DSAI adalah SATU KONSPIRASI
TERTINGGI UNTUK MENJATUHKAN ANWAR DAN SIAPAKAH DIA PENGKHIANAT UTAMA NEGARA
MALAYSIA YANG TERCINTA INI.
Dengan kerjasama bersepadu semua pihak, PSARAF HQ amat berharap maklumat ini
dapat diedarkan sebanyak mungkin oleh semua network BA dan Reformasi serta NGO
kepada orang ramai.
" PSARAF HQ "
9HB.FEB.2001
- sila buat salinan dan edarkan.
REFORMASI & ISLAH
KE ARAH MALAYSIA YANG ADILREFORMASI & ISLAH
KE ARAH MALAYSIA YANG ADIL