KAMI seperti nama yang dilampirkan ingin membuat laporan polis berhubung dengan
perhimpunan " Melayu Tak Akan Hilang di Dunia " yang akan di adakan pada 4
Februari 2001, bertempat di Kelab Sultan Sulaiman, Kg. Baru, Kuala Lumpur .
Akbar Berita Harian bertarikh 29 Januari 2001 (mukasurat 5) bertajuk "
Perhimpunan Tak Kan Melayu Hilang Di Dunia ", menyatakan bahawa perhimpunan itu
akan diadakan setelah tertangguh sejak 21 Januari 2001 yang lalu.
Laporan ini dibuat kerana :
1) Perhimpunan tersebut memperlihatkan sifat perkauman yang boleh mengugat
perpaduan dan integrasi nasional penduduk berbilang kaum di negara ini.
2) Lambang Keris yang terhunus pada logo perhimpunan ini menunjukkan bahawa
sikap ekstrimis sesetengah golongan yang boleh membawa kepada perasaan cemas
serta menakutkan kepada kaum-kaum lain; seolah-olah huru-hara akan berlaku.
3) Perhimpunan ini boleh menjurus kepada Tragedi 13 Mei 1969 apatah lagi ia di
adakan di Kampung Baru yang juga tempat dimana tercetusnya tregedi tersebut.
Kami yakin bahawa perhimpunan ini bukan sehaja tidak dapat mempertahankan maruah
dan martabat serta menyatukan orang Melayu di bawah satu wadah malah ua akan
memecahbelahkan lagi perpaduan di kalangan orang Melayu. Ia juga jelas
bermotifkan politik dan ingin meraih popularity di kalangan sesetengah pihak
bagi menjuarai kepentingan orang Melayu.
Kami berpendapat bahawa ini buka isu perpaduan Melayu atau masalah rakyat tidak
bersatu, tetapi adalah masalah beberapa kerat pemimpin politik yang mengamalkan
rasuah, salahguna kuasa dan penyelewengan yang mahu lari dari persoalan sebenar
rakyat dan negara.
Oleh itu kami membantah sekeras-kerasnya perhimpunan anjuran Sekretariat Badan
Bertindak Melayu ini yang diterajui oleh kepentingan politik tertentu di mana ia
jelas tiada berwibawa dan kredibiliti.
Sekian laporan kami.
1 FEBRUARI 2001
Laporan Polis ini dibuat di Balai Polis Ampang Oleh :
1) En. Ahmad Hassan ( KeADILan )
2) En. Rosli Ibrahim ( KeADILan )
3) En. Sivarasa Rasiah ( PRM )
4) En. Md Abd Nasir Mat Isa ( SUARAM )
5) En. Mahadzir Hassan ( JIM )
" PSARAF HQ "
2HB.FEB.2001