Para Pejuang Reformasi dan Pendokong BA perlu berhati-hati serta bersedia.
Mengikut maklumat dalaman dari bilik gerakan UMNO@BN serta BBM …. Kita telah
dapat mengenal pasti beberapa tindakan susulan akan dilakukan oleh mereka dalam
usaha memerangkap para REFORMIS serta Tokoh BA.
1. Mereka amat berharap perhimpunan ini akan disertai oleh para REFORMIS dan
pendokong BA.
2. Mereka juga amat berharap para REFORMIS akan menganjurkan SATU PERHIMPUNAN
YANG LAIN pada hari yang sama dan ini adalah peluang PIHAK POLIS mengambil
tindakan terhadap tokoh-tokoh REFORMASI serta BA .. dengan alasan ia perhimpunan
haram serta menganggu ketenteraman awam dan menimbulkan perbalahan kaum.
3. Pihak jawatankuasa BBM akan terus mencanangkan bahawa Perhimpunan Ini Bukan
Perhimpunan Politik dan Perkauman .. dan diwaktu yang sama juga … unit gerak
gempur mereka digembelingkan untuk menimbulkan kerisauan di kalangan orang
melayu serta lain-lain kaum.
4. Isu Perhimpunan ini sengaja disensasikan oleh pihak media serta pihak BBM…
dengan ini mereka amat berharap isu ini menjadi topik utama perbualan orang
ramai …dan mereka akan menyusup untuk mencatitkan statistik serta laporan orang
ramai mengenai perhimpunan ini dan sokongan terhadap UMNO@BN …. Diwaktu yang
sama juga pihak POLIS diarah membuat intipan terhadap orang awam dan pemimpin BA
.. jika terdapat kenyataan yang membolehkan mereka mengambil tindakan .. inilah
peluang yang mereka tunggu…???
5. Mahathir@Mahafiraun telah mengarahkan para menteri dan MPT nya agar tidak
mengeluarkan sebarang kenyataan tentang perhimpunan 4/2/2001 ini dan beliau
sendiri mengambil sikap tidak tahu dalam hal ini … dan Ibrahim Ali sebagai
pengerak utama akan terus menerima arahan darinya.
6. Pihak Polis telah diarah bertugas sepenuh masa bermula dari 3hb.Feb.2001
sehingga 5hb.Feb.2001 untuk memastikan Perhimpunan ini berjaya serta UMNO@BN
akan mendapat faedah dari perhimpunan ini dan pihak BA akan dipersalahkan jika
sesuatu yang buruk berlaku.
7. Beberapa orang upahan yang berimej REFORMIS dan BA akan dikerah menganggu
Perhimpunan ini dalam usaha mereka menimbulkan ketegangan semasa.
8. Dalang utama Perhimpunan ini amat berharap ketegangan kaum akan berlaku
akibat Perhimpunan ini .. kerana dengan menjadikan perbalahan kaum sebagai modal
menarik orang Melayu kembali bersatu bawah UMNO@BN .. dan pihak mereka juga amat
berharap kaum Cina (terutamanya) dan lain kaum akan menjadi takut serta tidak
yakin dengan kepimpinan BA kerana gagal melindungi mereka dari perbalahan kaum
yang dirancang ini .. dan diwaktu inilah BARISAN NASIONAL akan muncul sebagai
hero penyelamat lain-lain kaum di Malaysia.
9. Pihak POLIS tidak akan teragak-agak mengunakan akta zalim ISA dalam isu ini
…. Walaupun mereka berlakon menangkap Ibrahim Ali dan rakan-rakanya .. tetapi
tujuan utama mereka adalah menahan Pemimpin BA serta Tokoh REFORMASI ….jika
usaha ini berjaya … BA dan Gerakan Reformasi akan dapat dikawal serta
diatasi….sekurang-kurangya sehingga 2004. Sebagaimana yang dilaporkan oleh KPN -
NORIAN MAI dalam mesyuaratnya di Bukit Aman dan pertemuanya dengan
Mahathir@Mahafiraun.
10. Jabatan Polis sendiri telah merasa jemu dan jelak untuk berhadapan dengan
gerakan reformasi serta gerakan politik tanpa surut oleh BA … dan mereka terus
tertekan sehinggakan anggota polis terpaksa menghabiskan masa bertugas lebih
dari 70% dalam urusan politik Malaysia. Oleh itu satu usaha mesti lakukan untuk
menamatkan gerakan ini dalam tempoh terdekat.
Adalah dinasihatkan semua pejuang REFORMASI dan pendokong BA agar tidak terlibat
secara lansung atau tidak lansung dengan Perhimpunan ini ….. dan dilarang keras
mengadakan sebarang PERHIMPUNAN REFORMASI PADA 4/2/2001 DI KUALA LUMPUR … kerana
perangkap telah dipasang oleh pihak UMNO@BN serta BBM jika kita terus mengadakan
PERHIMPUNAN REFORMASI pada hari tersebut.
Pihak UMNO@BN dan BBM memang mahukan kita semua menganjurkan SATU PERHIMPUNAN
REFORMASI DI KUALA LUMPUR, dengan ini mereka berpeluang meletakkan kesalahan
serta kekecohan akibat dari PROVOKASI TAK MELAYU HILANG DI DUNIA INI kepada
REFORMIS dan BA.
Cuba elakan berbincang ditempat terbuka atau dalam kawasan pejabat Parti BA
mengenai isu perhimpunan ini .. kerana kita tidak tahu siapa yang ada disebelah
kita dan mereka sentiasa mengekori orang-orang disyaki serta berpotensi untuk
ditahan sebagai kambing hitam UMNO@BN.
Kerjasama dari semua pejuang REFORMASI dan PENDOKONG BA amat diperlukan untuk
memastikan kita semua selamat dari permainan kotor UMNO@BN serta BBM ini.
" PSARAFHQ "
2HB.FEB.2001
- tunggu maklumat selanjutnya.
REFORMASI & ISLAH
KE ARAH MALAYSIA YANG ADILREFORMASI & ISLAH
KE ARAH MALAYSIA YANG ADILREFORMASI & ISLAH
KE ARAH MALAYSIA YANG ADILREFORMASI & ISLAH
KE ARAH MALAYSIA YANG ADIL