Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite UMNO
PEROMPAK
WANG
RAKYAT !


BBM DAN UMNO@BN - Perhimpunan 4/2/2001.

Salams,

Pertamanya saya minta maaf jika reply saya tentang Perhimpunan 4/2/2001 menyusahkan web-master dan e-groups. Tetapi ini adalah satu cara untuk mengesan siapa perancang sebenarnya....??

1. Kami automatik mereply kan e-mail Amy Ross (UMNO_BODOH@Hotmail.com) tersebut (pada e-mail pertama )... dan beberapa laman web-pro reformasi mengiklankan . Dengan tujuan untuk memastikan ia memang kerja UMNO dan BBM dalam waktu terdesak ini. Dan cara ini memang nampak mengelirukan tetapi ia adalah satu cara melihat gerakan dan tindakan mereka dalam waktu sebegini.

2. Dalam waktu yang sama kami menghantar unit kami ke bilik gerakan UMNO di PWTC dan UMNO Perhubungan Wilayah serta coffe house tempat mereka selalu berpeleseran .. dan taktik ini kami gunakan sewaktu Pilihanraya Lunas .. dalam mengesan pengundi hantu serta maklumat statistik serta stratigi pilihanraya mereka.

3. Akhirnya kami dapati pihak UMNO dan BBM begitu gembira apabila melihat iklan 4/2/2001 tersebut dan mengatakan puak reformasi akan hadir kerana taktik mereka mengena...serta mereka berharap ia akan berjaya mencemarkan imej BA terutamanya ketua Pemuda KeADILan dan PAS ..... kerana BBM merasa terhina bila sdr.Mahfuz menolak jemputan pada 4/2/2001 tersebut ....dan mereka tanpa segan berborak dan happy sakan..sehingga mereka tidak tahu mereka sedang di intip.

4. Tindakan awal kita memantau adalah lebih baik dari disaat akhir kita terkena taktik sebegini .. kerana ia boleh mengelirukan ramai pendokong reformasi, iklan 4/2/2001 ini banyak disalurkan melalui e-groups dan ia mungkin mempunyai lebih 1,000,000 pelanggan.

5. Dijangkakan ada satu atau dua perancangan akan mereka lakukan untuk mendapat sokongan dari orang Melayu dalam program BBM di Kg.Baru .. dan pihak kami masih terus mencari maklumat ini.

kami akan memaklumkan jika rancangan mereka diteruskan.

Maaf sekali lagi kerana tindakan kami menyusahkan web-master.

salams,

PSARAFHQ.


        
Ke atas  Balik Menu Utama    Tarikh Artikal : 1 Februari 2001

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://tranung.tripod.com/ dan Email : dppkd@hotmail.com