Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite UMNO
PEROMPAK
WANG
RAKYAT !


Kementerian Dalam Negeri Meluluskan Izin Penerbitan "Suara PRM"

KENYATAAN MEDIA

Melalui sepucuk surat yang diterima semalam, PRM telah diberitahu oleh pihak Kementerian Dalam Negeri (KDN) bahawa permohonan kami untuk memperoleh izin penerbitan bagi akhbar lidah rasmi kami, Suara PRM, kini telah diluluskan. Kami percaya perkembangan ini merupakan kesan pengumuman kami minggu lalu bahawa PRM akan mengambil tindakan mahkamah terhadap KDN, bukan sahaja kerana gagal meluluskan izin penerbitan itu tetapi juga kerana tidak menjawab surat menyurat kami berhubung dengan permohonan tersebut yang telah dikemukakan sejak 22 Mac 1999.

Manakala kami berterima kasih kerana memperoleh izin penerbitan ini, kami jugaingin menyatakan rasa kesal bahawa izin penerbitan yang sepatutnya merupakan hak asasi kami dalam sebuah sistem demokrasi harus diperjuangkan dengan membuat ancaman untuk mengambil tindakan mahkamah.

Meskipun kami telah memperoleh izin penerbitan ini, namun kami tetap berpendapat bahawa suasana hak menerbitkan dan menyebarkan pendapat di negara ini amatlah menyedihkan. Malah kami berpendapat bahawa kerajaan secara sedar sedang melaksanakan suatu dasar yang bertujuan untuk menyekat dan mencabul lunas-lunas kebebasan. Banyak penerbit bebas telah dibatalkan izin penerbitannya secara sewenang-wenang dan masih ada parti politik yang belum diberikan izin menerbitkan akhbar rasminya meskipun permohonan telah dikemukakan sejak bertahun-tahun.

Memandangkan keadaan ini, maka PRM bercadang untuk meneruskan rancangannyamengadakan suatu persidangan meja bulat di kalangan parti-parti politik,badan-badan NGO, dan para penerbit individu yang telah mengalami banyak halangandan rintangan oleh dasar kerajaan tersebut. Tujuan pertemuan itu adalah untukmemikirkan strategi yang dapat dilaksanakan bagi mengatasi penindasan hak asasi yang dilakukan oleh KDN.

Persidangan ini dicadangkan akan diadakan pada akhir bulan Februari.

Rustam A. Sani
Naib Presiden
Parti Rakyat Malaysia
16 Februari 2001


        
Ke atas  Balik Menu Utama    Tarikh Artikal : 17 Februari 2001

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://tranung.tripod.com/ dan Email : dppkd@hotmail.com