Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite UMNO
PEROMPAK
WANG
RAKYAT !


Khabar Dari Perlis - Perpaduan Melayu; Umno Pembohong!

Sandiwara Umno berhubung perpaduan Melayu makin terbongkar. Umno sebenarnya pembohong. Ketika mereka melaungkan perpaduan Melayu, mereka terus mengenakan tindakan zalim dan tidak berperikemanusiaan kepada orang-orang Melayu. Di Perlis, walau pun Shahidan Kassim berkata, kononnya beliau berusaha keras untuk menyatupadukan Melayu negeri ini dengan pelbagai cara, termasuk menjemput Pesuruhjaya PAS Perlis untuk berwawancara bersama beliau di Radio Malaysia Perlis. Kini program wawancara tersebut tidak lagi memasukkan YB Ust Hashim sebagai salah seorang penalis setelah Shahidan mendapati itu tidak menguntungkan Umno Perlis.

Tindakan terbaru Shahidan di Perlis ialah memecat 19 orang guru Kelas Al-Quran dan Fardhu Ain (KAFA) yang dipercayai penyokong BA. 10 daripada guru berkenaan adalah dalam kawasan DUN Sanglang, kawasan YB Ust Hashim Jasin, sementara yang lain adalah dari seluruh negeri Perlis. Perbuatan ini dipercayai didalangi oleh YB Senator Karim Salleh, calon BN yang kalah di tangan YB Ust Hashim di DUN Sanglang.

Persoalannya mengapa mereka di pecat? Adakah kerana mereka penyokong BA? Bukankah mereka juga orang Melayu? Bukankah sekarang ini Umno sedang mencanangkan perpaduan Melayu? Sah, Umno pembohong dan hipokrit.

Di kawasan DUN Santan yang diwakili oleh YB Ust Zolkarnain Z. Abidin (PAS), penduduk kampong kawasan berkenaan terus di anaktirikan.Sekolah Kebangsaan Paya telah digunakan oleh bekas calon BN yang kalah di tangan YB Ust Zolkarnain untuk mengadakan majlis hariraya Umno dengan bendera berlambangkan dacing dan bendera Umno dinaikkan di pintu pagar sekolah berkenaan. Surat jemputan menghadiri majlis berkenaan diedarkan di semua sekolah rendah dengan menggunakan kepala surat sekolah dan ditandatangani oleh gurubesar sekolah. Majlis itu adalah majlis Umno, menyalahgunakan hak kerajaan.

Sedangkan ketika YB Zolkarnain hadir ke majlis penyampaian hadiah anaknya disebuah sekolah sibuk JKKK kampong berkenaan menyatakan ketidaksetujuan kerana YB Ust Zolkarnain diberikan tempat duduk VIP. Bukankah YB Ust Zolkarnain juga orang Melayu?

Adakah kerajaan negeri bersedia untuk membenarkan tiga ADUN PAS Perlis menggunakan hak kerajaan seperti Padang Bandaran Kangar atau sekolah-sekolah atau Dewan Warisan untuk sebarang program sebagaimana yang digunakan oleh Umno. Bukankah ketiga-tiga ADUN berkenaan orang Melayu?

Umno memang pembohong. Shahidan Kassim hipokrit. ADUN Pauh, Abu Bakar Ismail pernah digelar "Juara Pecah Belah" berpura-pura bercakap soal perpaduan sedangkan beliaulah bapa penghasut dan pemecah-belah.

Dato' Azmi Khalid, Menteri Pembangunan Luar Bandar ketika bersembahyang Jumaat di Masjid Padang Lati, dalam DUN Santan pada 2 Februari yang telah berucap selepas solat Jumaat.Ucapannya penuh dengan hasutan dan mengapi-apikan semangat kemelayuan. Ucapan beliau yang hanya didengari oleh segelintir jamaah setelah sebahagian besarnya keluar meninggalkan masjid lebih awal tanpa menghiraukan beliau yang bangun untuk berucap amat membahayakan kerana boleh menimbulkan kebencian dan permusuhan antara kaum. Kononnya mengajak orang Melayu bersatu padahal hakikatnya beliau cuba mengajak jamaah- marilah sokong Umno.

Cadangan beliau untuk menjadikan projek-projek kampong yang bernilai RM100,000 dikendalikan oleh JKKK juga sebagai usaha memecah-belahkan orang-orang Melayu. Siapa yang tidak tahu perangai dan sikap JKKK terhadap mereka yang bukan ahli atau penyokonh Umno Ini akan menjadikan masyarakat di peringkat kampong yang tidak menyokong Umno terus dinafikan hak mereka . Bukankah ini usaha memecah-belahkan masyarakat kampong. Azmi Khalid juga hipoktrit dan pembohong.

Jelaslah bahawa isu perpaduan Melayu adalah sandiwara kelas tinggi Umno. Kita hendak melihat sejauhmana sandiwara ini boleh bertahan berhadapan dengan kebijaksanaan Presiden PAS dan smash Wan Azizah.

Pemuda PAS Perlis


        
Ke atas  Balik Menu Utama    Tarikh Artikal : 8 Februari 2001

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://tranung.tripod.com/ dan Email : dppkd@hotmail.com