Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite UMNO
PEROMPAK
WANG
RAKYAT !


Khabar dari Perlis

Negeri Perlis Indera Kayangan, negeri paling ke utara Semenanjung Malaysia dan paling kecil, keistimewaannya ibarat permata. Negeri ini bermenteribesarkan seorang anak tempatan yang pernah menjadi ketua Kelab Penyokong Kerajaan di parlimen suatu ketika dulu. Siapa tidak kenal Syahidan Kassim, kesamsengannya di parlimen dimaklumi umum.

Watak samsengnya itu tidak pernah hilang. Sampai kini pun dia masih mencabar orang PAS bertumbuk dalam majlis-majlis yang dianjurkannya ketika dia menyampaikan ucapan. Malah sikapnya dalam dewan undangan negeri , sebagaimana yang dilaporkan oleh pemerhati, juga tetap sama apabila beliau dicabar.

Negeri Perlis sering digembar-gemburkan oleh Menteri Besarnya sebagai negeri yang amat mewah dan baik malah beratus kali lebih baik dari Kelantan dan Terengganu. Katanya, Menteri Besar Terengganu dan Kelantan mana tahu memerintah, jahil ekonomi dan hanya tahu mengajar sahaja.

Ternyata apa yang digambarkan oleh Menteri Besar Perlis mengenai negeri yang diketuainya adalah indah khabar dari rupa. Dia cuma pandai mengutuk orang lain tetapi kelemahnanya sendiri tidak disedari.

Mengikut Laporan Ketua Audit Negara, kerajaan negeri Perlis mempunyai pelaburan dalam simpanan tetap berjumlah RM4.50 juta dan saham sejumlah RM16.05 juta pada awal tahun 1999. Walau bagaimana pun, pada akhir tahun 1999, semua simpanan tetap telah dikeluarkan bagi menampung perbelanjaan mengurus dan tiada tambahan pelaburan saham dilakukan. Peningkatan yang ditunjukkan terhadap pelaburan saham berjumlah RM32,403 sepanjang tahun 1999 hanya terimaan hasil dividen. Lihat jadual:


Jenis Pelaburan        Tahun 1998            Tahun 1999        Lebih / (Kurang) 
                        (RM Juta)            (RM Juta)            (RM Juta) 

1. Simpanan Tetap         4.50                  0.00                 (4.50) 
2. Saham                 16.05                 16.08                  0.03 

Kerajaan Negeri Perlis tidak mempunyai simpanan tetap. Bagaimana negeri ini dikatakan hebat oleh Syahidan Kasim? Bagaimana Syahidan boleh mempertikaikan Kelantan sedangkan negeri berkenaan mempunyai simpanan tetap ratusan juta ringgit?

Perhatikan pula hutang kerajaan negeri. Jumlah hutang Kerajaan Negeri Perlis dengan Kerajaan Persekutuan ialah RM121.78 juta pada tahun 1999 berbanding RM112.49 pada tahun 1998. Mengikut jadual bayaran balik bagi tahun 1999, kerajaan negeri sepatutnya membuat bayaran ansuran hutang kepada Kerajaan Persekutuan berjumlah RM9.77 juta. Bagaimana pun Kerajaan Negeri hanya menjelaskan sejumlah RM6.15 juta. Kerajaan Negeri tidak menjelaskan sepenuhnya ansuran pinjaman kerana Kerajaan Negeri ingin mengurangkan perbelanjaan mengurus di samping tidak mempunyai wang yang cukup. Kedudukan baki pinjaman, bayaran yang dibuat dan tunggakan bagi tempoh 1997 hingga 1999 seperti berikut:



Tahun   Baki Pinjaman  Pinjaman    Bayaran     Bayaran     Tunggakan  Baki Pinjaman 
         Awal Tahun     Baru        Pokok      Faedah     (RM Juta)    Akhir Tahun 
         (RM Juta)    (RM Juta)   (RM Juta)   (RM Juta)                 (RM Juta) 

1997      103.29        2.04        6.55        2.49        28.75        98.78 
1998       98.78       19.46        5.75        2.71        25.09       112.49 
1999      112.49       14.02        4.73        1.42        22.31       121.78 

Baki keseluruhan hutang Kerajaan Negeri pada 31 Disember, 1999 ialah sebanyak RM121,780,000 berbanding bilangan penduduk Negeri Perlis sebanyak 221,800 orang. Bukan sekadar hutang semakin besar bahkan ansuran juga tidak mampu di bayar. Kelantan yang dikatakan lekeh oleh Syahidan mampu menjelaskan hutang yang ditinggalkan oleh pemimpin Umno Kelantan. Bandingkan siapa lekeh, Shahidan atau Nik Aziz? Malah mengikut laporan Ketua Audit Negara, ada pinjaman yang dibuat tidak mendapat kelulusan Dewan Undangan Negeri.

Ketua Audit Negara juga telah membuat teguran terhadap beberapa projek Kerajaan Negeri yang nampak kebudak-budakkan. Pada tahun 1997, Kerajaan Negeri membeli 44 buah peralatan untuk membuat kerepek, dodol dan mesin membuat kuih yang lain bernilai RM178,890 tetapi semua peralatan tersebut terbengkalai begitu sahaja sehingga kini. Mesin itu kini terperosok di Pusat Khidmat Wakil Rakyat BN Kubang Gajah, Arau.

Satu lagi ialah projek membuat gendang. Bengkel telah dibina menelan harga RM27,900. Bengkel ini juga terbengkalai kerana tiada orang yang tahu membuat gendang dan tiada peralatan.

Inilah sebahagian daripada apa yang diketahui di negeri Perlis. Mujurlah kami di Perlis ada 3 wakil PAS di Dewan Undangan Negeri yang mendedahkan kepada kami semua ini. Kalau tidak makin 'sedaplah' Shahidan Kassim membohongi rakyat Perlis.

Pemuda PAS Perlis


        
Ke atas  Balik Menu Utama    Tarikh Artikal : 6 Februari 2001

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://tranung.tripod.com/ dan Email : dppkd@hotmail.com