Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite UMNO
PEROMPAK
WANG
RAKYAT !


Alahai...Proton

Assalamualaikum

Kalau hamba tak silap pada bulan Ogos tahun 1985 Proton melahirkan Saganya. Satu daripada cetusan idea Madey yang agak Mega...Proton dijangka akan dapat menyaingi pengeluar kereta lain dan akan dapat merancakkan perkembangan industri otomobil. Proton sebenarnya memang berpotensi di mata Madey kerana rata-rata kita memerlukan sekurang-kurangnya sebuah pengangkutan untuk kegunaan sekeluarga. Di sinilah peluang emas terbuka buat Madey mengeksploit marhaen yang tak mengerti duduk perkara. Peringkat awal operasinya Proton mendapat reaksi kurang menyenangkan oleh sebilangan rakyat...mereka bimbang projek kereta nasional ini akan lingkup akhirnya. Pada peringkat awal Proton nampaknya berjalan baik walupun kualiti kereta yang dihasilkan kurang memuaskan. Walaupun sepatutnya kereta nasional ini dijual pada harga yang berpatutan tetapi realitinya tidak begitu. Ini kerana setiap kereta yang diimport CKD atau CBU akan dikenakan duti import. Setelah dipasang dan dikeluarkan dari assembly plant akan dikenakan duti eksais dan cukai jualan oleh Jabatan Kastam Dan Eksais Diraja(JKED). Selepas itu pengedar(EON) plak meletakkan harga yang bukan-bukan terhadap aksesori standard yang mesti dibayar selain cukai jalan(JPJ). Berapa banyak cukai daa...sebenarnya dasar yang dijalankan oleh JKED adalah amalan lapuk British sewaktu menjajah Malaya dulu. Kini ianya masih diterimapakai buat mendera rakyat yang tak pernah tahu realiti disebaliknya. Adakah patut Madey kata 'Buy British Last' tetapi masih mengamalkan corak pemerintahan ompteh.

Terbukti sudah telahan rakyat...Proton sebenarnya diserang sindrom tak berdaya menghadapi cabaran...ini nampak jelas sejak kemelesetan ekonomi melanda ia sudah mula tak stabil. Proton dengan niat menipu kerajaan telah membuat ikrar palsu kepada JKED. Proton dengan sengaja(ada pakatankah dengan orang dalam JKED?) telah berjaya mengabui mata sebilangan pegawai-pegawai JKED tentang bayaran duti eksais beberapa model popular kereta keluaran Proton. Hamba hairan mengapa pihak JKED khususnya Bahagian Penilaian telah terlepas pandang tentang harga pasaran terbuka eksais kereta-kereta Proton khususnya yang popular dan laris jualannya. Ianya telah tidak disemak semula sejak 1997. Adakah sesiapa yang bermain silap mata di ibu pejabat Kastam? Hamba amat pasti perkara ini kerana telah lebih 3 tahun kegiatan ini berleluasa...hamba tunggu dan lihat kot-kot ada reaksi positif dari pihak ibu pejabat. Namun tiada apa-apa tindakan sehingga kini...tangan ajaib mana pula bertindak di sebalik tabir pentadbiran JKED dan Proton.

Ini adalah cabaran baru yang hebat untuk JKED kerana untuk menggegarkan Proton bukan kerja mudah. Sekiranya Dato' Abdul Halil Bin Abdul Mutalib iaitu Ketua Pengarah Kastam benar-benar ikhlas dalam amanatnya moh kita gegar Proton...tunggu apa Yeop!!! Anak Perak takutke? Tun Daim meminta meletakkan kembali JKED ke landasan yang betul. Dato' juga berkata ingin lihat JKED dikenali dan dihormati seantero dunia...kalau dah Proton boleh kelentong kita apake namanya Yeop? Dato' ingin memastikan agar amanah rakyat mesti ditunaikan seikhlas-ikhlasnya...nah silakan Dato'...mari kita jentik buah sentul Madey.

Kami anggota bawahan tidak mahu nanti orang-orang politik akan lebih dominan dalan menangani isu-isu sensasi...kami terlatih di bawah etika A.B.I.D., dan kami mahu pihak atasan lebih profesional menghadapi penjenayah. Siasat...dakwa dan musnahkan pengkhianat negara...target kita 24 billion dan kalau Dato' tak berusaha menyedarkan Madey kesilapannya...malapetaka besar sedang menanti kita. Kalau jumpa Aladdin Mat Dalip katakan Khonthai kirim Salam!!!

Wassalam
yang fakir lagi dhaif
peon_siber@hotmail.com


        
Ke atas  Balik Menu Utama    Tarikh Artikal : 6 Februari 2001

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://tranung.tripod.com/ dan Email : dppkd@hotmail.com