Assalamualaikum
Kata bijak pandai pro-Umno perjuangan Umno lebih kukuh daripada Pas kerana Pas hanya mementingkan ugama sedangkan Umno lebih mementingkan bangsa kerana Melayu itu Islam dan Islam itu Melayu. Hamba amat hairan bagaimana tanggapan sebegini boleh diluahkan lagi oleh berapa kerat juak-juak buta perut Umno sedangkan nyata Melayu di negaraku ini dak muak, tak sudi, dan geli geleman dengan Madey dan Umnonya. Apakah dengan meneropong dari mercu bebal sana boleh nampak merata-rata sampai ke perut bumi?
Hamba pasti kenyataan seperti itu yang masih tak mengerti akan agama anutannya sendiri...boleh jadi juak-juak ini mengambil Nakhaei sebagai penasihat peribadi... kebarangkaliannya ada kerana Nakhaei yakin sesangat dengan idea Madey untuk menjana kembali tamaddun Melayu dengan menumpang tongkah pecah Madey. Nakhaei kata kaedah pembangkang telah banyak menimbulkan kekeliruan terhadap marhaen terbanyak dan akan memberi kesan ke arah membentuk kelakuan barbarik. Bravo Nakhaei...bravo...keluarkanlah sahaja pendapatmu tanpa sandaran semuga pengaruh berkembang. Perhatikanlah sekeliling wahai Nakhaei, kamu sedang berada di dalam kelompok yang haprak...jangan sembarangan melabelkan pihak lain barbarian.
Apakah tidak barbarik apabila meruntuhkan martabat Islam, menganiaya sesama insan, menidakkan hak rakyat yang menolak kepimpinannya, memastikan hanya kerabat dan penjilat melahap kek ekonomi serta kebejatan lain yang tak larat untuk disenaraikan di sini. Kok ya pun pandai bercakap janganlah memutar belitkan kenyataan...tak kelas gitu. Kenyataan kamu menggambarkan rasa besar diri seolah-olah kamu serba tahu...tahukah kamu berapa ramai yang terguris hati dan tersinggung dengan kebebalan kamu? Janganlah sekadar menjaga periuk nasi ugama dibuat mainan. Kamu bukanlah tergolong dalam manusia yang teguh pendirian...melompat-lompat tu sama bebalnya dengan Brahim Ali.
Seperkara yang hamba perhatikan dalam suasana yang kalut ini ramai manusia spesis biawak telah berjaya mengambil kesempatan untuk mengajak orang lain berumah bersama mereka di dalam tanah. Sudahlah keadaan sekeliling tidak membantu untuk menjuruskan kehidupan kearah yang murni di sisi Islam datang pula pelbagai tarikan duniawi meruntun kalbu. Sebenarnya kebejatan sosial yang dialami sekarang adalah satu grand design yang diciplak Umno dari regim zionis...Madey menerapkan secara licik manual yahudi ini dengan merosakkan dari rumah kita...sedar atau tidak kitab rujukan sebahagian besar rakyat adalah peti tv. Perhatikan programnya...Islamkah yang diterapkan melalui kaca berkaran itu...hiburan dan propaganda saja yang diutamakan. Ianya telah terbukti berkesan untuk melalaikan...ini juga merupakan salah satu daripada ujian terhadap keimanan di akhir zaman ini.
Ada juga kenyataan yang menyatakan reformasi sudah menemui jalan mati..ini lagi contoh penulis upahan yang mempunyai mentaliti baghal. Tiada etika punya penulis...jangan buat andaian kegagalan Estrada dan Gus Dur berpunca dengan rancaknya demo jalanan...jangan samakan senario kita dengan mereka. Bukankah gurkha terbaru lantikan Madey (Hamid the Hermit) suruh cakap yang putih itu putih dan yang hitam itu hitam. Di sini kualiti pemikiran rakyat lain...takkan terlupa kes di Lunas, kerana baranya masih panas, Madey kini terasa lemas, minta bantuan kerana cemas, tak lain dari musuhnya Pas, kerana kepimpinannya telah terbabas dan kuasa ditangan dah nak terlepas...InsyaAllah 2004 kita cengkaman Madey terlepas.
Wassalam
yang fakir lagi dhaif
peon_siber@hotmail.com